Sunday, 10 February 2013

Your city is my dream

Hari ini asyik terjumpa gambar-gambar sekitar Makkah yang sangat menggugah jiwa & perasaan..

ini dari facebook k.Anfaal

dari facebook Muallimah Sakinah Meor

dari page Celebrate Mercy


Subhanallah.. 
k.Najwa cakap, pasanglah target/niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Allah kan Al-Razzaq, rezekinya  maha luas.. Allah akan permudahkan. Waiting for that day.. Perancangan kewangan kena kukuh. Moga diperkenankan.

-Ex-classmate Hist, Maryam Nabeelah akan berangkat utk umrah dan ziarah esok till 22hb. Umrah mabrurah insyaAllah!

Masalah. Mengorak Langkah


Kata orang, the more problems you have, the greater person you may be.
Dan: kita mestilah melihat kepada setiap masalah sebagai 1 peluang atau turning point yang baru dalam hidup kita. Ini kerana, setiap masalah itu pasti datang bersama hikmah dan rahsianya yang tersendiri - Dari situ, macam-macam yang boleh kita pelajari.


Saya kira program 'Ibrah dari Gaza' ialah salah-satu dari turning point untuk saya. Ia menyebabkan saya sedar bahawa pengurusan program merupakan salah satu dari kelemahan peribadi yang paling perlu saya perbaiki. Leadership skill, quick decision skill adalah antara perkara yang sangat menghampakan dalam diri.

Satu lagi kelemahan yang saya baru perasan semester ini, ialah kurangnya fikrah barangkali? Kerana dalam proses membuat keputusan dan mengeluarkan pendapat dalam meeting, output dari kita sebenarnya merupakan hasil daripada apa yang kita fahami dan apa yang kita kuasai selama ini. Bagaimana kita merespon merupakan antara indikator berkenaan tahap kefahaman serta apa yang telah kita lalui. Wah, ini sangat scary =(

Jadi, ini 2 kelemahan yang perlu diatasi segera. Pasti ada byk lagi kelemahan2 yang tak perasan di sana-sini. Mudah-mudahan Allah utus orang-orang sekeliling untuk tegur dan perbetulkan.

-Kata naqibah saya, dengan tarbiyah, segalanya mungkin - InsyaAllah.. seeking for betterment. Masih belajar, sikit demi sedikit. Paling kurang, perlu ada progres. Kalau berhenti di sini saja, nescaya tak akan tiba, sampai bila-bila. Bantu ku, Allahu Rabbi...

Sunday, 6 January 2013

Diam #1

"Isn't it interesting that when we are down, we naturally look up?"

Mengenali diri sendiri akan banyak membantu kita dari terjerumus dalam kesusahan. Secara peribadi, pada saya, Kalau tengah down, jangan cakap banyak. Nanti lagha. Sungguh. Terkadang mendiamkan diri ialah remedy yang terbaik.

"Everything you say and do is significant"
Apa yang kita cakap dan perkataan-perkataan yang kita guna, selalunya menggambarkan kondisi hati kita pada waktu itu. Ini kerana, kata-kata ialah cerminan yang terkadang memberikan refleksi tentang tinggi atau rendahnya iman kita dalam suatu-suatu masa dan keadaan.

Banyakkan muhasabah, figure out what's wrong, minta Allah tolong dan..
Kalau rasa membuka mulut itu akan memburukkan lagi keadaan, harap diam.

Nasihat Rasulullah.. Emas sangat.


Antara azam baru: Less talk, more 'amal dan
...THINK before you even open your mouth!

Tolong ingatkan kalau terlupa.
Moga bagi kita semua.. syurga!

Friday, 28 December 2012

Fatrah Imtihan Ini


Exam.

Mengingatkan pada Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Seorang mujtahid yang sangat brilliant, sangat bijak; dan menggunakan seluruh daya fikiran, tumpuan serta kebijaksanaannya untuk memenangkan Islam. Syed Qutb, seorang sasterawan yang puitis dan penghasil ayat-ayat indah. Menggunakan kelebihannya untuk mengarang tafsir Fi Dzilalil Qur'an yang sangat menggugah emosi dan perasaan. Ya.. sungguh di dalam kertas, pena dan tulisan itu juga ada jihadnya yang tersendiri. Islam tak pernah memandang remeh nilai suatu kebaikan walaupun tampak kecil. Harap-harap suatu hari nanti dapatlah dikumpulkan bersama dengan figura-figura hebat ummah ini walaupun sumbangan yang diberi kepada Islam sangaaaaaaaatlah minima dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan... T_T malu, malu tapi tetap mahu!

