Saturday 13 July 2013

of solat and kids


Mudahkah mentarbiyah si kecil untuk mencintai solat?

Sedang mencari-cari tip untuk ditambah.
Antara yang boleh dikongsi:

1. anak itu perlukan sokongan bi'ah. perlu ada yang rajin dan istiqamah membawa mereka ke masjid, atau paling kurang berjemaah di rumah. qudwah, qudwah dan qudwah. tunjukkan bahawa solat itu sentiasa top priority, dan tak ada yang lebih tinggi berbandingnya.

2. selalu cerita dan remind si anak kelebihan-kelebihan solat, serta bagaimana para sahabat serta Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan solat pada keutamaan yang tinggi dalam kehidupan harian mereka.

3. minta anak itu untuk doakan kita selepas solat. contoh yang dibuat, sebut nama adik dan cakap "Ali nanti lepas solat Ali doakan meme, umi ngan abah tau". Maka dia akan rasa ada urgensi, keperluan, trust dan bahawa doanya (terutama selepas solat) sangat bererti + bernilai pada kita.

4. berdoa selepas solat bersama dalam bahasa yang difahaminya. Pengalaman sendiri, tiap kali berimamkan adik yang sedang marah sebab dia rasa 'dipaksa' bersolat bersama kita, saya akan diam dan langsung tidak sebut atau tegur tentang perlakuannya. sebaliknya, selesai solat saya akan terus tadah tangan dan baca doa yang revelan kuat-kuat seperti "ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang suka mendirikan solat. sesungguhnya solat itu akan menyelamatkan kami di akhirat nanti ya Allah". Yang saya perasan, si adik akan tersedar sendiri attitude negatifnya nya terhadap solat tadi, dan lembut hati secara sendiri.

5. Doa, doa dan doa.


dan yang bertaraf nabi pun berdoa dgn doa ini.kita pun kena amalkan selalu!

Wallahu'alam. Moga bermanfaat dan bertambah lagi tips baru yang dapat diamalkan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment