Thursday, 21 June 2012

Action vs Mere Speech

Mode: Islah Nafsak, wad'u Ghairak (Perbaiki dirimu, dan serulah org lain)
*Tazkirah ringkas, dicopy-paste dr facebook;


"Kalau dai'e tinggalkn solat sunat rawatib, madu'nya pasti ada yang meninggalkan solat jemaah, dan masyarakat luar pasti ada yang meninggalkan solat (quoted)
sedang futur? sedang lalai?
ingatla umat yg sedang tenat!!"
-Fathi Nabila @fb.



"Remember it is your manners the children emulate the most. If you give up salaah easily only because you are too sleepy to get up for it, your children will do the same. If they find you watching filth on the TV, soon enough you will find them watching it too. Train yourself before you train them." -Muslim Heroes' fb page


-Shared from Hatice's fb

.:. Sebab itu bertindak, lebih penting drpd bercakap .:.

Wednesday, 20 June 2012

Sesimple benda

Kadang-kadang dah mcm diprogramkan utk buat kerja.
On komputer, buka itu ini, reply sana sini. Sampai terlupa nak mula dgn bismillah. Lupa nak refresh niat, lupa utk berdoa supaya apa yg kita lakukan itu bermanfaat & diredhai Allah... mungkin sebab tu kut bila buka pc utk buat kerja, alih2 teralit dgn benda lain. Apa yg sepatutnya boleh siap dlm 15min jadi 1 jam. Astaghfirullah... sungguh menzalimi diri... lupa surah 'sesimple' Al-'Asr. Makanya, benda2 yg nampak mcm simple tu (cth, doa, niat, basmalah dll) kena rajin2 kita ingat juga, insyaAllah....

Selirat dunia IT.. kena berhati-hati

*Syaitan mungkin tak mampu sesatkan dlm perkara 'gempak' spt dosa besar, syirik (na'uzubillah) dll, tp dia gunakan taktik melalaikan pula. Sebab itu, kunci apa saja yg kita buat ialah hubungan kita dengan Allah ta'ala. Pencipta, Pemilik nyawa, Pengurnia nikmat dan Penarik segala kelazatan. 

Wednesday, 6 June 2012

Muhasabah sikit



A good day. A renewed spirit. An honest review.
Biasanya semua ni dirasai lepas satu sesi muhasabah diri yang panjang. Dalam kehidupan sebagai seorang mu'min, sesi-sesi muhasabah walaupun nampak 'remeh' tapi sebenarnya teramat, sangatlah penting. Serius, bila kali terakhir kita muhasabah diri dengan sejujur dan sedalam-dalamnya? Bila kali terakhir kita ingat bahawa hidup kita ni sekejap je, bahawa segala yang sedang kita lalui sebenarnya siri-siri ujian je, dan bahawa baki yang tinggal untuk kehidupan yang sementara ni dah tak lama, manakala masa yang ada untuk baiki semua kekurangan di dalamnya pun dah tak banyak... (nampak hikmah baca+tadabbur surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur di sini?).

muhasabah semua warna, segala segi. pic source

Muhasabah malam tadi, tentang perubahan. Atau lebih tepat lagi, usaha untuk berubah hingga berjaya merubah - Ideanya bermula daripada satu statement yang baru didengari;

"Serius tak faham - macam mana manusia boleh sanggup untuk terus hidup dalam belenggu masalah, sedangkan dia tau dia boleh keluar dari masalah tu, dan dia tau camne nak selesaikan. Penyelesaian tu pulak memang dah jelas depan mata tapi dia tetap stuck di sana juga!"

Sounds familiar? Macam sama je dengan persoalan yang selalu orang tanya bila tengok keadaan yang makin memburuk di Syria dan Palestin kan... Ramai akan cakap, "Macam mana masalah kat sana nak selesai?". Sedangkan jawapan kepada soalan tu, terang tang tang masing-masing tau (didik masyarakat, persiapkan diri dengan ilmu, kekuatan, rancakkan kempen, program kesedaran dll). Jadi, mungkinkah yang lebih tepat untuk kita tanya di sini ialah: sejauh mana kita dah usaha untuk selesaikan masalah yang di sana tu? atau, sejauh mana kita dah usaha berubah dan merubah keadaan tersebut?