*

Alhamdulillah. Setakat ni dah selesai 2 paper - Muslim Nation in Contemporary History pada 26 Disember lepas dan China and Japan Since 1800A.D. pagi tadi. Semasa revisi, tersangatlah mengharapkan memori seperti Imam Syafie, biar baca 1 kali saja dah tak lupa walau satu apa pun. Tapi Allah memberi ikut apa yang kita layak =D..Dalam dewan exam ada saja tertinggal itu dan ini. Tapi yakinlah bahawa bila kita redha (compared to frust dan mengeluh), bantuan Allah itu akan lebih mudah datang. Dan ingatlah bahawa perjuangan tak terhenti setakat dalam dewan exam, tapi kita masih berpeluang untuk berdoa sehinggalah result keluar nanti. Maka, hilangkanlah rasa sedih dan putus asa. Gantikan dengan optimism dan semangat berjuang + bermujahadah yg terbaik untuk kertas-kertas seterusnya. SemangkA!

Selamat berdoa, bermunajat, berusaha dan bertawakkal.
-Exam is only a part and parcel of your life.
Fa iza faraghta fansab!-

Wednesday, 26 December 2012

It's History, pay more attention!

Bismillah.

Ada sebab kenapa saya tiba-tiba menulis post berkenaan History.

1. Untuk memperingatkan diri sendiri di masa hadapan tentang kenapa saya memilih bidang ini, dan masih terus-terusan di sini. Mana tahu saya akan kecewa lagi atau hilang semangat untuk terus menyusurinya, apatah lagi saya memang bercadang mengambil minor sebagai basic yang tidak disambung lagi secara formal selepas ini. Pelan saya dari awal ialah mendalami lagi bidang hadith sehingga masak garing menerusi master, Ph.D dan seterusnya, moga Allah permudah.

2. Sebagai dokumentasi sejarah. Kepentingan dokumentasi ini saya pelajari daripada Sir Kopanski. Apa saja yang kita tulis, akan menjadi bukti apa yang berlaku dan apa yang kita rasa dalam fasa-fasa tertentu dalam hidup kita. Kadang-kadang bila semak diari, terimbau semula: Ooh, ini rupanya yang aku rasa masa ambil subjek ini, dan ini kata-kata semangat yang lecturer bagi. Aku harus begini dan begitu. Dan banyak lagi pengajaran2 yang dapat diambil daripada diri kita sendiri bila kita menulis. Tetapi bukan semua yang kita tulis, kita tunjuk ya. Ada yang kita simpan untuk diri sendiri, untuk ahli keluarga, untuk kawan-kawan seusrah saja dan sebagai wasiat. eh.


Terakhir sekali, selepas menulis Why History Part 1 & Part 2
ada pesanan umum yang ingin saya simpulkan.

Sejarah milik semua orang. Kalaupun kita bukan pelajar major/minor History, malah langsung tidak mempelajarinya secara formal, paling tidak pun kita masih merupakan sebahagian daripada the contemporary history. Beradanya kita pada zaman ini bererti kita boleh mencorak masa hadapan. Bila generasi anak-anak dan cucu-cicit hidup nanti, kitalah 'sejarah lampau/sejarah awal' yang telah menyediakan landasan untuk mereka beraksi. 

Kita juga paling tidak boleh memberi lebih perhatian kepada perkembangan atau isu semasa yang berlaku di sekeliling kita (saya sangatt suka sesi akhbar islami dalam usrah. Pada saya, ianya penting). Kalau malas pun, bukalah Al-Jazeera dll sekali-sekala. Walaupun banyak yang akan mengecewakan kita (spt berita semalam: rusuhan di mesir yang masih berlanjutan pasca undian untuk meluluskan perlembagaan baru dan tuntutan minoriti Sunni di Iraq ke atas kepimpinan Shiah mereka), sekurang-kurangnya kita 'tahu' apa yang berlaku (tapi kena berhati-hati sebab tak semua yang diberitakan itu betul). Kita yang menyaksikan ini boleh menjadi primary/secondary source of history untuk generasi masa hadapan. Rugilah kalau kita hidup di zaman revolusi Mesir tapi kita tak tahu pun apa-apa berkenannya sedangkan kita ada advantage untuk wujud pada ketika ianya berlaku. Nanti bila anak cucu tanya, takkan sikit apa pun kita tak boleh membantu.



