Friday, 28 December 2012

Fatrah Imtihan Ini


Exam.

Mengingatkan pada Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Seorang mujtahid yang sangat brilliant, sangat bijak; dan menggunakan seluruh daya fikiran, tumpuan serta kebijaksanaannya untuk memenangkan Islam. Syed Qutb, seorang sasterawan yang puitis dan penghasil ayat-ayat indah. Menggunakan kelebihannya untuk mengarang tafsir Fi Dzilalil Qur'an yang sangat menggugah emosi dan perasaan. Ya.. sungguh di dalam kertas, pena dan tulisan itu juga ada jihadnya yang tersendiri. Islam tak pernah memandang remeh nilai suatu kebaikan walaupun tampak kecil. Harap-harap suatu hari nanti dapatlah dikumpulkan bersama dengan figura-figura hebat ummah ini walaupun sumbangan yang diberi kepada Islam sangaaaaaaaatlah minima dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan... T_T malu, malu tapi tetap mahu!

*

Alhamdulillah. Setakat ni dah selesai 2 paper - Muslim Nation in Contemporary History pada 26 Disember lepas dan China and Japan Since 1800A.D. pagi tadi. Semasa revisi, tersangatlah mengharapkan memori seperti Imam Syafie, biar baca 1 kali saja dah tak lupa walau satu apa pun. Tapi Allah memberi ikut apa yang kita layak =D..Dalam dewan exam ada saja tertinggal itu dan ini. Tapi yakinlah bahawa bila kita redha (compared to frust dan mengeluh), bantuan Allah itu akan lebih mudah datang. Dan ingatlah bahawa perjuangan tak terhenti setakat dalam dewan exam, tapi kita masih berpeluang untuk berdoa sehinggalah result keluar nanti. Maka, hilangkanlah rasa sedih dan putus asa. Gantikan dengan optimism dan semangat berjuang + bermujahadah yg terbaik untuk kertas-kertas seterusnya. SemangkA!

Selamat berdoa, bermunajat, berusaha dan bertawakkal.
-Exam is only a part and parcel of your life.
Fa iza faraghta fansab!-

Wednesday, 26 December 2012

It's History, pay more attention!

Bismillah.

Ada sebab kenapa saya tiba-tiba menulis post berkenaan History.

1. Untuk memperingatkan diri sendiri di masa hadapan tentang kenapa saya memilih bidang ini, dan masih terus-terusan di sini. Mana tahu saya akan kecewa lagi atau hilang semangat untuk terus menyusurinya, apatah lagi saya memang bercadang mengambil minor sebagai basic yang tidak disambung lagi secara formal selepas ini. Pelan saya dari awal ialah mendalami lagi bidang hadith sehingga masak garing menerusi master, Ph.D dan seterusnya, moga Allah permudah.

2. Sebagai dokumentasi sejarah. Kepentingan dokumentasi ini saya pelajari daripada Sir Kopanski. Apa saja yang kita tulis, akan menjadi bukti apa yang berlaku dan apa yang kita rasa dalam fasa-fasa tertentu dalam hidup kita. Kadang-kadang bila semak diari, terimbau semula: Ooh, ini rupanya yang aku rasa masa ambil subjek ini, dan ini kata-kata semangat yang lecturer bagi. Aku harus begini dan begitu. Dan banyak lagi pengajaran2 yang dapat diambil daripada diri kita sendiri bila kita menulis. Tetapi bukan semua yang kita tulis, kita tunjuk ya. Ada yang kita simpan untuk diri sendiri, untuk ahli keluarga, untuk kawan-kawan seusrah saja dan sebagai wasiat. eh.


Terakhir sekali, selepas menulis Why History Part 1 & Part 2
ada pesanan umum yang ingin saya simpulkan.

Sejarah milik semua orang. Kalaupun kita bukan pelajar major/minor History, malah langsung tidak mempelajarinya secara formal, paling tidak pun kita masih merupakan sebahagian daripada the contemporary history. Beradanya kita pada zaman ini bererti kita boleh mencorak masa hadapan. Bila generasi anak-anak dan cucu-cicit hidup nanti, kitalah 'sejarah lampau/sejarah awal' yang telah menyediakan landasan untuk mereka beraksi. 

Kita juga paling tidak boleh memberi lebih perhatian kepada perkembangan atau isu semasa yang berlaku di sekeliling kita (saya sangatt suka sesi akhbar islami dalam usrah. Pada saya, ianya penting). Kalau malas pun, bukalah Al-Jazeera dll sekali-sekala. Walaupun banyak yang akan mengecewakan kita (spt berita semalam: rusuhan di mesir yang masih berlanjutan pasca undian untuk meluluskan perlembagaan baru dan tuntutan minoriti Sunni di Iraq ke atas kepimpinan Shiah mereka), sekurang-kurangnya kita 'tahu' apa yang berlaku (tapi kena berhati-hati sebab tak semua yang diberitakan itu betul). Kita yang menyaksikan ini boleh menjadi primary/secondary source of history untuk generasi masa hadapan. Rugilah kalau kita hidup di zaman revolusi Mesir tapi kita tak tahu pun apa-apa berkenannya sedangkan kita ada advantage untuk wujud pada ketika ianya berlaku. Nanti bila anak cucu tanya, takkan sikit apa pun kita tak boleh membantu.



Dan, satu lagi yang ingin saya tekankan ialah, musuh selalu mengambil kesempatan di atas kejahilan kita. Mereka suka hati saja manipulasikan cerita ini dan itu. Macam-macam. Kalau kita peduli sikit dengan sejarah, sekurang-kurangnya mereka tak bolehlah menipu kita dalam fakta-fakta basic yang perlu disampaikan kepada generasi hadapan seperti: Revolusi Syria ditaja oleh Amerika Syarikat. Oh tidak sama sekali. Revolusi Syria itu 100% asli dan tulen dari kehendak rakyat sendiri. Ingat bagaimana rejim Basyar menangkap dan menyiksa 15 orang kanak-kanak sekolah hanya kerana mereka menulis slogan 'anti-kerajaan'? Kalau tidak ada orang yang peduli, nescaya kisah-kisah seperti ini akan dilupakan saja sama-sekali.

Masih fikir sejarah itu remeh?
Selepas ini, apa saja yang anda tulis, dan kongsi, ingatlah bahawa anda sebenarnya sedang menyumbang kepada sejarah kontemporari kita! Walaupun anda bukan pelajar sejarah.

Saya sudah beritahu kenapa saya rasakan sejarah itu penting,
Kepada para junior yang masih teragak-agak samada mahu minor/major dalam bidang ini atau tidak, nasihat saya, ahlan wa sahlan dan teruskanlah! jangan ragu-ragu lagi. Pastikan anda tahu kenapa anda memilihnya dan kenapa anda perlu berikan 200% dalam bidang tersebut.

*Warning: Dan saya tak kata anda tak akan boring. Hakikatnya, subjek history memang mencabar. buku tebal nak dibaca kadang-kadang tertidur dan otak rasa beratttttt. Bak kata bekas guru sejarah saya, "Sejarah ialah ubat tidur yang paling berkesan!". Tapi kalau buat kerana Allah, insyaAllah berbaloi-baloi. Mudah-mudahan esok anda akan bangun sebagai orang yang paling segar sekali dan tahu apa yang nak dibuat memandangkan betapa muaknya anda membaca ritma sejarah kita yang meletihkan dan menyedihkan.


Ini Sejarah Kita!

Why History: Part 2

Sejarah ialah satu bidang yang tidak glamour, tetapi besar impaknya.

Ayah kepada Daniel Pipes merupakan seorang sejarawan dalam bidang Soviet Union. Beliau menjadi orang penting/penasihat kepada Presiden Amerika pada zamannya disebabkan Amerika pada waktu itu sedang dalam fasa Cold War dengan Soviet Union. Beliau, yang juga merupakan seorang musuh Islam meraih kedudukan yang prominent di White House hanya kerana ilmunya berkenaan seteru utama AS tersebut (walaupun boleh sajalah beliau tokok-tambah atau membuat AS takut lebih-lebih dengan fakta2 berkenaan Soviet yang tak berapa nak betul). Menasihati tuan presiden sahaja boleh jadi kaya dan berpengaruh tahu!

Menarik kan?

Kalau boleh sampai ke tahap itu, alangkah bertuahnya. Tetapi buat masa sekarang, ianya bukan merupakan prioriti buat jangka masa panjang. Setakat ini saya hanya tahu Suez Canal, Shoshone, Tahrir Square dan Uncle Ho. Cukuplah di sini dulu walaupun ada impian lain seperti;

1. Melawat tempat-tempat bersejarah di seluruh dunia (Bashar Al-Assad betul2 buat saya marah sbb telah menyebabkan kemusnahan tmpt2 yang berusia ribuan tahun lamanya!)

2. Kalau tak dapat lawat seluruhnya pun, paling kurang dapat membawa orang lain travel ke serata tempat lewat kisah-kisah sejarah yang basic.

3. Tahu lebih dan kenal dengan penduduk dunia seramai yang mungkin. Do justice to them. Bukan hanya judge tapi tahu dan memahami kenapa golongan ini buat begitu atau begini. Dalam erti kata lain, why some people do what they did, and how to understand them better.

4. To read between lines and scenes. Or at least to know what's going on.

5. Menulis artikel --> yang ini sangat payah. Barangkali yang termampu hanyalah mengkompilasikan berita dan sumber-sumber seperti yang pernah dilakukan dalam post lalu berkenaan kemenangan Dr.Morsi selaku Presiden Mesir yang baru.

6. Knowing which source to go, and to refer to.

7. Berbekalkan bahasa Arab yang terlimitasi, teringin nak cuba translate video-video sejarah yang penting seperti pasca revolusi ke dalam bahasa Melayu/Inggeris, biar mesej tersebar lebih luas. Hoping that having 2 languages advantage to compliment each other, assisting historical message to reach far many.

Dan untuk impian-impian ini, saya tidak lagi menyesali keputusan minor dalam bidang sejarah (walaupun mungkin ianya tak akan tercapai, tapi kalau dapat menginspirasikan orang lain saja pun cukuplah). Tambahan kalau bukan sekarang, bila lagi mahu belajar perkara-perkara yang lebih dan luar dari bidang pengkhususan?


*Melihatkan pencapaian ilmuwan-ilmuwan hebat seperti Dr. Hafidzi, Dr. Zaharuddin & Ust Hasrizal, terasa diri sangat kecil dan tersangat mustahil untuk melangkah sejauh itu. Tetapi biarlah impian kita hari ini, menjadi pembakar semangat generasi hadapan. Moga Allah pacu :)


Walaupun hanya jadi serdadu kecil, teringin juga nak melangkah.. menyumbang. Doakan!

Why History: Part 1


Semasa saya membuat keputusan mahu minor dalam bidang sejarah,
ada 3 sebab utama yang mendorong (selain istikharah);

1. Sejarah sebagai complimentary kepada subjek major Qur'an dan Sunnah. Fikir saya pada waktu itu, sejarah ada perkaitan yang sangat rapat dengan bidang hadith dan perkembangan ilmu/wan dalam Islam --> Walaupun skrg saya masih belum lagi menjumpai direct link antara semuanya, saya percaya suatu hari nanti ianya akan tampak jelas, insyaAllah.

2. Memperbaiki bahasa Inggeris --> Subjek-subjek yang diambil dalam bahasa Arab menyebabkan kadang-kadang saya rasa bahasa Inggeris saya semakin 'berkarat'. Ini selalu terbukti lewat presentations  dalam subjek-subjek History yang mana saya selalu tak berpuas hati. Sekurang-kurangnya dengan belajar beberapa subjek dalam bahasa Inggeris, kosa kata dapat ditambah sedikit demi sedikit dan tidaklah ia dilupakan terus sama sekali.

3. Mahu memahami apa yang berlaku di dunia ini dengan lebih mendalam dan dengan kefahaman yang benar. Dalam erti kata lain, saya berhasrat mencapai satu tahap di mana hatta sejarawan pun tidak boleh menipu saya. Tak mahu perlu selalu bergantung kepada 'penceritaan' orang lain untuk menetapkan apa yang saya wajib buat dan percaya. Sir Kopanski (salah seorang History Prof di uia) pernah cakap (lebih kurang): when I read something, I can smell what is authentic and what is made up. Dan untuk mencapai tahap ini, ia sangatlah susah.


'Ala kulli haal, semasa di tahun ketiga semester kedua, saya hampir-hampir menyerah kalah terhadap bidang ini. Keinginan untuk bergraduasi awal sangat tempting pada ketika itu. Apatah lagi melihat kawan-kawan ramai yang sudah grad/bakal bergraduasi. Kalau ikutkan, jika di-cancel saja subjek-subjek minor, saya boleh tamatkan keseluruhan pengajian saya dalam 1 sem sahaja lagi. Ertinya, saya akan memperoleh degree dalam tempoh pengajian 3 tahun setengah instead of 4 tahun.

