Wednesday 26 December 2012

It's History, pay more attention!

Bismillah.

Ada sebab kenapa saya tiba-tiba menulis post berkenaan History.

1. Untuk memperingatkan diri sendiri di masa hadapan tentang kenapa saya memilih bidang ini, dan masih terus-terusan di sini. Mana tahu saya akan kecewa lagi atau hilang semangat untuk terus menyusurinya, apatah lagi saya memang bercadang mengambil minor sebagai basic yang tidak disambung lagi secara formal selepas ini. Pelan saya dari awal ialah mendalami lagi bidang hadith sehingga masak garing menerusi master, Ph.D dan seterusnya, moga Allah permudah.

2. Sebagai dokumentasi sejarah. Kepentingan dokumentasi ini saya pelajari daripada Sir Kopanski. Apa saja yang kita tulis, akan menjadi bukti apa yang berlaku dan apa yang kita rasa dalam fasa-fasa tertentu dalam hidup kita. Kadang-kadang bila semak diari, terimbau semula: Ooh, ini rupanya yang aku rasa masa ambil subjek ini, dan ini kata-kata semangat yang lecturer bagi. Aku harus begini dan begitu. Dan banyak lagi pengajaran2 yang dapat diambil daripada diri kita sendiri bila kita menulis. Tetapi bukan semua yang kita tulis, kita tunjuk ya. Ada yang kita simpan untuk diri sendiri, untuk ahli keluarga, untuk kawan-kawan seusrah saja dan sebagai wasiat. eh.


Terakhir sekali, selepas menulis Why History Part 1 & Part 2
ada pesanan umum yang ingin saya simpulkan.

Sejarah milik semua orang. Kalaupun kita bukan pelajar major/minor History, malah langsung tidak mempelajarinya secara formal, paling tidak pun kita masih merupakan sebahagian daripada the contemporary history. Beradanya kita pada zaman ini bererti kita boleh mencorak masa hadapan. Bila generasi anak-anak dan cucu-cicit hidup nanti, kitalah 'sejarah lampau/sejarah awal' yang telah menyediakan landasan untuk mereka beraksi. 

Kita juga paling tidak boleh memberi lebih perhatian kepada perkembangan atau isu semasa yang berlaku di sekeliling kita (saya sangatt suka sesi akhbar islami dalam usrah. Pada saya, ianya penting). Kalau malas pun, bukalah Al-Jazeera dll sekali-sekala. Walaupun banyak yang akan mengecewakan kita (spt berita semalam: rusuhan di mesir yang masih berlanjutan pasca undian untuk meluluskan perlembagaan baru dan tuntutan minoriti Sunni di Iraq ke atas kepimpinan Shiah mereka), sekurang-kurangnya kita 'tahu' apa yang berlaku (tapi kena berhati-hati sebab tak semua yang diberitakan itu betul). Kita yang menyaksikan ini boleh menjadi primary/secondary source of history untuk generasi masa hadapan. Rugilah kalau kita hidup di zaman revolusi Mesir tapi kita tak tahu pun apa-apa berkenannya sedangkan kita ada advantage untuk wujud pada ketika ianya berlaku. Nanti bila anak cucu tanya, takkan sikit apa pun kita tak boleh membantu.



Dan, satu lagi yang ingin saya tekankan ialah, musuh selalu mengambil kesempatan di atas kejahilan kita. Mereka suka hati saja manipulasikan cerita ini dan itu. Macam-macam. Kalau kita peduli sikit dengan sejarah, sekurang-kurangnya mereka tak bolehlah menipu kita dalam fakta-fakta basic yang perlu disampaikan kepada generasi hadapan seperti: Revolusi Syria ditaja oleh Amerika Syarikat. Oh tidak sama sekali. Revolusi Syria itu 100% asli dan tulen dari kehendak rakyat sendiri. Ingat bagaimana rejim Basyar menangkap dan menyiksa 15 orang kanak-kanak sekolah hanya kerana mereka menulis slogan 'anti-kerajaan'? Kalau tidak ada orang yang peduli, nescaya kisah-kisah seperti ini akan dilupakan saja sama-sekali.

Masih fikir sejarah itu remeh?
Selepas ini, apa saja yang anda tulis, dan kongsi, ingatlah bahawa anda sebenarnya sedang menyumbang kepada sejarah kontemporari kita! Walaupun anda bukan pelajar sejarah.

Saya sudah beritahu kenapa saya rasakan sejarah itu penting,
Kepada para junior yang masih teragak-agak samada mahu minor/major dalam bidang ini atau tidak, nasihat saya, ahlan wa sahlan dan teruskanlah! jangan ragu-ragu lagi. Pastikan anda tahu kenapa anda memilihnya dan kenapa anda perlu berikan 200% dalam bidang tersebut.

*Warning: Dan saya tak kata anda tak akan boring. Hakikatnya, subjek history memang mencabar. buku tebal nak dibaca kadang-kadang tertidur dan otak rasa beratttttt. Bak kata bekas guru sejarah saya, "Sejarah ialah ubat tidur yang paling berkesan!". Tapi kalau buat kerana Allah, insyaAllah berbaloi-baloi. Mudah-mudahan esok anda akan bangun sebagai orang yang paling segar sekali dan tahu apa yang nak dibuat memandangkan betapa muaknya anda membaca ritma sejarah kita yang meletihkan dan menyedihkan.


Ini Sejarah Kita!

No comments:

Post a Comment