Dan, satu lagi yang ingin saya tekankan ialah, musuh selalu mengambil kesempatan di atas kejahilan kita. Mereka suka hati saja manipulasikan cerita ini dan itu. Macam-macam. Kalau kita peduli sikit dengan sejarah, sekurang-kurangnya mereka tak bolehlah menipu kita dalam fakta-fakta basic yang perlu disampaikan kepada generasi hadapan seperti: Revolusi Syria ditaja oleh Amerika Syarikat. Oh tidak sama sekali. Revolusi Syria itu 100% asli dan tulen dari kehendak rakyat sendiri. Ingat bagaimana rejim Basyar menangkap dan menyiksa 15 orang kanak-kanak sekolah hanya kerana mereka menulis slogan 'anti-kerajaan'? Kalau tidak ada orang yang peduli, nescaya kisah-kisah seperti ini akan dilupakan saja sama-sekali.

Masih fikir sejarah itu remeh?
Selepas ini, apa saja yang anda tulis, dan kongsi, ingatlah bahawa anda sebenarnya sedang menyumbang kepada sejarah kontemporari kita! Walaupun anda bukan pelajar sejarah.

Saya sudah beritahu kenapa saya rasakan sejarah itu penting,
Kepada para junior yang masih teragak-agak samada mahu minor/major dalam bidang ini atau tidak, nasihat saya, ahlan wa sahlan dan teruskanlah! jangan ragu-ragu lagi. Pastikan anda tahu kenapa anda memilihnya dan kenapa anda perlu berikan 200% dalam bidang tersebut.

*Warning: Dan saya tak kata anda tak akan boring. Hakikatnya, subjek history memang mencabar. buku tebal nak dibaca kadang-kadang tertidur dan otak rasa beratttttt. Bak kata bekas guru sejarah saya, "Sejarah ialah ubat tidur yang paling berkesan!". Tapi kalau buat kerana Allah, insyaAllah berbaloi-baloi. Mudah-mudahan esok anda akan bangun sebagai orang yang paling segar sekali dan tahu apa yang nak dibuat memandangkan betapa muaknya anda membaca ritma sejarah kita yang meletihkan dan menyedihkan.


Ini Sejarah Kita!

Why History: Part 2

Sejarah ialah satu bidang yang tidak glamour, tetapi besar impaknya.

Ayah kepada Daniel Pipes merupakan seorang sejarawan dalam bidang Soviet Union. Beliau menjadi orang penting/penasihat kepada Presiden Amerika pada zamannya disebabkan Amerika pada waktu itu sedang dalam fasa Cold War dengan Soviet Union. Beliau, yang juga merupakan seorang musuh Islam meraih kedudukan yang prominent di White House hanya kerana ilmunya berkenaan seteru utama AS tersebut (walaupun boleh sajalah beliau tokok-tambah atau membuat AS takut lebih-lebih dengan fakta2 berkenaan Soviet yang tak berapa nak betul). Menasihati tuan presiden sahaja boleh jadi kaya dan berpengaruh tahu!

Menarik kan?

Kalau boleh sampai ke tahap itu, alangkah bertuahnya. Tetapi buat masa sekarang, ianya bukan merupakan prioriti buat jangka masa panjang. Setakat ini saya hanya tahu Suez Canal, Shoshone, Tahrir Square dan Uncle Ho. Cukuplah di sini dulu walaupun ada impian lain seperti;

1. Melawat tempat-tempat bersejarah di seluruh dunia (Bashar Al-Assad betul2 buat saya marah sbb telah menyebabkan kemusnahan tmpt2 yang berusia ribuan tahun lamanya!)

2. Kalau tak dapat lawat seluruhnya pun, paling kurang dapat membawa orang lain travel ke serata tempat lewat kisah-kisah sejarah yang basic.

3. Tahu lebih dan kenal dengan penduduk dunia seramai yang mungkin. Do justice to them. Bukan hanya judge tapi tahu dan memahami kenapa golongan ini buat begitu atau begini. Dalam erti kata lain, why some people do what they did, and how to understand them better.

4. To read between lines and scenes. Or at least to know what's going on.

5. Menulis artikel --> yang ini sangat payah. Barangkali yang termampu hanyalah mengkompilasikan berita dan sumber-sumber seperti yang pernah dilakukan dalam post lalu berkenaan kemenangan Dr.Morsi selaku Presiden Mesir yang baru.

6. Knowing which source to go, and to refer to.

7. Berbekalkan bahasa Arab yang terlimitasi, teringin nak cuba translate video-video sejarah yang penting seperti pasca revolusi ke dalam bahasa Melayu/Inggeris, biar mesej tersebar lebih luas. Hoping that having 2 languages advantage to compliment each other, assisting historical message to reach far many.

Dan untuk impian-impian ini, saya tidak lagi menyesali keputusan minor dalam bidang sejarah (walaupun mungkin ianya tak akan tercapai, tapi kalau dapat menginspirasikan orang lain saja pun cukuplah). Tambahan kalau bukan sekarang, bila lagi mahu belajar perkara-perkara yang lebih dan luar dari bidang pengkhususan?