Dalam masa sama, subjek-subjek History sangat mencabar kesabaran saya. Tanpa latar-belakang yang kuat, dan perlu pula ambil subjek-subjek untuk pelajar History tahun ke-3 dan ke-4, obviously dalam kelas tersebut ketika mana orang lain sudah faham apa yang disampaikan, saya masih terkial-kial dan struggle untuk faham apa itu terma-terma seperti 'Anglo-saxon' dll. Transkrip saya juga sudah 'tak lawa' dengan gred 'B' yang timbul sana-sini. Saya mula merasakan bahawa subjek-subjek IRK (baca: Ilmu Wahyu) sangatlah senang dan barangkali saya telah menyusahkan diri sendiri dengan mengambil sesuatu di luar bidang saya...

etapi kenapa diteruskan juga perjuangan ini. Sebab saya fikir, sometimes someone have to go through something like this for the sake of this ummah. Saya sangat yakin dan percaya apa yang sedang saya lakukan bakal ada manfaatnya yang besar pada masa hadapan. Kalau nak hidup mudah memang mudah - Drop sajalah minor itu dan lupakan ia. Tapi dengan kesusahanlah sebenarnya sesuatu yang lebih berharga itu akan kita peroleh.



Dan hari ini, subjek History yang saya ambil masih lagi sukar, bertambah banyak cabarannya, tetapi sedikit demi sedikit saya dapat melihat jalan kepada 3 objektif yang saya gariskan di awal tadi semakin terbuka untuk dilalui. Sebab itu saya selalu katakan, boleh jadi awal sesuatu perkara itu tak manis. Tetapi teruskanlah jika apa yang kita lakukan itu ialah apa yang kita yakini dan percaya. Kerana berkat kesabaran, akhirnya kita akan melihat dan berpuas hati dengan apa yang kita perolehi.

*Rants bersambung di part ke-2.

Friday, 21 December 2012

HIST

Yesterday was Friday.
I was thinking of whether or not I should meet my South East Asia lecturer regarding the subject. She had said in the last class that she'll be in her office from 9am to 10.30am had anyone wanted to consult her regarding their carry marks and so forth. First I thought it wouldn't be worth it to bother about the carry mark since I was 200% sure that nothing could be done about it. I wasn't well prepared during the mid term and what I got was - although it did affect my carry mark a bit - I think, is more than what I deserve.

But, I decided to go meet her anyway.
For I believe that it would be beneficial to talk to your lecturer even when your marks ain't changing. So there I was knocking at her door at around 9.30am in the morning and I heard a voice from inside saying,

"Come in"

I opened the door slowly, feeling relieved that I have finally found the correct room after having toured the entire level 5 of HS building, only to find out her office is in level 4 instead.

"How are you madam? Am I the first to come today?"
-This sort of intro was just a mean to hide my nervousness at that time-

I sat in front of her and started to check my mid term, open-book test and coursework papers. I talked to her about the short notes part for mid term, where I particularly failed to score. She explained to me some of the reasons for the lack of marks given. At the end I was satisfied.

She then asked if I'd like to further my study after graduation, which I answered with a definite 'yes' and that I might go to Jordan if Allah wills. And then she asked which area of history am I interested most. I told her along with the reason, "Middle East and Europe. Because they involve a lot of sequences, war and controversy - things that are illustrative and what I can imagine" -And of course, because Middle East is the heart of Islam and also because European powers were, and still are the main trouble-makers of the region.

And of the reason why I struggle a lot with South East Asia? Is due to my own weaknesses that kinda fail me from grasping all the informations related to the social development, economic trasnformation, tin mining industry, rubber plantations and all such details belonging to this beloved region.

And I know that actually it's no excuse.
Looking at our mdm, who tireless teach the same subject over and over again every semester. I truly salute someone who pays that much attention and have that much patience for this. And its undeniable that this course does really benefit me in term of understanding more of my neighboring countries and their origin.

And just now I received an sms from mdm,
"Salam. I've uploaded the list of topics to be read for final exam hist 4350 in lms. Once you've checked pls confirm with me whether you can access it or not. Tq - dr wan suhana"

To which I replied,
"Wsalam mdm :) alhamdulillah i was able to check n read the list of topics just now. Tqvm! - fm"

I wasn't expecting any response then but to my surprise, this was what I received few seconds later, "Tq. All the best!"

I was so touched.
And it makes me remember my whole journey of studying history where at first I doubted whether or not it was a right decision to make. Firstly it was a struggle for me. I hardly knew any historical term like 'anglo-saxon', let alone 'coachin china' and all those stuffs.

And then I became more and more literate, historically :D
And I met these kind classmates - people who'd give you a round of applauses just to make you feel good even though your presentation was bad. And such lecturer who'd spare some of her valuable time just to chat with you, get to know you better and encourage you to go the extra miles for yourself.

And suddenly I reflected that perhaps deep inside her, is a big hope when she comes to class everyday. That she's fully aware she's educating a young generation who'd be the lifeline and the hope of our country in the future. That perhaps the way she looked at us was the like of how HAMKA viewed his pupils - For this, and for soo many other reasons, this post is dedicated to my beloved mdm and all of the lecturers in the IIUM Department of History. May Allah keep you all in safety and blessings.

p/s:
Teachers, deserve the very best.
I promise to strive greatly for these subjects.
First I'm going to finish those two books by Osborne and Steinberg for South East Asia, and then I'm going to start revising for my first paper which is for the Muslim Nation in Contemporary History course. Fight!

Wednesday, 5 December 2012

C for Change


Sometimes, 
the beginning of a change is to..
start all over again.

Kadang-kadang lupa untuk muhasabah
hatta lupa untuk berniat sekecil apa pun untuk
perbaiki diri
lupa review pelan untuk pastikan,
adakah sedang berjalan di atas landasan yang betul
menuju firdausi.
atau langkah tersasar... syok sendiri.

Kadang bercakap tentang kejayaan
tapi lupa menelek amal
duhai diri yang malang
lebih sedih dirundung kesamaan
hari lepas, hari ini.
bagai tiada lagi perbezaan.

Allah..
sukar sangatkah bermuhasabah?
mahal sangatkah waktu? dan
payah amatkah...
perubahan itu?

