Sunday 10 July 2011

bersama puteri-puteri Islam :)

 
Coretan dan tambahan (petikan dr slot Ust Latif) program Remaja Untuk Remaja, anjuran Puteri Islam dengan Kerjasama MRC Nusaibah pada 6 Julai 2011 :)



 1. Hedonisme = seeking for pleasure and avoiding pain. Living in comfort zone, having wishful thinking that one deserves only sweetness. Sedang hakikat dunia ini ialah tempat bekerja, bukan bersenang-lenang. Tempat ujian, bukan tempat idaman. Perhaps we tend to forget the fact that, behind the worst pain lies the most expensive pleasure. and behind a temporary bling bling, lies cheap destruction:

"Di syurga, sambutannya lebih meriah dari karpet merah, lampu lip-lap, hidangan tak cukup semeja dan segalanya yang glamor. agak-agak apa kostum yang akan kita peragakan di sana ya? tunguuuuu~..dan ucapan penghuni-penghuni di syurga itu hanyalah: salam, salamm... 'tahniah untuk anda yang telah berjaya menjejak tempat penuh barakah, tempat di mana Allah kumpulkan orang-orang yang Dia cinta.' oh alangkah..:)" -June 26

..So it is true what He says: inna ma'al 'usri yusra. Yang bekerja, akan dapat apa yang dikerjakan. Yang menanam, bakal dapat hasil tuaian. Cantik bukan, pandangan Islam tentang kehidupan - Kita disuruh bekerja, seakan bakal hidup seribu tahun lagi; juga diminta untuk menjalani kehidupan dalam keadaan penuh optimis dan positif. Pada masa sama, kita dididik untuk tak lupa menangis; bila diperlukan.

"Tears are of four types: they are tears of love, tears of fear, tears of hope and tears of pain. The best "cry" is the cry when you are all alone, weeping out of fear, hope and love for Allah = it is this type of tears that can put up the fire of the hell when the whole water of oceans would not."

Kesimpulannya, berpada-padalah dalam tawa dan tangis. Lakukan segalanya untuk Allah. Moga nantinya kita dapat bertemu Dia dengan senyuman dan wajah yang berseri-seri penuh kemuliaan^^

2. Once you realize that life is difficult, it is no longer difficult: Hidup ini ialah siri-siri cabaran yang penuh dengan ujian kesusahan; dan mengulang perkataan 'susah lah..' pada diri sendiri hanya akan buat suatu perkara yang susah itu bertambah susah. Jadi, janganlah susahkan diri dengan terlalu banyak berfikir tentang kesusahan. Sebaliknya, fikirkanlah tentang: bagaimana untuk keluar dari kesusahan-kesusahan mendatang :)

3. The call for FREEDOM (the right to live as one wishes, to act according to one's own will): Benar, manusia perlu diberi kebebasan dalam bersuara, dalam membuat pilihan dan dalam menentukan masa depan diri. Tetapi dalam dunia ini tak ada kebebasan mutlak. Segalanya perlu ada batasan, hatta dalam berseronok pun perlu ada kawalan; sebab dunia tanpa undang-undang bakal menuju titik kehancuran. Pendek kata: people have the right to be stopped when they do self-destructive act. contohnya: mahu bunuh diri, mahu ponteng kelas dll ;D

buat baik, jauhi yg buruk tanpa paksaan & dgn penuh kerelaan:)



4. Solusi yang dicadangkan untuk masalah-masalah dalam diri remaja:
  • Disiplin: 'berkeraslah terhadap diri sendiri untuk mendapatkan pengakhiran yang lembut'
  • Mujahadah: in becoming who we SHOULD be, not who we WANT to be.  
  • Ilmu: Berusaha untuk kenal siapa Tuhan kita. "awwaluddin, ma'rifatullah" - Awal agama ialah mengenal Allah -Berapa ramai yang kenal Allah tapi macam tak kenal. Maka, kita kena cuba untuk hadirkan Allah dalam diri & berusaha menghayati. 

5. Ingat kematian: Ramai orang berkata: 'tangan aku'. Tapi, siapa 'aku' itu? 'aku' itu ruh, bukan jasad. Jasad ini akhirnya akan kita (ruh) tinggalkan juga satu hari nanti. Di syurga, jasadnya tak sama dengan yang kita pinjam di dunia. Kita akan diberikan jasad-jasad baru yang serba sempurna. Malangnya kalau semasa hayat di dunia, kita lebih banyak tumpukan pada keperluan-keperluan jasad; dan menjadi hamba kepada jasad, maka apa akan jadi pada nasib ruh di sana? Sedang perumpamaan jasad seperti seekor unta, dan ruh pula sebagai tuannya. Unta ini, hanya digunakan sang tuan untuk membawanya ke destinasi. Ia hanya akan bermanfaat kepadanya semasa ia masih dalam perjalanan. Akan tetapi bila dah sampai tempat tujuan, unta bakal ditinggalkan pergi, dan mati. Jangan bila tiba saat perpisahan, tuannya terkejut sendiri: "Apa, aku kena tinggalkan unta?? tapi hidup matiku adalah kerana unta!" maka bakal peritlah detik perhitungan, kerana ruhnya enggan berpisah dengan jasad (na'uzubillahi min dzalik)

source: Album


Begitulah, bila dijemput Allah, semua benda akan kita tinggalkan. Dunia yang goda kita, tak mahu pun kat kita. Jabatan, harta, kawan-kawan, semuanya gagal membela. Malam itu, kita diusir masuk dari rumah yang selesa untuk menempati ruang yang gelap, kecil dan sempit. Malam itu, anak-anak kita jadi yatim dan isteri sang suami menjadi janda. Malam itu, hanya amal menjadi teman.

 
6. Mengingat kematian tak menjadikan kita umat yang lemah semangat, yang sedih atau yang berkurung dalam masjid sepanjang masa. Sebaliknya ia kan buat kita lakukan segala perkara dalam hidup dengan penuh kesungguhan. Masukkan kata kunci 'lillahi ta'ala' dalam setiap perkara. Dengan mengingat kematian, buku akaun pahala kita akan dapat update sepanjang masa.

7. Dalam hidup, kita boleh install anti-virus untuk lindungi diri dari unsur-unsur yang merosakkan. Bila anti-virus a.k.a iman kita berjaya detect sesuatu ancaman, kita diberi pilihan samada mahu delete, ignore atau quarantine unsur negatif itu. Lakukan apa yang sepatutnya; dan ingat, lebih kuat anti-virus kita, lebih tinggilah kadar keberkesanan untuk sekat bendasing perosak keamanan :)
 .
8. Ibu bapa tak minta duit dari kita, tapi kesedaran dan perubahan untuk kebaikan diri kita sendiri juga akhirnya :)

9. Action speaks louder than words: Rasulullah dulu tak perlu cakap banyak pun, tapi qudwah bagindalah yang menarik minat ramai untuk mendekati Islam. Kita sekarang, banyak sangat cakap tapi amal kurang +_+


..Jadi hari ni, yuk buat perkara-perkara yang bakal berguna untuk kita pada hari kemudian. tak kisahlah sekecil apa pun kebaikan, tapi kalau buat kerana Allah, insyallah dikira dalam perhitungan: "wa man ya'mal mithqala zarratin khairay-yarah!"

No comments:

Post a Comment