*Melihatkan pencapaian ilmuwan-ilmuwan hebat seperti Dr. Hafidzi, Dr. Zaharuddin & Ust Hasrizal, terasa diri sangat kecil dan tersangat mustahil untuk melangkah sejauh itu. Tetapi biarlah impian kita hari ini, menjadi pembakar semangat generasi hadapan. Moga Allah pacu :)


Walaupun hanya jadi serdadu kecil, teringin juga nak melangkah.. menyumbang. Doakan!

Why History: Part 1


Semasa saya membuat keputusan mahu minor dalam bidang sejarah,
ada 3 sebab utama yang mendorong (selain istikharah);

1. Sejarah sebagai complimentary kepada subjek major Qur'an dan Sunnah. Fikir saya pada waktu itu, sejarah ada perkaitan yang sangat rapat dengan bidang hadith dan perkembangan ilmu/wan dalam Islam --> Walaupun skrg saya masih belum lagi menjumpai direct link antara semuanya, saya percaya suatu hari nanti ianya akan tampak jelas, insyaAllah.

2. Memperbaiki bahasa Inggeris --> Subjek-subjek yang diambil dalam bahasa Arab menyebabkan kadang-kadang saya rasa bahasa Inggeris saya semakin 'berkarat'. Ini selalu terbukti lewat presentations  dalam subjek-subjek History yang mana saya selalu tak berpuas hati. Sekurang-kurangnya dengan belajar beberapa subjek dalam bahasa Inggeris, kosa kata dapat ditambah sedikit demi sedikit dan tidaklah ia dilupakan terus sama sekali.

3. Mahu memahami apa yang berlaku di dunia ini dengan lebih mendalam dan dengan kefahaman yang benar. Dalam erti kata lain, saya berhasrat mencapai satu tahap di mana hatta sejarawan pun tidak boleh menipu saya. Tak mahu perlu selalu bergantung kepada 'penceritaan' orang lain untuk menetapkan apa yang saya wajib buat dan percaya. Sir Kopanski (salah seorang History Prof di uia) pernah cakap (lebih kurang): when I read something, I can smell what is authentic and what is made up. Dan untuk mencapai tahap ini, ia sangatlah susah.


'Ala kulli haal, semasa di tahun ketiga semester kedua, saya hampir-hampir menyerah kalah terhadap bidang ini. Keinginan untuk bergraduasi awal sangat tempting pada ketika itu. Apatah lagi melihat kawan-kawan ramai yang sudah grad/bakal bergraduasi. Kalau ikutkan, jika di-cancel saja subjek-subjek minor, saya boleh tamatkan keseluruhan pengajian saya dalam 1 sem sahaja lagi. Ertinya, saya akan memperoleh degree dalam tempoh pengajian 3 tahun setengah instead of 4 tahun.

Dalam masa sama, subjek-subjek History sangat mencabar kesabaran saya. Tanpa latar-belakang yang kuat, dan perlu pula ambil subjek-subjek untuk pelajar History tahun ke-3 dan ke-4, obviously dalam kelas tersebut ketika mana orang lain sudah faham apa yang disampaikan, saya masih terkial-kial dan struggle untuk faham apa itu terma-terma seperti 'Anglo-saxon' dll. Transkrip saya juga sudah 'tak lawa' dengan gred 'B' yang timbul sana-sini. Saya mula merasakan bahawa subjek-subjek IRK (baca: Ilmu Wahyu) sangatlah senang dan barangkali saya telah menyusahkan diri sendiri dengan mengambil sesuatu di luar bidang saya...

etapi kenapa diteruskan juga perjuangan ini. Sebab saya fikir, sometimes someone have to go through something like this for the sake of this ummah. Saya sangat yakin dan percaya apa yang sedang saya lakukan bakal ada manfaatnya yang besar pada masa hadapan. Kalau nak hidup mudah memang mudah - Drop sajalah minor itu dan lupakan ia. Tapi dengan kesusahanlah sebenarnya sesuatu yang lebih berharga itu akan kita peroleh.



Dan hari ini, subjek History yang saya ambil masih lagi sukar, bertambah banyak cabarannya, tetapi sedikit demi sedikit saya dapat melihat jalan kepada 3 objektif yang saya gariskan di awal tadi semakin terbuka untuk dilalui. Sebab itu saya selalu katakan, boleh jadi awal sesuatu perkara itu tak manis. Tetapi teruskanlah jika apa yang kita lakukan itu ialah apa yang kita yakini dan percaya. Kerana berkat kesabaran, akhirnya kita akan melihat dan berpuas hati dengan apa yang kita perolehi.

*Rants bersambung di part ke-2.