Sunday 29 July 2012

Bazar, Palestin

29-07-2012

Alhamdulillah, berjaya dalam misi untuk tak ke bazar pada hari-hari pertama dalam bulan Ramadhan. Petang tadi, 'terpaksa' juga singgah ke sana lepas Asar - Misi mengedar flyer dan mengutip derma untuk Palestin yang mengajar banyak perkara.

Pertamanya, suasana bazar yang tak disukai - Panas, bersesak-sesak, orang ramai yang pelbagai ragam dan lorong-lorong bazar yang kecil yang boleh menyebabkan berlaga bahu dengan orang kiri kanan. Cara untuk selamat dari keadaan tersebut ialah berdiri di tepi-tepi 'bahu' bazar yang mana bahagian laluannya agak besar sedikit berbanding bahagian gerai-gerai.

Keduanya, reaksi orang ramai yang lalu-lalang bila diberi flyer atau disuakan tabung. Ramai juga yang menolak, walaupun flyers dan materials yang diberi semuanya percuma, malah mengandungi tips/sarana berguna sempena bulan Ramadhan - Mungkin bimbang tangan akan penuh dengan baragan dan tak cukup tangan untuk pegang flyers nanti, ok takpe:D Kalau yang berminat/prihatin pula, mereka sendiri yang akan datang cari kita untuk masukkan duit dalam tabung Palestin tu. Alhamdulillah, syabas dan mabruk! :)

Antara pengalaman menarik yang dilalui ialah bila tiga beradik yang pekak dan bisu nak tahu tabung yang dihulur tu tabung apa. Tergamam sekejap. Memang tak pernah ambil tahu satu pun gesture bahasa isyarat, jadi tak tahu nak terangkan macam mana yang tabung tu untuk rakyat Palestin. Jadinya, tunjuk sahaja tabung yang bertulis 'PALESTIN' tu dengan harapan mereka mampu baca. Kemudian mereka hulur duit dan dengan senyuman, berlalu pergi. Seketika teringat lagu Forgive Me When I Whine...


Yang juga menarik ialah bila bagi flyers kepada seorang kakak yang sedang duduk di tepi bazar. Borak sekejap dengan dia - katanya dia buka gerai tebu dengan suami dan kawan, tapi rehat dulu sebab penat mengandungkan anak pertama 6 bulan. Sempat juga dia tanya tentang flyers yang diberi, sebelum duduk diam membaca bahan-bahan tersebut. Tak lama sebelum kami balik, kakak tu tiba-tiba hilang, dan datang semula dengan plastik berisi dua bungkus air tebu + 1 bungkus ais untuk berbuka. Allah.... Serius rasa terharu sangat. Moga Allah berkati seisi keluarganya. Ameen...

Separuh masa, tapak bazar ditinggalkan untuk misi seterusnya - berbuka puasa dengan tetamu istimewa dari Kedah:D Dalam keadaan letih dan rasa macam nak muntah dek penangan bazar serta seisi keadaannya, selepas berjalan sekian jarak dan meredah lautan traffic, akhirnya masuk juga ke dalam kereta Perdana sahabat seusrah yang sejuk dan aman dari udara, hiruk-pikuk dunia luar. Rasa macam.. Adakah ini syurga?


Kesimpulannya, masuklah ke dalam syurga.
Di sana nanti baru kita cerita lanjut insyaAllah :)

*Ramadhan fasa ke-2. Moga lebih produktif!*
Disclaimer: Ada kaitan ke bazar dan Palestin? Ada untuk yang pandai mencuri peluang :D

Klik: Antara flyers Palestin. Infaq via Aqsa Syarif sekarang!

Sunday 1 July 2012

Over

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Al-Zumar: 10)



Kadang-kadang, kita suka risau lebih-lebih.
Kadang bila dihidangkan dengan masalah, terus mengeluh dan mencari-cari salah.
Sedangkan banyak kerisauan kita, tak berlaku pun. Masalah ad hoc yang kita rasa macam membuatkan dunia berhenti berputar/rasa nak meledak macam torpedo tu pun akhirnya selesai juga dengan cara yang baik tak disangka-sangka. Masa tu mulalah rasa malu. Rasa macam tak berbaloi pun marah-marah/kerut-kerut muka, sebab keadaan beransur-ansur menjadi lebih baik - Seolah-olah satu-satunya motif things-go-wrong itu berlaku ialah untuk uji kita. Itu saja. Dan semua sudut teruji - baik sangka kita, ukhuwwah kita, reaksi dan pergantungan kita. Lepas itu bila matlamatnya dah tercapai - samada kita melenting atau sabar, redha atau tidak - ujian itu pun berlalu pergi... Macam bayu lembut yang tak meninggalkan kesan pada pasir.


Sebab tu, tak perlu over. Boleh marah dan sedih, tapi harus bersederhana dan kena dengan sebab/caranya. Hatta dlm keadaan gembira pun kita kena bersederhana. 'Ala kulli hal, mesti sedih dan gembira kerana Allah kerana penghujung kpd menguruskan keduanya ialah syurga..


.:.Happiness is a state of mind.:.