Thursday 21 July 2011

guru, cikgu, sensei

[18072011]
Jumpa semula cikgu-cikgu di sekolah.

Antaranya Cg Hawa, guru Add Math yang setia. Cg kata:
"U all doakan la cikgu ya, cikgu dah tua. Dulu cikgu doakan anak-anak muridnya. Sekarang tibalah masa untuk anak-anak murid doakan cikgunya."

Berjumpa pula dgn cikgu Rushida yang baru lepas keluar hospital.
Nampak penat dan tak larat.
Anak murid: Cikgu, cikgu dah sihat ke? (lepas keluar dr hospital)
Cikgu: Belum lagi. Haritu doktor tanya, dia nak bagi cikgu cuti hari ni. Cikgu cakap, tak apa lah.
Anak murid: Ish, apa pulak tak apa, cikgu? kalau belum sihat, rehat dulu.
Cikgu: Takpe, lagipun P.U.I (SPM) dah nak start
Anak murid: huhu...

Dalam pertemuan yg serba singkat, nyata perbincangan para guru banyak menyentuh tentang syakhsiyah anak-anak murid, prestasi akedemik dan perihal keadaan serta perkembangan mereka. Sampai kadang-kadang saya rasa, mereka lebih risau kalau anak-anak murid malas dan tak perform berbanding anak murid itu sendiri.. Subhanallah, betapa pada saya, guru-guru saya adalah orang yang paling tak pentingkan diri, banyak berkorban & sangat prihatin terhadap anak-anak murid di bawah jagaan mereka di sekolah. Semoga Allah merahmati guru-guru kita, dan mengasihani mereka dunia & akhirat. Ameen.

No comments:

Post a Comment