-Kehidupan silam para sahabat pada zaman jahiliah barangkali lebih teruk dari kita. Ada yang minum arak, berjudi dan menyembah berhala. Tetapi sinar Islam itu saja sudah cukup untuk menerobos jauh, menghilangkan segala sejarah hitam dan kekotoran yang pernah mendarah-daging dalam diri mereka - Bila jelas matlamat dan faham erti hidup tentunya.

Perubahan... Sukarkah untuk kita?
Hanyasanya bila ikhlas, pasti akan selalu kita temui ruang-ruang dan 'alasan' untuk memperbaiki diri - inilah juga yang akan menjadi persiapan kita dlm menjemput penutup segala peluang perubahan: yakni kematian yang bakal menjelang...

Sabar meniti perubahan.. penghujungnya kemanisan.

Don't wait... Tomorrow might never come...

Sunday, 29 July 2012

Bazar, Palestin

29-07-2012

Alhamdulillah, berjaya dalam misi untuk tak ke bazar pada hari-hari pertama dalam bulan Ramadhan. Petang tadi, 'terpaksa' juga singgah ke sana lepas Asar - Misi mengedar flyer dan mengutip derma untuk Palestin yang mengajar banyak perkara.

Pertamanya, suasana bazar yang tak disukai - Panas, bersesak-sesak, orang ramai yang pelbagai ragam dan lorong-lorong bazar yang kecil yang boleh menyebabkan berlaga bahu dengan orang kiri kanan. Cara untuk selamat dari keadaan tersebut ialah berdiri di tepi-tepi 'bahu' bazar yang mana bahagian laluannya agak besar sedikit berbanding bahagian gerai-gerai.

Keduanya, reaksi orang ramai yang lalu-lalang bila diberi flyer atau disuakan tabung. Ramai juga yang menolak, walaupun flyers dan materials yang diberi semuanya percuma, malah mengandungi tips/sarana berguna sempena bulan Ramadhan - Mungkin bimbang tangan akan penuh dengan baragan dan tak cukup tangan untuk pegang flyers nanti, ok takpe:D Kalau yang berminat/prihatin pula, mereka sendiri yang akan datang cari kita untuk masukkan duit dalam tabung Palestin tu. Alhamdulillah, syabas dan mabruk! :)

Antara pengalaman menarik yang dilalui ialah bila tiga beradik yang pekak dan bisu nak tahu tabung yang dihulur tu tabung apa. Tergamam sekejap. Memang tak pernah ambil tahu satu pun gesture bahasa isyarat, jadi tak tahu nak terangkan macam mana yang tabung tu untuk rakyat Palestin. Jadinya, tunjuk sahaja tabung yang bertulis 'PALESTIN' tu dengan harapan mereka mampu baca. Kemudian mereka hulur duit dan dengan senyuman, berlalu pergi. Seketika teringat lagu Forgive Me When I Whine...


Yang juga menarik ialah bila bagi flyers kepada seorang kakak yang sedang duduk di tepi bazar. Borak sekejap dengan dia - katanya dia buka gerai tebu dengan suami dan kawan, tapi rehat dulu sebab penat mengandungkan anak pertama 6 bulan. Sempat juga dia tanya tentang flyers yang diberi, sebelum duduk diam membaca bahan-bahan tersebut. Tak lama sebelum kami balik, kakak tu tiba-tiba hilang, dan datang semula dengan plastik berisi dua bungkus air tebu + 1 bungkus ais untuk berbuka. Allah.... Serius rasa terharu sangat. Moga Allah berkati seisi keluarganya. Ameen...

Separuh masa, tapak bazar ditinggalkan untuk misi seterusnya - berbuka puasa dengan tetamu istimewa dari Kedah:D Dalam keadaan letih dan rasa macam nak muntah dek penangan bazar serta seisi keadaannya, selepas berjalan sekian jarak dan meredah lautan traffic, akhirnya masuk juga ke dalam kereta Perdana sahabat seusrah yang sejuk dan aman dari udara, hiruk-pikuk dunia luar. Rasa macam.. Adakah ini syurga?


Kesimpulannya, masuklah ke dalam syurga.
Di sana nanti baru kita cerita lanjut insyaAllah :)

*Ramadhan fasa ke-2. Moga lebih produktif!*
Disclaimer: Ada kaitan ke bazar dan Palestin? Ada untuk yang pandai mencuri peluang :D

Klik: Antara flyers Palestin. Infaq via Aqsa Syarif sekarang!

Sunday, 1 July 2012

Over

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Al-Zumar: 10)



Kadang-kadang, kita suka risau lebih-lebih.
Kadang bila dihidangkan dengan masalah, terus mengeluh dan mencari-cari salah.
Sedangkan banyak kerisauan kita, tak berlaku pun. Masalah ad hoc yang kita rasa macam membuatkan dunia berhenti berputar/rasa nak meledak macam torpedo tu pun akhirnya selesai juga dengan cara yang baik tak disangka-sangka. Masa tu mulalah rasa malu. Rasa macam tak berbaloi pun marah-marah/kerut-kerut muka, sebab keadaan beransur-ansur menjadi lebih baik - Seolah-olah satu-satunya motif things-go-wrong itu berlaku ialah untuk uji kita. Itu saja. Dan semua sudut teruji - baik sangka kita, ukhuwwah kita, reaksi dan pergantungan kita. Lepas itu bila matlamatnya dah tercapai - samada kita melenting atau sabar, redha atau tidak - ujian itu pun berlalu pergi... Macam bayu lembut yang tak meninggalkan kesan pada pasir.


Sebab tu, tak perlu over. Boleh marah dan sedih, tapi harus bersederhana dan kena dengan sebab/caranya. Hatta dlm keadaan gembira pun kita kena bersederhana. 'Ala kulli hal, mesti sedih dan gembira kerana Allah kerana penghujung kpd menguruskan keduanya ialah syurga..


.:.Happiness is a state of mind.:.

Friday, 29 June 2012

An Attempt to Re-


I want it to be cold, not icy.
I want it to be warm, not sunny.

Benarlah, hati (qalb) itu sifatnya berbolak-balik. Iman pula selalu turun dan naik. Bila terjatuh dalam lembah kefuturan, sedarlah hakikat kelemahan seorang hamba dan betapa mahu merengek meminta agar nasib ini tak diserahkan kepada diri sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata. Biarlah segalanya di bawah tadbiran dan penjagaan Allah yang Maha Sempurna. Allah... redhailah kami sebagai hambaMu.