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah nasib diri mereka sendiri" (Al-Ra'd, 13:11)

Betul, dalam isu Syria dan Palestin ni Allah dah sungguh-sungguh janjikan kemenangan, tapi kita mesti usaha lengkapkan syarat-syarat nak dapat kemenangan tu. Kalau belum lengkap, kita kenalah sanggup untuk bergerak dan berubah untuk gapai asbab ke arah kejayaan tersebut. Teori dan praktikalnya sama - berubah untuk merubah.

Macam tu juga halnya dengan hidup kita. Kalau kita rasa kecewa dengan diri (lagi la masa-masa cuti ni), dan kita nakkk sangattt Allah selamatkan diri kita dari kemalasan, kekecewaan dan segala belenggu anti-produktiviti, tapi dalam masa sama kita tak pula USAHA jauhi suasana yang lagha dan jahili/sumber-sumber kelemahan, serupa ajelah dengan tak mahu meningkat sebenarnya! Atau mungkin lebih tepat lagi, tak sungguh-sungguh nak berubah dan meningkat! *Ok ada beza besar antara tahu, mahu, sanggup & bersungguh-sungguh.*

Macam mana nak pastikan usaha untuk berubah demi merubah tu berkesan? Jawapan yang senang tapi membunuh: Usaha tu kenalah jenis usaha yang berFOKUS. Ibaratnya macam nak menembak sasaran. Tak perlu pun bazir peluru banyak-banyak dengan tembakan rambang yang menambah stress, cukup pada menumpukan seluruh fokus pada sasaran, bismillah, tarik picu dannnn... kena! Alhamdulillah ^________^ kan senang...~

"Lord, make me fast and accurate!" "Aim Small, miss small" -Among my favorite quotes from history class^_^
menembaklah kerana Allah.
"Wa ma ramaita iz ramaita walakinnallaha rama" !

Mahu berjaya kan? Hari ini juga mesti mulakan dengan usaha yang berfokus dan terancang, start dari muhasabah kekurangan diri, kekurangan semester ini, bulan ini dsbnya InsyaAllah! Wajib! Sebab Ramadhan  43 hari lagi.. loser la kalau apa pun tak ready :-S

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, serta sempurnakanlah urusan-urusan kami dengan petunjukMu" (Al-Kahf 18: 10)

Sunday, 3 June 2012

1 Family, 1 Lamp


Alhamdulillah - 3 paper lepas, 2 lagi insyaAllah! Senyum skit walaupun stress, apa salahnya :) Ok just nak kongsi ni - Projek 1 keluarga 1 lampu *mata bersinar-sinar

Kerana bila mereka tersenyum, kita pun pasti tersenyum juga ^_^

Mode; hilang skit stres bila baca pamplet Aqsa Syarif. Nak habiskan post ni dengan 1 ayat Qur'an yang dimasukkan di dalamnya: "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan orang miskin" (Al-Ma'un: 1-3) -> Lihatlah betapa antara asas-asas penting dalam Islam ialah menghulur bantuan kepada saudara yang kekurangan. Saudara kita, kita jaga la. Simple je mesejnya.. sama-sama kita amalkan :)

Sunday, 8 April 2012

Vid: Allah Knows

Mixed feelings lately. So many things happening around, without enough words to describe. Guess I will just sum 'em up with a song;

Click to view: 'Allah Knows'

Particularly this part of the lyric seems so addictive right now:
"And you wonder how far you can go" -Dear soul, trust me that: With Allah, you can really walk a hundreds of thousand miles more.. :)

