Wednesday 31 August 2011

Have A Blessed Eid!


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang berTAQWA (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai; sentiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang berTAQWA" (Al-Ra'd 13:35) 

EID MUBARAK 1432H!
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.
Maaf segala salah & silap.

Memasuki Syawal bererti kita kena lebih giat melaksanakan amal kebaikan, sebab:
-Dah bebas musuh utama yang licik & pandai (syaitan)
-Dah tamat tawaran pahala berganda-ganda terlampau banyak yang didapati dalam bulan Ramadhan.

Pesanan penaja:

  1. Balik kampung + berziarah dengan misi merapatkan silaturrahim & dengan niat yg ikhlas
  2. Gunakan kesempatan masa yang ada untuk bersama adik-beradik & ahli keluarga
  3. Pilih rancangan TV yang baik berbanding movie-movie cerita hantu/cinta. Alhamdulillah di Malaysia kita ada TV Al-Hijrah & Astro Oasis utk pilihan yang lebih islamik (semalam siap ada siaran ucapan hari raya khas dari Masjidil Haram, tp tak ingat TV apa)
  4. Teruskan legasi amal-amal yang telah susah payah kita usahakan di bulan Ramadhan. Kalau amal-amal pd bulan tersebut boleh kita ibaratkan sebagai syarikat induk, pastikan masuk bulan baru ni 'branch' atau cawangan-cawangan (anak syarikat) dah mula tumbuh untuk menjana lebih byk lg keuntungan utk kita.
  5. Banyakkan zikrullah. Sentiasalah ingat yg tujuan penciptaan kita bukannya utk hepi/syok/seronok2 sendiri semata tp adalah untuk beribadah kpd Allah juga (mcm pesanan ISK pulak:)
  6. Sebahagian dari duit raya bolehlah masuk tabung Palestin/saudara-saudara yang kurang berkemampuan.
  7. Buat review Ramadhan - jurnal ringkas sebagai overview bg memberi gambaran bagaimana kondisi Ramadhan kita yg sudah lepas. Antara lainnya, jurnal ini boleh bantu kita untuk kenal-pasti apa kekurangan dan kekuatan Ramadhan kita kali ni, untuk manfaat memperbaiki kualiti bila Ramadhan tahun depan menjengah insyallah. Antara perkara yang boleh diletakkan dlm jurnal: Bagaimanakah saya menyambut kedatangan Ramadan? Bagaimanakah saya mengakhirinya? Secara umumnya, bagaimanakah keadaan saya dalam menghidupkan 10 fasa pertama Ramadhan? 10 fasa kedua? 10 fasa ketiga? Jika diberi peluang mengulang Ramadhan tahun ini sekali lagi, apakah yang ingin saya lakukan? dll.


'Ala kulli haal, Semoga Aidilfitri kali ini kita raikan dengan cemerlang :)

Akhir kata, dikongsikan sedutan sms yang diterima yg dirasa sgt bermakna:
"...May a victorious Eid heals your sadness of leaving Ramadhan..." :)

Saturday 27 August 2011

dan beluncas pun berpuasa?



[26 Ramadhan 1432H,
Iktikaf f3 SMIAAG] 

Cikgu Hasnah kata:


-Masa ulat beluncas belum jadi kupu-kupu, tak ada orang suka. Melihatkan badannya yang lembik, kembung, besar dan berbulu, semua orang cakap 'eeeee' seolah ia seekor makhluk yang jijik. Tapi selepas sang beluncas menjalani tempoh masa yg tertentu utk berpuasa di dalam kepompong, akhirnya ia keluar sebagai seekor kupu-kupu yang terbang megah perkasa lagi indah. Masa tu mulalah semua orang memuji: 'waaah, cantiknyaa!', 'seronoknya kalau dapat terbang macam dia, cantik pula tu!'

-Seekor ular akan berpuasa selama beberapa hari dalam proses bersalin kulit. Demi mendapatkan kulit baru yang cantik dan bersinar, ia takkan makan walaupun berpuluh-puluh ekor katak melompat-lompat depan biji matanya (ok, ini perumpamaan yg hiperbola) sebab, sekali ia makan, sistem pertukaran kulit tu akan terganggu dan kulitnya takkan jadi secantik yang dia impikan.

