Friday 12 July 2013

Erti Ramadhan


Terinspirasi dari kata-kata dari fb APG yang berikut:


Imanan wahtisaaban. Demikianlah sepatutnya puasa kita terdefinisi. Keduanya datang dari hadith Nabi s.a.w yang berikut, "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (dalam keadaan) imanan [penuh keimanan] wahtisaaban [berkira-kira], diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu"

Secara ringkasnya ihtisaaban bermaksud: mengharapkan redha Allah, dan berkira-kira. Atau menghitung-hitung (amal perbuatannya). Sentiasa merasa tidak cukup. Sentiasa cuba menambahkan amal dan mencari ruang untuk beramal. Sentiasa takut puasanya tidak diterima, atau bertambah dosanya. Sentiasa mohon ampun atas kelalaian. Sentiasa berhati-hati dan cuba memperbaiki segala amal.

Tanpa iman dan ihtisab ini, dikhuatiri kita akan gagal meraih keampunan Allah untuk seluruh dosa, terlepas chance, hanya dapat makanan dan minuman berbuka sepanjang 30 hari tanpa kelebihan-kelebihan lain dan lebih malang, jika terpaksa menunggu sehingga 1 tahun lagi untuk mendapat second chance seemas ini (which, belum tentu akan dapat t.t). Sebab itu kita lihat attitude para sahabat dan salafus soleh dalam menyambut Ramadhan sangat amazing. Mereka teramat sangat mengharap-harap akan bertemu Ramadhan, hingga 6 bulan sebelumnya sudah sibuk berdoa minta diperkenan. Tidak cukup dengan itu, 6 bulan selepas Ramadhan mereka masih istiqamah berdoa meminta segala amal diterima. Hal ini kerana, mereka tahu besarnya kesia-siaan kiranya 30 hari yang berlalu itu tiada nilaiannya di sisi Allah. Ini juga menunjukkan bahawa ruh Ramadhan itu sudah sebati dan sangat membekas dalam jiwa mereka.

gambar sekadar hiasan


Semalam sempat tgk Kapsul Ramadhan IKRAM terbitan tahun lepas. Lebih kurang begini perbualan pasangan du'at tersebut (tak exact, taip jeez yg igt shj) :
Akh Ammar: Ramadhan kali ni ada umpph tak?
K.Anfaal: Umpph tu macam mana?
Akh Ammar: Maksudnya ada perubahan menjadi lebih baik tak?

Ya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini melonjakkan kita dalam arena dakwah dan tarbiah ini. Aslih nafsak wad'u ghairak! Dan Ramadhan ialah medium penyucian serta peningkatan spiritual yang paling umph! bittaufiq wannajah - Doakan ikhwah akhawat lain selain diri sendiri juga ya!

*Kesimpulan: Perhatikanlah amal-amal kita. Mana yang kurang untuk ditampung. Mana yang perlu dikekalkan dan dilonjakkan lagi. Moga Allah bersama kita dan keazaman-keazaman kita*

No comments:

Post a Comment