Wednesday, 6 June 2012

Muhasabah sikit



A good day. A renewed spirit. An honest review.
Biasanya semua ni dirasai lepas satu sesi muhasabah diri yang panjang. Dalam kehidupan sebagai seorang mu'min, sesi-sesi muhasabah walaupun nampak 'remeh' tapi sebenarnya teramat, sangatlah penting. Serius, bila kali terakhir kita muhasabah diri dengan sejujur dan sedalam-dalamnya? Bila kali terakhir kita ingat bahawa hidup kita ni sekejap je, bahawa segala yang sedang kita lalui sebenarnya siri-siri ujian je, dan bahawa baki yang tinggal untuk kehidupan yang sementara ni dah tak lama, manakala masa yang ada untuk baiki semua kekurangan di dalamnya pun dah tak banyak... (nampak hikmah baca+tadabbur surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur di sini?).

muhasabah semua warna, segala segi. pic source

Muhasabah malam tadi, tentang perubahan. Atau lebih tepat lagi, usaha untuk berubah hingga berjaya merubah - Ideanya bermula daripada satu statement yang baru didengari;

"Serius tak faham - macam mana manusia boleh sanggup untuk terus hidup dalam belenggu masalah, sedangkan dia tau dia boleh keluar dari masalah tu, dan dia tau camne nak selesaikan. Penyelesaian tu pulak memang dah jelas depan mata tapi dia tetap stuck di sana juga!"

Sounds familiar? Macam sama je dengan persoalan yang selalu orang tanya bila tengok keadaan yang makin memburuk di Syria dan Palestin kan... Ramai akan cakap, "Macam mana masalah kat sana nak selesai?". Sedangkan jawapan kepada soalan tu, terang tang tang masing-masing tau (didik masyarakat, persiapkan diri dengan ilmu, kekuatan, rancakkan kempen, program kesedaran dll). Jadi, mungkinkah yang lebih tepat untuk kita tanya di sini ialah: sejauh mana kita dah usaha untuk selesaikan masalah yang di sana tu? atau, sejauh mana kita dah usaha berubah dan merubah keadaan tersebut?

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah nasib diri mereka sendiri" (Al-Ra'd, 13:11)

Betul, dalam isu Syria dan Palestin ni Allah dah sungguh-sungguh janjikan kemenangan, tapi kita mesti usaha lengkapkan syarat-syarat nak dapat kemenangan tu. Kalau belum lengkap, kita kenalah sanggup untuk bergerak dan berubah untuk gapai asbab ke arah kejayaan tersebut. Teori dan praktikalnya sama - berubah untuk merubah.

Macam tu juga halnya dengan hidup kita. Kalau kita rasa kecewa dengan diri (lagi la masa-masa cuti ni), dan kita nakkk sangattt Allah selamatkan diri kita dari kemalasan, kekecewaan dan segala belenggu anti-produktiviti, tapi dalam masa sama kita tak pula USAHA jauhi suasana yang lagha dan jahili/sumber-sumber kelemahan, serupa ajelah dengan tak mahu meningkat sebenarnya! Atau mungkin lebih tepat lagi, tak sungguh-sungguh nak berubah dan meningkat! *Ok ada beza besar antara tahu, mahu, sanggup & bersungguh-sungguh.*

Macam mana nak pastikan usaha untuk berubah demi merubah tu berkesan? Jawapan yang senang tapi membunuh: Usaha tu kenalah jenis usaha yang berFOKUS. Ibaratnya macam nak menembak sasaran. Tak perlu pun bazir peluru banyak-banyak dengan tembakan rambang yang menambah stress, cukup pada menumpukan seluruh fokus pada sasaran, bismillah, tarik picu dannnn... kena! Alhamdulillah ^________^ kan senang...~

"Lord, make me fast and accurate!" "Aim Small, miss small" -Among my favorite quotes from history class^_^
menembaklah kerana Allah.
"Wa ma ramaita iz ramaita walakinnallaha rama" !

Mahu berjaya kan? Hari ini juga mesti mulakan dengan usaha yang berfokus dan terancang, start dari muhasabah kekurangan diri, kekurangan semester ini, bulan ini dsbnya InsyaAllah! Wajib! Sebab Ramadhan  43 hari lagi.. loser la kalau apa pun tak ready :-S

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, serta sempurnakanlah urusan-urusan kami dengan petunjukMu" (Al-Kahf 18: 10)

No comments:

Post a Comment