Ilmu tentang ikhlas, alhamdulillah ramai yang tahu. tapi dr sudut praktikaliti, kadang-kadang lebih mudah cakap dari buat. Bagaimana untuk ikhlas dalam setiap keadaan? - terfikir persoalan ini, masa main game dalam hp. Tiba-tiba terdetik, apa tujuannya saya bermain. Main game pun perlu ada matlamat juga kan. Kemudian mulalah mahu mind-setting: Ok, saya main untuk melatih otak saya supaya lebih cepat dan tangkas (game tersebut memerlukan kecepatan berfikir), biar jadi lebih geliga, relaks tapi tak buang masa. Bila pandai nanti, boleh buat sekian sekian untuk ummah..etc etc..
Tapi rasa macam agak sukar kalau setiap kali nak buat sesuatu, kena fikir panjang-panjang macam tu. Tiba-tiba dapat ilham: Ha, apa susah. Aku main, sebab nak jadi hamba/muslim yg baik. Aku buat itu dan ini, untuk jadi muslim yang lebih baik - rasanya ini lebih simple dan mudah tapi bermakna besar setiap kali mahu buat apa-apa. Jadi, mungkin ini satu idea yang boleh diambil-kira dalam cubaan untuk sentiasa ikhlas. Lebih baik lagi adalah idea seorang kawan yang mengatakan bahawa fungsi memulakan semua perkara dengan doa khasnya dan 'bismillah' ialah untuk bantu kita ikhlas secara automatik sebelum memulakan sesuatu. Apa pun cara yang kita gunakan untuk beringat agar sentiasa ikhlas, sungguh ia sangat bererti. Sebab apalah gunanya berbuat sesuatu tanpa sebab/tujuan. Kalau macam tu baik tak payah buat. Contoh mudah, solat. Solat itu mencegah dari yg keji dan munkar. Bila kita tahu bahawa matlamat solat ialah untuk menjadi hamba yang lebih taat dan hampir kepada Allah, insyallah dengan mengerjakannya kita akan lebih aware dan berusaha.
Macam para pejuang Islam dulu. Buat apa Syed Qutb mempertahankan pendiriannya sehingga dihukum gantung sampai mati, kalau beliau tak rasa apa yang dipertahankan itu penting. Dan jika bukan sebab kefahaman yang utuh tentang matlamat perjuangan, pasti sudah lama kerja-kerja da'wah itu ditinggalkan. Teringat petikan yang menceritakan tentang ribuan tahanan Ikhwan Muslimin di penjara-penjara di Mesir, seperti mana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Qardhawi dalam tulisannya 'Aku dan Ikhwan Muslimun':
"..Tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kekuatan & menguatkan semangat ikhwan serta menerangi jalan di hadapan mereka melainkan keyakinan bahawa mereka berada di atas jalan kebenaran, bahawa mereka bangkit menyebarkan dakwah bukan untuk mendapatkan harta atau apa-apa kepentingan dunia yang lain. Mereka menyebarkan dakwah untuk Islam, agar kalimah Allah dijulang tinggi dan kalimah musuh-musuhnya lenyap tanpa erti.." -bab 'Penjara Al-Tur: Pusat Latihan Abadi Bagi Ikhwan'
Jadi akhirnya, biar kita cuba dengan kuat untuk sentiasa ikhlas, sampai ia jadi sebati dalam diri. Sampai terbiasa lakukan setiap perkara dengan kesedaran mahu gapai redha Allah, dan untuk kemaslahatan da'wah, bukan atas dasar kepentingan diri semata-mata. Indahnya hidup, kalau kita boleh sentiasa ingat. Sentiasa tahu matlamat, dan jelas dengan pengakhiran yang ingin dituju.
No comments:
Post a Comment