-1-
Kalau stress, macam-macam kita boleh buat untuk kurangkan tekanan. Cari makanan kegemaran, makan sampai nak muntah. Buka tv, lupakan kerja dan tonton hiburan sambil gelak sorang-sorang. Sorok bawah bantal, tidur sampai hepi. Keluar ke lapangan, lari sampai nak pengsan. Tapi.... benarkah semua itu solusi? Kalau masalahnya timbul dari keladak hati (yuck!), macam mana nak baiki?

kenalah transfer hati pada Pemilik Hati untuk rawatan kelas pertama

-2-
"Sesunguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh-kesah. Apabila ditimpa kesusahan, ia bersifat resah gelisah. Dan apabila diberikan kesenangan, ia bersifat bakhil lagi kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat" (Al-Maarij 70: 19-22)

-3-
Bagaimana mungkin engkau mengeluh terhadap tarbiyyah sedangkan tarbiyyahlah yang telah membentuk engkau hingga jadi begini. Adakah engkau lupa bahawa cita-cita engkau, ingin hidup di atas landasan iman, dan membiarkan dirimu dibentuk dengan sibghah Allah?

"Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah 2: 138)

-4-
Selemah-lemah rumah ialah rumah labah-labah.
But... the 'problem' with spiders are they keep on rebuilding their webs.
Tanpa jemu, dan tanpa henti. Sebab dari situ sumber makanannya, bekal tenaganya - maka seribu kali pun ia sanggup bina semula.

-5-
Bertuahnya jadi orang beriman, sebab segala kesulitan akan ada solusi. Jawapannya satu tak banyak - hanya pada taqwa. "Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" (Al-Talaq 65: 2)

-6-
Allah tak memuliakan seseorang lebih dari Dia memuliakan orang-orang yang bertaqwa. Alangkah bestnya kalau dapat jadi kekasih Allah, kebanggaanNya di hadapan para malaikat yg mulia, yg berbilang sayapnya, yang dicipta daripada cahaya (Fatir: 1)

-7-
"Maka nikmatNya yang manakah yang akan kau dustakan?" (surah Al-Rahman)

*     *     *

Ok, dah tak mampu cakap apa lagi sudah speechless T_T
Allah, matikan kami dalam iman & sudilah redhakan ke atas kami... krn jika bukan disebabkan redhaMu, maka apalah lagi yg mampu kami harapkan dari kehidupan yang singkat di atas muka bumiMu ini...

untuk pergi ke tempat secantik syurga, hati pun perlu cantik &
dihiasi dengan perkara-perkara indah yg Allah suka. innallaha jameel, yuhibbul jamaal!


I will keep on walking insyaAllah. It can't be too far anymore, anyway.
Untuk membawa bebanan yang berat, aku perlu menjadi sekuat mereka yang terdahulu yang pernah memikulnya. Meneladani, mengkoreksi dan belajar tanpa pernah henti insyaAllah... I just CAN'T give up!

Wednesday, 27 June 2012

Sentuhan 'lagu'

Rabu, 27/6
Jarang sungguh dengar nasyid-nasyid melayu. Biasanya akan dengar dari maher zain, raef, sami yusuf dan yusuf islam. Hari ini sepulang dari sitting bersama akhawat, pasang ikim dlm van. Kebetulan DJ Faiz mainkan lagu 'Destinasi Cinta' (Mestica). Tiba-tiba tersentuh dengan sebahagian dari liriknya.

Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadamkan api neraka
andai benar mengalir
dari nasuha nurani
takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Boleh dengarkan lagunya sendiri di sini.

'Ala kulli haal, akhir-akhir ni mmg selalu teringatkan pesan bekas murabbiah... Dia selalu cakap (rasanya mcm almost every time usrah pun pesanan ni diulang-ulang) - kalau kita belah hati sendiri dan keluarkan, mungkin manusia akan lari dr kita disebabkan busuknya hati kita tu (sbb byknya dosa yg dilakukan). Dan kalau kita nampak hebat, itu hanyalah sebab Allah tutup keaiban-keaiban kita - yg kalau org lain tahu - mungkin akan menyebabkan mrk langsung tak nak dtg dekat dgn kita. Moga Allah ampunkan hamba-hambaNya yang hina dina ni dan berikan kemuliaan dengan indahnya iman dan islam dalam diri masing-masing. Ameen...

*Banyak prog menarik @ikim hari ni. Dlm lbh kurang jam 4pm ada bicara kesihatan, kul 5 lebih bicara tentang kewangan Islam oleh ust Zahazan dan malamnya mcm biasa tafsir ttg kisah Nabi Adam diturunkan ke bumi. Rasanya kalau radio on the whole day hari ni pun takpe.. sbb padat & menarik.

Tuesday, 26 June 2012

Allah ada Siang dan MALAM





"The key to sincerity is Qiyaamul-Layl, because only the sincere wake and stand when others are lying asleep." -Imam al-Haddad

Macam bertepatan pula dgn tazkirah dari seorang ustazah (tak tahu siapa) di radio ikim beberapa hari lepas. Ustazah tu kata, para salafus soleh menjaga siang mereka, maka Allah menjaga malam mrk (membangunkan, memberi peluang utk mrk qiyam). Dan, kalau semasa berjaga siang2 dlm keadaan sepenuh sedar pun kita tak ingat Allah, mana mungkin kita mampu utk bangun ingat Allah dalam keadaan separa sedar? (tengah tidur)


Wallahu'alam.
Semoga Allah beri kekuatan utk kita bgn bermunajat padaNya"

"kalau ikhlas, kena menangis" T_T

Monday, 25 June 2012

Mesir! Mesir! Morsee! ^_^

Sesungguhnya satu-satu catatan tentang peristiwa bersejarah itu amatlah penting (belajar hakikat ni masa kelas History of the U.S. bersama Sir Kopanski). Oleh itu, bersempena dgn kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden Mesir 2 hari lepas (24/6/2012) -walaupun ramai yg dah buat post khas tentangnya- saya tetap rasakan ada manfaatnya -di peringkat saya sebagai individu- untuk menyemarakkan lagi berita kemenangan ini dan menggembar-gemburkannya serata alam. Manakan tidak, ini sejarah baru utk umat Islam yang telah sekian lama dipagut kepahitan! Metod yg saya pilih mudah saja - sekadar memilih kompilasi beberapa bahan berkaitan situasi sebelum, semasa dan selepas kemenangan beliau untuk dimasukkan ke dalam blog. Selain itu, saya selitkan juga kata-kata/komentar yang menarik dari FB pasca kemenangan Al-Syeikh Morsi, insyaAllah :)
'Ala kulli hal, mari bertaaruf ringkas dulu dengan presiden baru ini...


