"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Al-Zumar: 10)
Kadang-kadang, kita suka risau lebih-lebih.
Kadang bila dihidangkan dengan masalah, terus mengeluh dan mencari-cari salah.
Sedangkan banyak kerisauan kita, tak berlaku pun. Masalah ad hoc yang kita rasa macam membuatkan dunia berhenti berputar/rasa nak meledak macam torpedo tu pun akhirnya selesai juga dengan cara yang baik tak disangka-sangka. Masa tu mulalah rasa malu. Rasa macam tak berbaloi pun marah-marah/kerut-kerut muka, sebab keadaan beransur-ansur menjadi lebih baik - Seolah-olah satu-satunya motif things-go-wrong itu berlaku ialah untuk uji kita. Itu saja. Dan semua sudut teruji - baik sangka kita, ukhuwwah kita, reaksi dan pergantungan kita. Lepas itu bila matlamatnya dah tercapai - samada kita melenting atau sabar, redha atau tidak - ujian itu pun berlalu pergi... Macam bayu lembut yang tak meninggalkan kesan pada pasir.
Sebab tu, tak perlu over. Boleh marah dan sedih, tapi harus bersederhana dan kena dengan sebab/caranya. Hatta dlm keadaan gembira pun kita kena bersederhana. 'Ala kulli hal, mesti sedih dan gembira kerana Allah kerana penghujung kpd menguruskan keduanya ialah syurga..
.:.Happiness is a state of mind.:.
yg sebaiknya adlh yg sederhana :)
ReplyDelete