Jarang sungguh dengar nasyid-nasyid melayu. Biasanya akan dengar dari maher zain, raef, sami yusuf dan yusuf islam. Hari ini sepulang dari sitting bersama akhawat, pasang ikim dlm van. Kebetulan DJ Faiz mainkan lagu 'Destinasi Cinta' (Mestica). Tiba-tiba tersentuh dengan sebahagian dari liriknya.
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadamkan api neraka
andai benar mengalir
dari nasuha nurani
takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Boleh dengarkan lagunya sendiri di sini.
'Ala kulli haal, akhir-akhir ni mmg selalu teringatkan pesan bekas murabbiah... Dia selalu cakap (rasanya mcm almost every time usrah pun pesanan ni diulang-ulang) - kalau kita belah hati sendiri dan keluarkan, mungkin manusia akan lari dr kita disebabkan busuknya hati kita tu (sbb byknya dosa yg dilakukan). Dan kalau kita nampak hebat, itu hanyalah sebab Allah tutup keaiban-keaiban kita - yg kalau org lain tahu - mungkin akan menyebabkan mrk langsung tak nak dtg dekat dgn kita. Moga Allah ampunkan hamba-hambaNya yang hina dina ni dan berikan kemuliaan dengan indahnya iman dan islam dalam diri masing-masing. Ameen...
*Banyak prog menarik @ikim hari ni. Dlm lbh kurang jam 4pm ada bicara kesihatan, kul 5 lebih bicara tentang kewangan Islam oleh ust Zahazan dan malamnya mcm biasa tafsir ttg kisah Nabi Adam diturunkan ke bumi. Rasanya kalau radio on the whole day hari ni pun takpe.. sbb padat & menarik.
No comments:
Post a Comment