CALON SOKONGAN KITA:
Dr. Mohamed Morsi, Egypt's first freely elected civilian President

Wanita Pertama Mesir

  • Najla 'Ali atau lebih dikenali sebagai Ummu Ahmad (bersempena dengan nama anak sulungnya Ahmad) telah dilahirkan pada 1962. Berkahwin dengan Mohammad Morsi ketika berumur 17 tahun. 
  • Melanjutkan pelajarannya di bidang 'translation' di USA ketika menemani suaminya yang juga sedang melanjutkan pelajaran.
  • Pernah bertugas sebagai seorang penterjemah yang begitu komited dengan ajaran Islam. 
  • Beliau, suaminya dan 5 orang anak merupakan professional huffaz.
Komentar: Masyarakat Mesir pastinya tidak pernah melalui jalan pintas yang pendek sebelum mereka memiliki wanita seumpama Najla Ali sebagai Wanita Pertama Mereka.


TAHRIR SEBELUM KEMENANGAN
Sukar nak tengok lelaki menangis, Arab pulak tu. 
Tetapi pada hari kejadian, entah berapa banyak air mata yg telah tumpah.
Rakyat Mesir betul-betul mengharapkan keajaiban & pertolongan Allah utk
mengeluarkan mrk drpd kemelut dan bebanan rejim-rejim sebelumnya.


Zohor berjemaah di Tahrir, menanti keputusan rasmi yang akan diumum
pada jam 3pm waktu Mesir. (9 malam waktu Malaysia). Sumber 

Jalan-jalan di Mesir lengang ketika pengumuman keputusan
pilihanraya sedang berlangsung... Buat pertama kalinya rakyat Mesir benar-benar 
keluar memilih siapa yang akan memerintah mereka! (الشعب لأول مرة يختار من يحكمه)
 Sumber: FB Kulluna Khaled Said (كلنا خالد سعيد)

Sementara menunggu keputusan kemenangan... Selain bendera Mesir, 
bendera Syria & Palestin juga turut dijulang megah di Tahrir. Bak kata rakan fb saya,
"It makes my heart smile that Palestine & Syria are always represented in Tahrir"
-Aishah Schwartz


SEMASA KEMENANGAN DIUMUMKAN


Komentar Nadhirah Razak: Situasi Medan ketika meraikan kemenangan Dr. Morsi. Saya tak tahu media Malaysia beritahu apa tentang kemenangan Dr Morsee. mudah2an tak buatkan orang-orang di Malaysia risau. Alhamdulillah,keadaan masih terkawal.ada tempat khusus untuk wanita.laluan untuk wanita disediakan.bahagian lelaki dan perempuan dikawal ketat agar tidak bercampur.Ambulans memang ada stand by.sebab ramai orang awam yang pengsan.Allah Yusahhil.

Tahrir bersorak & bergema dgn takbir. Berbaloi tunggu muqaddimah
pengumuman yang berjela-jela. Berikut keputusan rasmi kiraan undi:
Mohammed Morsi received 13,230,131 votes and Ahmed Shafiq 12,347,380.
Sumber: FB Aqsa Syarif.

Mesir meraikan sebuah kemenangan dgn solat berjemaah.
Tahrir menyatukan ummah!

Kata Yasmin Mogahed berkenaan gambar ini: 
One of the most powerful and beautiful sights for me. The entire Tahrir in sujood today. Allahu akbar! How many people will experience something like this in their lifetime? How many people will experience the opening of a Sea, the humbling of a tyrant? Shouldn’t we ask ourselves why we were chosen to see it? What happened to Mubarak? What happened to Saddam? What happened to Qadaffi? All within our lifetime. Is it not a sign to wake us up? Is it not a sign of Allah’s words:

"Say: “O Allah. Lord of Power (And Rule), You give power to whom You please, and You strip power from whom You please. You honor whom You please, and You bring low whom You please. In Thy hand is all good. Verily, You have power over all things." (3:26)

How can we witness these signs and still put any hope or dependency on a political candidate? How can we see any power or might anywhere other than Allah? Truly, La hawla wa la quwat illa billah. There is no change in state, no power, no might except by Allah.


Komentar dari fb Syuhada Roslan:
Egyptians pray in Tahrir Square after Morsi, a moderate Islamist, 
is declared the country's first freely elected president.

"O ye who believe! seek help with patient perseverance and prayer; 

for Allah is with those who patiently persevere" (2:153)


Berhenti memandu & keluar dari kereta semata-mata untuk
sujud syukur. Betapa kemenangan ini sgt bererti pada mereka

Baca lagi tentang sambutan kemenangan oleh rakyat di sini.



SELEPAS PENGUMUMAN KEMENANGAN DR. MORSI



سبحان الذي نصر عبده وأعز دينه
Benarlah, segalanya mudah saja bagi Allah!
Tetapi kita perlu usaha. Oleh itu, rakyat masih menuntut sepenuh keadilan di Tahrir.
Rujuk tuntutan rakyat pasca kemenangan Dr. Morsi nnt.


وُليتُ عليكم ولستُ بخيركم ..
الكلُّ متساوون في الحقوق والواجبات ..
عن نفسي ليس لي حقوق ولكن عليَّ واجبات ..
أعينوني ما أطعتُ الله ورسوله، فإن عصيتُه فلا طاعة لي عليكم.
(
الرئيس محمد مرسي)


Gambar dikeluarkan Rabitah Al-Ikhwan bil 'Alam (رابطة الإخوان بالعالم)
tentang isteri Dr. Morsi yang digelar 'First servant of Ummah' (خادمة الشعب الأولى)
"Isteri YB Sheikh Mursi tidak bercita-cita untuk tinggal di istana presiden. Dia lebih disenangi dengan gelaran Ummu Mohammad atau Ummu Ahmad/Ukht Najla'/Hajjah dari dipanggil First Lady. Dia menegaskan dalam Islam, tiada First Lady, yang ada adalah hamba atau yang berkhidmat. هذا هو الإسلام! :)


اللهم ارزقهم الثبات والإخلاص والشهادة واجعل عليهم حرارة الشمس بردا و سلاما
do'a kita agar mereka diberi kekuatan melawan kezaliman-Nadhirah Razak


Dr. Morsi, pemimpin baru Mesir yg disenangi dan dikasihi ramai.

