Monday 1 July 2013

Kacau je murabbi tu! :)

Saya percaya hubungan murabbi dengan mutarabbi ialah satu hubungan komunikasi dua hala. Tidak boleh murabbi sahaja yang sibuk mengejar anak usrah, atau anak usrah sahaja yang terkebil-kebil mencari murabbinya saban masa.

Kadang kita dengar, mutarabbi mengadu tidak cukup perhatian dan kasih sayang dari murabbi. Kadang sang murabbi bukan hanya bawa usrah kita, malah juga beberapa usrah lain ditambah pula dengan banyak tanggungjawab dakwah dan duniawi yang lain yang mesti dipenuhi. Maka dalam hal ini, kita perlu ingat bahawa murabbi itu juga manusia. Kerjanya bukan hanya mengejar kita dan mengambil tahu tentang kita semata-mata. Sebaliknya, amat ramai lagi yang memerlukan sentuhan dan juga perhatiannya. Ada masanya pula, dia perlukan ruang untuk dirinya juga. Pada waktu-waktu seperti ini, mungkin kita boleh ringankan tugasnya dengan meng-update sendiri apa yang berlaku pada kita yg penting untuk diketahui murabbi tanpa perlu dia sendiri bertanya.

Satu perkara yang saya dpt sepanjang bertukar beberapa orang naqibah sudah ini, ialah kepentingan memainkan peranan pro-aktif dalam memastikan pentarbiyahan diri sendiri itu berlaku. Jangan hanya harap murabbi datang mencari, tapi kalau dia tidak sempat, kita sendirilah yang cari murabbi. Bukankah yang menadah itu seharusnya mencari sumber yang ingin ditadahnya?

Saya amat percaya pada satu perkara, bahawa lebih banyak kita 'menempel' dengan murabbi kita, lebih banyak perkara kita akan dapat belajar darinya. Kita sedar bahawa kefahaman kita belum cukup, kadang masih perlukan banyak bimbingan dalam amal-amal dakwah. Justeru, mengapa tidak kita 'menuntut'nya dari murabbi kita? Pergi menyibuk selalu dengannya. Ajak makan, ajak sembang, tidur di biliknya. Bila kita contact murabbi selalu, itu satu petanda kita memberitahu secara tidak rasmi bahawa kita masih perlukan bimbingan darinya.

Alhamdulillah, pengalaman selalu menyibuk mencari murabbi sendiri, ternyata membuka gudang ilmu dan kefahaman yang luas. Pernah beberapa kali selepas berborak saya bertanya kepada bekas murabbi "Kenapa akak tak pernah bagitahu pun ana benda ni?" terutama bila menyedari betapa bermaknanya teori dakwah yang baru disebutnya. Tapi akhirnya sendiri sedar yang banyak sangat perkara yang murabbi kita fikirkan, kadang dia sendiri terlupa untuk mention perkara tersebut sehinggalah topik perbincangan kita menyentuh tentangnya.

Sebenarnya di sini saya cuma ingin tekankan tentang kepentingan memastikan diri ditarbiyah. Bukan hanya tunggu murabbi datang, tadah, dan komplen bila tak cukup. Saya ingin kita sama-sama faham bahawa kita tak boleh salahkan murabbi semata bila tak cukup perhatian, kalau kita sendiri pun tidak berusaha mendapatkan perhatian dan bantuannya. Walaupun memanglah sudah tanggungjawab seorang murabbi itu mencari kita, tetapi kita perlulah berusaha juga untuk membantu beliau menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sebenarnya post ini sudah lama ingin dikarang, cuma idea sahaja yang tak keluar. Tapi tadi selepas menelefon bekas murabbi (yang jauh di mata dekat di hati), dan terpukul dengan beberapa pesanannya, barulah terfikir semula kepentingan post ini dikeluarkan. Alhamdulillah murabbi saya amat faham dengan diri saya, dan apa yang saya perlukan. Tadi beliau bercakap tentang facebook.

"Biar bila kita mati, orang baca faecbook kita dan terkesan dengan tazkirah-tazkirah yang kita tulis" -Menyebabkan saya kembali muhasabah content wall saya.
 "Memanglah kadang kita suka layan perasaan dan luahkan pada page kita. Tapi kita kena sesuaikan diri kita dengan audien yang ada dalam profile kita. Kita sendiri tahu siapa yang kita approve. Kalau ada antaranya ikhwah, jaga kata-kata supaya ia tak menyebabkan mereka terdetik apa-apa tentang diri kita. Kita tak mahu jadi fitnah atau bertakhta di hati mana-mana ikhwah. Amat menyedihkan kalau seseorang ikhwah tu dihinggap penyakit hati, melemah dalam gerak kerja dakwahnya. Bila diperiksa, rupanya disebabkan seorang ukht dan ukht tu ialah kita. Sedih tak?"

Jazakillah kak, atas nasihatnya. Secara peribadi, saya sendiri memang akan merespon semua 'kacauan' akhawat samada dalam wall atau di mana-mana. Ini kerana saya pernah beranggapan bahawa merespon itu 'courtesy' dan tidak merespon iu 'rude'. Dan saya sendiri suka mengacau akhawat dalam bentuk post mahupun comment. Terkadang memang tak sedar bahawa gurauan-gurauan kita sedikit terlebih di situ.Astaghfirullah. Moga diampunkan Allah.

Lihat kepentingan teguran dari murabbi, yang mengenal sendiri peribadi kita, dan mengetahui keperluan kita. Alhamdulillah atas nikmat ini. Ya Rabb, berkati murabbiyatku selalu!

No comments:

Post a Comment