Friday, 27 January 2012

Saya Tak Suka Mukhayyam: Suatu Pengakuan :D

Sesungguhnya saya banyak berhutang dengan jalan da'wah dan tarbiyyah. BANYAK. sangat BANYAK berhutang. Dari Liqa' Thaqafiy, Daurah, Katibah, Tamrin, Mabit, sampailah Mukhayyam. ya, MUKHAYYAM :D Siapa suka mukhayyam? Orang-orang yang berjiwa lasak pastinya! Tapi dengan nature yang memang dari kecil tak suka keluar rumah, dan dengan mind-set yang sudah sekian lama menganggap area Gombak sebagai playground dan territory saya, untuk keluar ke sebuah kawasan yang berhutan, berbatu dan jauh dari orang itu memang suatu perjuangan untuk saya! Malah untuk mukhayyam baru-baru ini (YOQ '12), saya sudah pun bersiap sedia dengan tulisan kata-kata motivasi yang dilipat kecil-kecil dan disimpan dalam beg. Khas untuk dibuka dan dibaca satu-persatu in case saya down bila-bila -Kalau orang yang suka mukhayyam mesti geli hati bila fikir sampai ke tahap ini saya kena buat untuk memotivasikan diri, heh. (tapi alhamdulillah, kali ini, amazingly, tak sempat down. Hamdan lillah, thummalhamdulillah! :) Credits to akhawat penyeria suasana dan penceria taman hati ^_^

Semua ahli tarbiyyah ada ceritanya dengan mukhayyam. 
Ini cerita saya.

Dari zaman sekolah lagi, saya memang bukanlah seorang kaki mukhayyam. Mungkin kalau saya tak bersekolah di sebuah sekolah MUSLEH, dan tak mengikuti tarbiyyah di IPT, saya tak akan perlu menjejak hutan walau sekali pun dalam hidup saya. Dan saya tak akan kenal apa itu erti letih dan penat dalam keadaan berbau tanah tetapi tetap tersenyum hanya kerana melihat akhawat dan bersama-sama dengan mereka di tengah hutan belantara. Iyalah. Kita kan ada rumah masing-masing. Kenapa tiba-tiba ada sekumpulan manusia mahu duduk berkumpul dalam sebuah hutan dan bersusah payah buat aktiviti-aktiviti lasak? Untuk apa? Jawapannya anda akan tahu sekiranya anda berada bersama kami dalam detik-detik seperti itu! ;)

Apa-apa pun, menariknya bila diimbas kembali, dalam keadaan yang cukup-cukup tak gemar mukhayyam, belum pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya tak dapat untuk tak pergi. Pendek kata, dalam keadaan tak faham dan tak suka itu, Allah masih balik-balik pilih saya untuk hadiri semua siri mukhayyam yang ada. Atau dalam erti kata lain, 'asyik-asyik saya juga yang 'terpilih' untuk pergi :p Sentiasa.. Berulang kali.. Tanpa henti..

RUPA-RUPANYA mukhayyam-mukhayyam ini datang menziarahi secara berkala untuk mengajar saya. Kesemuanya memainkan peranan yang amat besar dalam sejarah hidup diri sebagai seorang da'iyah. Buktinya, bila diselongkar semula blog lama, tak pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya lalui, yang saya miss untuk buat review atau perkongsian di dalam blog. Dan bila dibaca semula segalanya, tak pernah ada walau satu pun mukhayyam yang saya pergi, yang saya rasa tak berbaloi, atau yang saya sesali. Maka antara hikmah besar Allah 'menyuruh' saya bermukhayyam yang saya nampak ialah: untuk mempelajari + mencerna perkara-perkara/'ibrah yang TAKKAN saya dapat di luar, kecuali di dalam mukhayyam. Juga untuk mematangkan diri.

Sekiranya boleh dibuat analogi, saya akan umpamakan mukhayyam ini seperti 1 latihan yang betul-betul 'pekat' dan intensif dalam masa beberapa hari. Ia mengajarkan kita ikhlas, redha, dan usaha memandang hikmah dalam segenap perkara secara instant. WOW.

Demikianlah sejarah ringkas hidup saya dengan mukhayyam. Tak perlulah dipanjangkan lagi. Cukup untuk ditekankan bahawa pokoknya, saya ini memang asalnya tak suka mukhayyam (dah berapa kali dah ulang dalam uslub yang berbeza agaknya?). Jadi saya amat, amat memahami perasaan sesiapa jua yang tak minat bermukhayyam. Tetapi di atas jalan ini, saya ditarbiyyah untuk merelakan jiwa ditarbiyyah, walaupun menerusi medium seperti mukhayyam *sobs, heh:D Benarlah, tarbiyyah itu sebenarnya MAMPU untuk merubah kita insyaAllah. Dan sekiranya tak mampu pun, ia akan dimampukan dengan sokongan sistem, naqibah, dan akhawat di sekeliling.. Apa yang penting ialah untuk kita sentiasa bersedia dalam merelakan diri-diri kita dimasukkan ke dalam acuan tarbiyyah, untuk akur dengan arahan naqibah, serta percaya dan thiqah dengan perancangan naqibah/jemaah ke atas diri kita. Percayalah, naqibah kita takkan suruh kita masuk hutan semata-mata untuk buat hidup kita susah. Pasti ada sebab dan 'ibrah! -banyak lagi kerja naqibah boleh buat selain hantar kita ke mukhayyam kalau tujuannya just utk buat kita sengsara. dan para AJK pun takkan bersusah-payah anjur mukhayyam kalau bukan krn ada tujuannya yg mulia :)