هل يعود حاكم المسلمين هو إمامهم في الصلاة؟ هل تحققت هذه الأمنيات في حياتنا وقبل مماتنا....الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات...الحمد لله حمدا كثيرا مباركا فيه ملء السموات والأرض وملء ما شاء من شيء بعد..
-Gambar dikongsikan oleh Amira Suleiman



A crowd gathers to watch Morsi’s speech. A lot of clapping when he mentions talking points of the revolution. Sumber: FB Activists around the world for Palestine. Full speech Dr.Morsi


"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. 
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran:26)


REAKSI DI LUAR MESIR
Rakyat Yaman bergembira menyambut 
kemenangan di Taghyeer (Change) Square di Sanaa.
Sumber: FB Activists around the world for Palestine

Tertulis di atas gambar:
Regardless of our wounds in Syria, we say:
Mabrook (tahniah) o people of Masr (Egypt)


Pautan video ini pula menunjukkan ketua Tentera Bebas Syria wilayah Dar'a (Kolonel Ahmed Fahd) mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir pertama selepas revolusi. Beliau menyatakan harapan bahawa kejayaan tersebut akan memberi sinar baru kepada kebangkitan rakyat di Syria. Tambah beliau lagi: Insya-Allah kami akan terus berjuang samada mencapai kemenangan/menempa syahid.


Gambar fb Ikhwanul Muslimin menunjukkan bahawa rakyat Israel pun 'Peduli Ummah' juga. Memahami erti keputusan rakyat Mesir memilih pemimpin baru mereka, gambar menunjukkan kesedihan di Tel Aviv sbb Dr.Morsi menang! =D Disiarkan dari Israel Channel 2: "Winning of Morsi is a black day for Israel relation with Egypt" Sumber: Activists Around The World For Palestine

Palestin & penyokongnya pula semestinyalah bergembira :)
Allah kan adil :) allahu akbar!-'Afifah Ali.


PELAJARAN PENTING UNTUK UMMAH
Benarlah... Kemantapan Syariatullah + Sunnatullah
sebagai cara utk ummah menang & bangkit.

"إن الله إذا أحب عبدا ابتلاه" 
"Indeed, If Allah loves one of His slaves, He will test him/her"
-Without Ibtila' (a test from Allah), Yusof PBUH would be sitting peacefully with his father!! BUT, with the Ibtila' he became the ruler of Egypt! Alhamdulillah always!



Sebab itulah, kena sentiasa yakin bahawa Allah TAK AKAN PERNAH tinggalkan kita selagi mana kita percaya dgn perancanganNya & yakin dgn hikmah ketentuanNya. Sekali-kali Allah yang Maha Pengasih tak akan kecewakan/persiakan hamba yang ikhlas berjuang di jalanNya. Apa yang berlaku hanyalah siri-siri ujian utk membersihkan barisan perjuangan Islam dari golongan yang menyerah, ragu-ragu, lantas berpaling tadah. Allah boleh mengangkat sesiapa shj yang disukaiNya & menghina para penentangNya. 



Bye-bye Mubarak, welcome Morsi!


Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, (Ali-'Imran 3: 140)


PESANAN DR. SOFWAT UNTUK MORSI

Ucapan nasihat DR.SOFWAT HIJAZI (antara aktivis revolusi yang berjuang bersama-sama rakyat, merupakan Setiausaha Agung Pemegang Amanah Revolusi "25 Januari") yg ditujukan kepada sahabatnya, Dr.Muhammad Mursi dan calon yg tewas, Ahmed Syafiq. Berikut antara terjemahan ucapan beliau (trans. Ust Malik:

"Saya ingin katakan kepada Dr.Muhammad Mursi, dengan kurniaan Allah maka Dia menganugerahkannya kepadamu, bukan kerana kepakaranmu, bukan kerana kedudukanmu, bukan kerana usahamu juga bukan kerana usaha mereka disekelilingmu. Ia adalah kurniaan Allah.

Maka hukumlah kami dengan kesaksamaan, dengan keadilan. Bertakwalah kepada Allah pada kami. Taatlah kepada Allah nescaya kami taatkanmu. Jika kamu derhaka kepada Allah, maka kami tidak akan mentaatimu.

Ambillah iktibar pengajaran dengan apa yang berlaku kepada orang sebelum kamu (Mubarak). Jadilah diri kamu orang yang mendekati Allah, nescaya Dia akan mendekatkanmu kepada rakyat. Rukuklah, sujudlah, nescaya Allah akan memberikan taufik, insya-ALLAH
. (Beliau mengesat air mata)



WARTAWAN: Dr.Sofwat, adakah boleh dikira hari ini sebagai hari kegembiraan?



Dr.Sofwat: Ya, hari gembira. Bagaimana anda boleh terbayang, kita akan peroleh Presiden yang menghafal dan menanggung kitab Allah 'azza wajal. Sudah tentu, gembira. Gembira yang teramat. Ingin saya katakan kepada orang yang memusuhi kami, sesiapa yang menghina kami, mereka yang telah mencerca kami, bahawa kami maafkan kalian, kami maafkan kalian. Kami tidak mahu apa-apa dari kalian. Apa yang kami mahu ialah kalian balik kepada agama dan membina negara kita ini.Saya tidak membenci sesiapa, tidak memusuhi sesiapa. Saya telah maafkan kepada semua. Memaafkan semua insan."



CATATAN & KOMENTAR MENARIK DARI FB
PASCA KEMENANGAN DR. MORSI

[Maher Zain] Who is watching the breaking news and sharing the happiness with millions of people :))?? I'm so happy for them wallahi :)))


[Anon] Semoga beliau sentiasa dalam perlindungan Allah, semoga rakyat mesir dpt menerima tokoh hebat ini sebagai pemimpin mereka.


