Sunday, 29 July 2012

Bazar, Palestin

29-07-2012

Alhamdulillah, berjaya dalam misi untuk tak ke bazar pada hari-hari pertama dalam bulan Ramadhan. Petang tadi, 'terpaksa' juga singgah ke sana lepas Asar - Misi mengedar flyer dan mengutip derma untuk Palestin yang mengajar banyak perkara.

Pertamanya, suasana bazar yang tak disukai - Panas, bersesak-sesak, orang ramai yang pelbagai ragam dan lorong-lorong bazar yang kecil yang boleh menyebabkan berlaga bahu dengan orang kiri kanan. Cara untuk selamat dari keadaan tersebut ialah berdiri di tepi-tepi 'bahu' bazar yang mana bahagian laluannya agak besar sedikit berbanding bahagian gerai-gerai.

Keduanya, reaksi orang ramai yang lalu-lalang bila diberi flyer atau disuakan tabung. Ramai juga yang menolak, walaupun flyers dan materials yang diberi semuanya percuma, malah mengandungi tips/sarana berguna sempena bulan Ramadhan - Mungkin bimbang tangan akan penuh dengan baragan dan tak cukup tangan untuk pegang flyers nanti, ok takpe:D Kalau yang berminat/prihatin pula, mereka sendiri yang akan datang cari kita untuk masukkan duit dalam tabung Palestin tu. Alhamdulillah, syabas dan mabruk! :)

Antara pengalaman menarik yang dilalui ialah bila tiga beradik yang pekak dan bisu nak tahu tabung yang dihulur tu tabung apa. Tergamam sekejap. Memang tak pernah ambil tahu satu pun gesture bahasa isyarat, jadi tak tahu nak terangkan macam mana yang tabung tu untuk rakyat Palestin. Jadinya, tunjuk sahaja tabung yang bertulis 'PALESTIN' tu dengan harapan mereka mampu baca. Kemudian mereka hulur duit dan dengan senyuman, berlalu pergi. Seketika teringat lagu Forgive Me When I Whine...


Yang juga menarik ialah bila bagi flyers kepada seorang kakak yang sedang duduk di tepi bazar. Borak sekejap dengan dia - katanya dia buka gerai tebu dengan suami dan kawan, tapi rehat dulu sebab penat mengandungkan anak pertama 6 bulan. Sempat juga dia tanya tentang flyers yang diberi, sebelum duduk diam membaca bahan-bahan tersebut. Tak lama sebelum kami balik, kakak tu tiba-tiba hilang, dan datang semula dengan plastik berisi dua bungkus air tebu + 1 bungkus ais untuk berbuka. Allah.... Serius rasa terharu sangat. Moga Allah berkati seisi keluarganya. Ameen...

Separuh masa, tapak bazar ditinggalkan untuk misi seterusnya - berbuka puasa dengan tetamu istimewa dari Kedah:D Dalam keadaan letih dan rasa macam nak muntah dek penangan bazar serta seisi keadaannya, selepas berjalan sekian jarak dan meredah lautan traffic, akhirnya masuk juga ke dalam kereta Perdana sahabat seusrah yang sejuk dan aman dari udara, hiruk-pikuk dunia luar. Rasa macam.. Adakah ini syurga?


Kesimpulannya, masuklah ke dalam syurga.
Di sana nanti baru kita cerita lanjut insyaAllah :)

*Ramadhan fasa ke-2. Moga lebih produktif!*
Disclaimer: Ada kaitan ke bazar dan Palestin? Ada untuk yang pandai mencuri peluang :D

Klik: Antara flyers Palestin. Infaq via Aqsa Syarif sekarang!

2 comments:

  1. buka puasa dgn semua, sampai ayam penyet yg biasa2 pun jadi istimewa.

    usrah sambil berdiri pun boleh bukak cerita.

    memang indah.

    ReplyDelete