Wah, rupanya haiwan pun berpuasa dan ia memberi manfaat pada mereka!
Begitu juga manfaat yang manusia dapat dari berpuasa, malah hikmahnya jauuuuh lebih BESAR lagi untuk kita. Walaupun mungkin layu, penat, kuyu dan kurang tenaga semasa menjalani proses berpuasa, tetapi sekiranya dijalankan dengan betul, yakinlah bahawa akhirnya Allah akan bagi keelokan dan kebaikan pada kita dari semua segi. Macam sang kupu-kupu yang boleh terbang perkasa dengan warna-warna ceria pada sayapnya, atau sang ular yang lebih gagah confident dengan rupa yang cool dan macho selepas tamat puasa mereka. Apa.. hanya ular-ular yang sanggup berpuasa ja dapat kulit cantik tau! hehe. kalau beluncas puasa dapat sayap, ular puasa dapat kulit baru, kita puasa dapat apa? Insyallah yang baik-baik & berkualiti aja!^_^

Sebut tentang puasa, teringat kata-kata:
-Lagi besar apa yang dicari, lbh hebatlah pengorbanan yang perlu dibuat
-"Orang mukmin itu berhadapan dgn 2 jihad pd bln Ramadhan: Jihad di waktu siang dengan berpuasa & Jihad di waktu malam dengan solat, qiyam yang panjang" dan akhirnya untuk org mukmin itu 2 kegembiraan juga: Kegembiraan saat berbuka, dan kegembiraan sewaktu bertemu Rabbnya. Dan tidaklah masuk melalui pintu Al-Rayyan itu, kecuali hamba-hambaNya yang berpuasa^_^

 puasa.. it's all cool!

Kata cg Hasnah lagi:
Bila tiba pada 10 malam terakhir, para sahabat beribadah dengan kadar yang sangat intensified, seakan-akan mereka sudah tak kenal orang lain dan rumah sendiri (tapi tak bermaksud mrk mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri & anak2). Hal ini kerana mereka bersungguh-sungguh ingin rebut pahala & ganjaran yang Allah nak bagi. Padahal pahala mereka pastilah lebih besar dan jauh lebih baik dari kita T_T. Jadi apa sikap kita terhadap Ramadhan? Tambah-tambah bila tak ada orang yang boleh halang ia dari berlalu pergi.


Nota akhir

Rasanya macam baru semalam cakap "Ahlan wa Sahlan, ya Ramadhan!" dan hati berbunga besar kembang menyambut kedatangan yang dinantikan. Kini sudah kian menghampiri detik "selamat tinggal" dan perpisahan. Oh, alangkah peritnya.. barulah benar-benar terasa beratnya sumpah Allah bila Dia berkata "Wal 'Asr!!" ya Allah, tolong kami, jangan hukum kami atas apa yang kami lalaikan. Ya Allah, tamatkan Ramadhan kali ini dengan pengakhiran yang terbaik dan pertemukanlah kami dengan bulan agung ini sekali lagi tahun hadapan.. Ameen ya Rabb.

Last but not least,
can't help but to share this quote (taken from fb):

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan..
Lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata,
"Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk org yang bernama mukmin. Ajaklah Sabar utk menemani hari-hari dukanya, pelukan Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal.. ia sudah tiba.."

ku lihat Ramadhan pergi.. jauh..
'Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?'

Friday 12 August 2011

Ramadhan: 3 Perumpamaan

Ramadhan dalam 3 perumpamaan
*dipetik dr artikel dlm net:

