Salam akhawat. doa doa dan doa. so far dah 35 syahid di Raba'ah.
Allahu. skrg ni dorg main tembak je pro morsi
Di saat-saat begini, terasa mcm bebanan menggunung. Seluruh ummah memerlukan. Yang di Syria memanggil-manggil. Luka di Palestin belum terhenti. Kini Mesir teruji. Yang sakit miskin dan kelaparan di merata tempat lagi, siapa juga yang mahu rawat?
Ya Allah. lemahnya kami.
*Semalam walimah Nusaibah di Dewan Jubli Perak Shah Alam, kebetulan Sheikh Hamid sampai lebih kurang pada masa yang sama dengan kami. Tertanya-tanya bila melihat wajah sheikh yang sangat tenang dan sentiasa senyum pada semua, memulakan memberi salam dan menghulur tangan pada ikhwah-ikhwah yang ditemui. Pada saat-saat genting begini? Ya. Ummah kita juga tetap memerlukan senyuman.
*Al-Fatihah untuk para syuhada' yang tak sempat kita kenal dan tak pernah kita temui. mudah-mudahan dapat dikumpulkan bersama di syurga tertinggi T_T
No comments:
Post a Comment