[Nadhirah Razak] Tahreer 4.55pm, 24/6: Saat menanti keputusan diumumkan,masing-masing menadah tangan berdo'a pada Allah. Dengan penuh hina memohon agar Allah memakbulkan permintaan mereka. Saat kemenangan nyata berpihak di tangan al-Haq sujud syukur dilakukan beramai-ramai.senyuman dan tangisan berselang-seli.masing-masing melaungkan takbeer&tahmeed. Suara rakyat Mesir bergema kuat melaungkan "Morsee Morsee" daripada yang berada dalam pengangkutan awam juga yang berarak di sepanjang kaki lima stesen LRT menuju Medan Tahreer. Mesir mekar dengan senyuman kepuasannya setelah bertahun-tahun menderita! laungan "Tahya Misr" bersahutan,bunyi mercun memeriahkan lagi suasana.TAPI perjuangan mereka masih berterusan.Majlis Askar perlu ditumbangkan.Kerja pengislahan masyarakat bermula.semakin banyak kerja.Mereka sekarang di Medan Tahreer melaungkan :
ثوّار أحرار هنكمل المشوار
يسقط يسقط حكم العسكرى
اهنا لسه في الثورة.الثورة مستمرة


[Altimet Futty Zagorakis] Mesir.negara penuh susur galur sejarah yang dramatik dan menarik. piramid. akhenaten. cleopatra. Nabi Musa. firaun. Nabi Yusuf. kemarau 7 tahun. perang 6 hari. ikhwanul muslimin.Hasan Al-banna. thaurah 25 yanayir. dan yang terbaru,Dr.Morsi. definately salah 1 negara yang harus dilawati.insyaAllah.


[Mardhiyyah Mohd Jelani] setelah sekian lama mesir berada dibawah cengkaman pemerintah kuku besi, kini dunia telah digegarkan dengan kemenangan secara rasmi calon dari Ikhwanul Muslimin, Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden baru Republik Arab Mesir. Setelah beribu2 nyawa terkorban, akhirnya kemenangan menjadi milik islam..sesungguhnya janji Allah itu pasti! Alhamdulillah..Allahuakbar


[k.Wan Yusra] Allahu akbar walillahil hamd. setelah mereka berjuang mati-matian berpuluh tahun dgn nyawa, masa n harta mereka, Allah beri kemenangan pada mereka yg layak menerimanya. layakkah kita?


[Angel Pakai Gucci] Kemenangan Dr.Morsi dan perjuangan IM membuktikan suatu perkara; tiada apa yang mustahil! Allahu Akbar, walillahil hamd!

[Yahya Adel Ibrahim] How many "Islamists" does it take to bring reform to Egypt? Millions upon Millions upon Millions of voters, even if the envious hate it.

[iluvIslam.com] Tahniah Rakyat Mesir. Pemimpin berfikrah hebat memimpin kamu!

[Nik Tasnim]
Allahu akbar..betapa 'izzahnya ISLAM. "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya." (HR Bukhari). moga ALLAH pelihara kemenangan ini

[Azraai Ahmad] 
Kemenangan IM di Mesir meyakinkan hati kita bahawa...
Jalan Dakwah dan Tarbiyah ini memang:
i. صعب - ثابت (Susah, tapi hasilnya Teguh)
ii. طويل - اصيل (Panjang, tapi sangat Asli)
iii. بطيء - مأمن (Lambat, tapi paling Selamat)



[Aiman KA] "Sesungguhnya secebis kejayaan hari ini bermula dari bulatan-bulatan gembira yang dilakukan oleh As-syahid Imam Hasan Al-Banna dahulu" 

Pembinaan sesebuah negara islam itu bermula dari bawah iaitu individu2 muslim :) sama la jugak Rasulullah dulu bentuk para sahabat tika di Mekah. Bole nampak kan?! Apa lagi Jom berbulatan gembira dgn sies tahap osem..!


[k.Anfal] We discussed this book few months ago, AsySyahid Syed Qutb foreseen this 60years ago, and the fruit of it was seen yesterday. AllahuAkbar walillahilhamd!



SELEPAS KEMENANGAN, What's next?
Memetik terus perkembangannya, seperti berikut;

[Aishah Schwartz] 
MORSI: We are continuing to stay in Tahrir, our joy will not make us forget our Revolution. Our requests: 1) Abolishing the complimentary constitutional amendment (of June 17), 2) the Parliament to come back, 3) Abolishing the military policing authority and 4) the constitutional committee formed by the parliament is valid.

[Aiman KA]
Syabab mesir menegaskan mereka tidak akan keluar dari medan tahrir selagi mana tuntutan2 ini belum terlaksana iaitu :-
1) menolak nas tambahan dalam Perlembagaan seperti yg diumumkan tentera
2) menolak pembubaran 1/3 ahli Dewan Parlimen
3) menghapuskan pembentukan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yg baru mengikut kehendak Majlis Tentera
4) menolak undang-undang Kementerian Kehakiman yg memberi kuasa kepada tentera utk menangkap rakyat (fungsi yg sama seperti Undang-Undang Darurat yg telah dihapuskan) dan menolak dilanjutkan tempoh peralihan kuasa paling lewat 30 Jun ini walau apa jua keadaan sekalipun.

Mesir belum lagi berada pada tampuk yg selamat selagi mana majlis tentera memerintah. Difahamkan majlis tentera akan berundur pada 30 Jun ini setelah Dr.Morsy dinobatkan Presiden Mesir yg terbaharu.

*     *     *

Demikianlah, byk betul perkara & ibrah yg boleh kita kaut dr isu semasa di Mesir sahaja. Sungguh menarik pulalah reaksi masyarakat dunia terhadap persitiwa yang satu ini. Menurut Syuhada dan Syaimaa' yang menyaksikan komentar di laman2 berita 'terkemuka', perkara yang sering diulang-ulang bersama biodata ringkas Dr.Morsi di kaca TV ialah penegasan 'lack of experience' beliau. Apa pun yang penting rakyat sudah memilihnya, dan ini lebih baik drpd Ahmad Syafiq yang sgt berpengalaman, tetapi dlm bidang politik kotor bersama fulul yang lain. Tahniah Mesir! Doa kita untuk presiden baru dan seluruh ummah ini :)


*Disertakan pautan laman-laman lain berkaitan peristiwa bersejarah tersebut*  
1. KDG
3. Artikel dari CNN yg menceritakan ttg Morsi. Mahu tergelak dgn term yg mrk guna. Mrk mmg extrimis!
4. More photo of the victory. Viva la Revolution FB.
5. Nasyid irfa' ra'sak fowq, enta masri. la lil fulul, raeesna morsi.
6. Video suasana di Tahrir ketika pengumuman kemenangan :)

Ini baru satu langkah ke hadapan. Ianya bukan sorakan kegembiraan semata-mata tetapi juga paluan gendang perjuangan. Dakwah sudah maju satu langkah lagi. Antum sudah ikut?
Engkau hanya pekerja. Allah pelaksana.
Kredit kpd semua sumber sejarah primer & sekunder saya.

Wallahu A'lam.