#1: Hujan
Bayangkan anda sedang duduk di tepi tingkap. Cuaca hari itu mendung, sunyi dan berangin. Suasana di luar rumah kelihatan sangat indah dan tenang. Sekali-sekala, beberapa ekor burung terbang melintas di balik awan, melawan derasnya tiupan angin yang membuatkan rerumput dan dedaun beralun melentok ke kiri dan kanan. Tiba-tiba, rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi. Indah sekali. Tetapi ada sesuatu yang memeranjatkan: kali ini, hujan yang turun bukan sebagai air biasa. Sebaliknya, hujan dalam bentuk jutaan not-not dolar! Agak-agak, apa yang akan anda lakukan? dan apakah yang akan terjadi kepada kawasan kejiranan anda? bukankah semua orang akan berlari keluar untuk melihat fenomena yang ajaib ini, dan mengutip duit-duit yang jatuh dari langit pada hari itu? demikianlah Ramadhan, malah lebih agung lagi. Rahmat Allah yang turun meliputi bumi dalam bulan Ramadhan yang Allah pilih & cintai ini, sungguh lebih besar dan terlebih hebat dari nilai jutaan dolar. Kerana rahmat inilah yang boleh menyelamatkan kita dari apa neraka. Jadi, keluarkan tenaga-tenaga yang ada untuk mengaut sebanyak mungkin kebaikan yang tak terlimitasi hanya dalam bulan ini. Sementara masa masih ada! simpan tenaga banyak-banyak, buat apa?

#2: Taman bunga
Tiba saja bulan Ramadhan, secara automatiknya, kita semua -sama ada suka atau tidak, dengan dipaksa atau rela- akan dimasukkan dalam sebuah taman yang sangat indah dah nyaman, namanya Ramadhan. Bersama kita semua adalah bakul-bakul kosong untuk diisi dengan amal. Buatlah apa saja yang kita suka dalam taman yang bernama Ramadhan itu; yang pasti bila tiba masanya, semua orang akan terpaksa meninggalkan taman tersebut seiring tamatnya durasi bulan Ramadhan. Maka di luar pagar itu nanti, akan ada orang yang keluar tanpa membawa apa-apa (seluruh waktunya dalam taman digunakan untuk tidur, bersuka-ria, makan sampai puas, bersenang-lenang, berehat, berehat dan berehat), ada pula yang membawa bersamanya sedikit bunga-bunga amal dalam bakul, ada yang bakulnya penuh dengan dedaunan semata, dan hanya orang-orang yang berusaha keras akan membawa keluar biji-biji benih yang bermutu dan pokok-pokok yang terbaik untuk ditanam dan dihidupkan, buat menghiasi 11 bulan yang mendatang dalam hidup mereka sebelum bisa kembali ke taman Ramadhan. Berdoalah agar kita semua tergolong dalam kalangan mereka ini.

#3: Bagasi
Ada 3 fasa dalam bulan Ramadhan, betul? Sekarang bayangkan bahawa ada 3 beg besar yang terbuka di hadapan anda = satu letaknya pada hari ke-9 ramadhan, satu pada hari ke-19 Ramadhan, dan satu lg pd hari terakhir Ramadhan. Habis fasa pertama Ramadhan (which, sudah berlalu pun), masuk saja hari ke-10 baru ini, bagasi pertama kita yang sudah pun diisi dengan segala jenis amal itu telah selamat dilepaskan dan dihantar naik ke atas. Sekarang, sedar atau tidak, kita sedang mengisi bagasi kedua kita, sebelum pintunya ditutup rapat untuk penghantaran pusingan ke-2 pada waktu akan datang. Dan kemuncaknya ialah bagasi yang ketiga. Berdebar kan kalau tak sedia dari sekarang? Entah apa lah yang nak diisi. And, guess where will we get our luggages back? Di akhirat nanti --> saat di mana segala amal yang kita dah hantar pada waktu sekarang, masa itulah nampak gunanya. Bila terbuka semula bagasi-bagasi dan isinya di depan mata. ~Memandangkan dalam bulan ini saham amal naik menggunung dan pahala jadi berlipat-ganda, tak wajarkah kita tamak? Tamak dalam beramal.