Makanya, nasihat saya untuk mereka-mereka yang tak suka bermukhayyam: Cubalah dulu! Anda rugi kalau dianugerahkan tenaga dan kekuatan tetapi sepanjang usia muda tak pernah berpeluang untuk masuk jauh ke dalam hutan + melihat sendiri indahnya ciptaan Tuhan yang tak terlihat oleh orang-orang di luar sana. Dan ternyata air terjun yang super best itu hanya ada jauh di dalam 'the woods' ;)


Kesimpulan: Memanglah mukhayyam ini seronok untuk orang-orang yang berjiwa lasak. Tapi dari YOQ baru-baru ni, ada phrase baru yang saya dapat: Mukhayyam bukan hanya untuk orang-orang yang berjiwa lasak, tetapi ia juga adalah untuk orang-orang yang berjiwa tabah! ^_^

 erti mukhayyam padaku ialah suatu transformasi diri.
usaha melihat dunia bukan hanya dalam 1 tona warna/1 nada semata.

*Kali ni review tak spesifik utk YOQ '12. Mungkin blh buat untuk next entry kalau diberi masa & kesempatan, insyaAllah :) tp untuk dapatkan gambaran ringkas ttg YOQ baru ni, blh rujuk tulisan salah seorang peserta di sini :)
**Maaf tak ada gambar mukhayyam utk dikongsikan. lately mengambil gambar bukan lagi passion saya. entah kenapa + yang keduanya, saya diuji dengan kehilangan kamera merah kesayangan. Maka gambar-gambar dalam tu pun ikut sama pergi. Tak apalah, mungkin Allah nak hadiahkan saya kamera baru, siapa tahu.*winking to akhawat ;p

Special note: See you all in the next mukhayyam insyaAllah! ^_^

Monday, 2 January 2012

don't be scared

Selalu cakap takut utk hadapi hari-hari yang mendatang. Entah apa yang akan berlaku - Apa lagi cabaran dan dugaan yang mesti ditempuhi, dan apa lagi persoalan yang bakal terungkai dalam pelbagai bentuk jawapan yang tak mampu dijangka dek akal fikiran. Alhamdulillah terjumpa jawapan dalam artikel ini:

"Saat Allah memberi ruang untuk dia seorang. Berseorangan lebih lama. Hanya dia dan Allah. Ada ruang untuk muhasabah dirinya. Ada ruang untuk berfikir. Benarkah kamu cinta. Sekarang, dia masih mampu tersenyum. Itu bermakna dia mampu! Tersenyum setelah dia melepasi semua itu. Sampai saatnya dia sudah merasa itu bukan kesusahan baginya.

Tapi, hakikatnya penapisan itu akan terus berlaku. Dia tidak tahu apa yang menanti di hadapan. Tapi kan Allah sudah berjanji; tentang sedih dan takut:

“Kemudian jika benar- benar datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjuk- Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati“-(Al-Baqarah: 38)

Subhanallah, sebagaimana huraian yang pernah didengari sebelum ini, melihat kepada bahasanya, perkataan ‘khauf’ dalam bentuk kata nama manakala “yahzanuun” dlm bentuk kata kerja. Kata nama menunjukkan khauf itu perasaan yang permanent. Manusia akan selalu takut pada ketidakpastian masa akan datang. Tapi Allah menjanjikan ke atas orang yang mengikuti petunjuk-Nya, ketakutan itu bukanlah seperti ketakutan golongan yang sebaliknya."

If Allah is with you, then why should you be scared.. :)