-Doa sama doa. It's never too late..
*2 perumpamaan pertama dari islamicity.com
**perumpamaan terakhir dari FB Productive Muslim

May your Ramadhan and mine be the best ever. Ameen

Wednesday 3 August 2011

the Ramadhan Poem



The clouds of heedlessness! Disperse from over the hearts.
The suns of piety and faith! Rise for this new day.
The pages wherein are recorded the deeds of the Fasting people! Elevate yourselves.
The hearts of the fasters! Be filled with humility.
The feet of those exerting themselves strenuously in their devotions! Prostrate to your Lord and bow in humility to Him.
The eyes of those passing the night in prayer! Do not sleep.
The sins of the penitent! Do not return.
The earth of the soul's vain inclinations! Absorb your water.
The sky of the elevated souls! Hold back your rain.
The lightning of longing for the Divine! Shine for the lovers of God.
The intimate thoughts of the Gnostics! Graze in the pastures of Godly bliss.
The aspirations of all who love other than God! May you find no contentment with your imperfect beloved.
Junayd! Be overjoyed.
Shibli! Come quickly.
Rabi'a! Listen carefully.

source
*5 stars, and I wonder who is Shibli

Monday 1 August 2011

Hidupkan Ramadhan :)

Bila ada projek untuk usrah sekolah sempena Ramadhan dan tak ada bahan-bahan yg mencukupi seperti krayon, marker dan pensil warna, mulalah menjenguk almari seorang trainer modal insan di rumah. Buka ja almari, mata ikut terbuka luas sebab teruja melihat longgokan set-set marker dan krayon di dalamnya. Kotak krayon yang baru ada 6 set, semuanya masih berbalut cantik dalam plastik. Melihatkan sang pemilik sedang berehat-rehat di ruang tamu, memang masa yang sesuai untuk pergi cuit-cuit dan tanya.

Anak: Abah, me jumpa krayon baru dalam almari besi. Boleh me guna utk usrah sekolah malam ni tak? kitorang nak buat projek Ramadhan. Tak cukup krayon.
Ayah: Boleh..amikla.
Anak: Ba. emm. Me amik dua boleh?
Ayah: Boleh..
Anak: Emm. Kalau amik tiga?
Ayah: Boleh..
Anak: Biar betul, ba. Betul ke boleh amik tiga? Krayon baru ni. Bukan ke nanti nak guna untuk training?
Ayah: Nanti abah boleh beli banyak lagi krayon tapi awak abah tak boleh beli.

Ha.. Amik. Terdiam terus. Huhu. Thank You Allah for such a supportive father! And of course, for my mother too! fa bi ayyi alaa-i rabbikuma tukazziban...

Berbalik kepada projek Ramadhan kita: hasilnya alhamdulillah, kesemua krayon-krayon yang dibuka telah berjaya dimanfaatkan untuk perkara-perkara berikut:


Ihya' Ramadhan SBPI, 26/7/'11

Ihya' Ramadhan Sg Pusu, 28/7/'11

Ihya' Ramadhan RS Melaka, 29/7/'11

Akhir kata: 
  • Hidupkanlah Ramadhan di tempat anda. Bak kata mak cik Rahimah (Ketua Wanita IKRAM Melaka) semasa jaulah, kita perlu menggerakkan masyarakat di mana saja kita berada & bukannya selesa dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain. Semarakkan semangat Ramadhan di masjid-masjid di kawasan anda, di tempat kerja, di rumah dan hatta dalam facebook sekalipun. Rebut pahala sebaran kebaikan sebanyak mungkin. Bukankah bulan yang Allah cinta ini selayaknya diwar-warkan kepada semua? :) -teringat pengalaman berihya' Ramadhan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di sekitar A'Famosa dalam jaulah Melaka. Hatta non-muslim pun tertarik & mengucapkan 'Happy Ramadhan' kepada kami, subhanallah!
  • Hargailah kedua ibu bapa kita yang telah banyak berkorban & membantu kita semenjak lahir ke dunia sehinggalah ke saat ini. Tanpa mereka, tak ada apalah kita. Segala budi dari mereka takkan habis terbayar meskipun ditelan nyawa. Maka sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita memohon maaf dari kedua ibu bapa, perbanyakkan doa untuk mereka, ringankan tulang untuk membantu dan hargai segala masa yang ada untuk diluangkan bersama kaum keluarga. 

Dari bumi Melaka ke Gombak, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama masyarakat dan keluarga tercinta! Moga semuanya dalam redha Allah :) Jaga hati dan amal ye~