Semua ahli tarbiyyah ada ceritanya dengan mukhayyam.
Ini cerita saya.
Dari zaman sekolah lagi, saya memang bukanlah seorang kaki mukhayyam. Mungkin kalau saya tak bersekolah di sebuah sekolah MUSLEH, dan tak mengikuti tarbiyyah di IPT, saya tak akan perlu menjejak hutan walau sekali pun dalam hidup saya. Dan saya tak akan kenal apa itu erti letih dan penat dalam keadaan berbau tanah tetapi tetap tersenyum hanya kerana melihat akhawat dan bersama-sama dengan mereka di tengah hutan belantara. Iyalah. Kita kan ada rumah masing-masing. Kenapa tiba-tiba ada sekumpulan manusia mahu duduk berkumpul dalam sebuah hutan dan bersusah payah buat aktiviti-aktiviti lasak? Untuk apa? Jawapannya anda akan tahu sekiranya anda berada bersama kami dalam detik-detik seperti itu! ;)
Apa-apa pun, menariknya bila diimbas kembali, dalam keadaan yang cukup-cukup tak gemar mukhayyam, belum pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya tak dapat untuk tak pergi. Pendek kata, dalam keadaan tak faham dan tak suka itu, Allah masih balik-balik pilih saya untuk hadiri semua siri mukhayyam yang ada. Atau dalam erti kata lain, 'asyik-asyik saya juga yang 'terpilih' untuk pergi :p Sentiasa.. Berulang kali.. Tanpa henti..
RUPA-RUPANYA mukhayyam-mukhayyam ini datang menziarahi secara berkala untuk mengajar saya. Kesemuanya memainkan peranan yang amat besar dalam sejarah hidup diri sebagai seorang da'iyah. Buktinya, bila diselongkar semula blog lama, tak pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya lalui, yang saya miss untuk buat review atau perkongsian di dalam blog. Dan bila dibaca semula segalanya, tak pernah ada walau satu pun mukhayyam yang saya pergi, yang saya rasa tak berbaloi, atau yang saya sesali. Maka antara hikmah besar Allah 'menyuruh' saya bermukhayyam yang saya nampak ialah: untuk mempelajari + mencerna perkara-perkara/'ibrah yang TAKKAN saya dapat di luar, kecuali di dalam mukhayyam. Juga untuk mematangkan diri.
Sekiranya boleh dibuat analogi, saya akan umpamakan mukhayyam ini seperti 1 latihan yang betul-betul 'pekat' dan intensif dalam masa beberapa hari. Ia mengajarkan kita ikhlas, redha, dan usaha memandang hikmah dalam segenap perkara secara instant. WOW.
Demikianlah sejarah ringkas hidup saya dengan mukhayyam. Tak perlulah dipanjangkan lagi. Cukup untuk ditekankan bahawa pokoknya, saya ini memang asalnya tak suka mukhayyam (dah berapa kali dah ulang dalam uslub yang berbeza agaknya?). Jadi saya amat, amat memahami perasaan sesiapa jua yang tak minat bermukhayyam. Tetapi di atas jalan ini, saya ditarbiyyah untuk merelakan jiwa ditarbiyyah, walaupun menerusi medium seperti mukhayyam *sobs, heh:D Benarlah, tarbiyyah itu sebenarnya MAMPU untuk merubah kita insyaAllah. Dan sekiranya tak mampu pun, ia akan dimampukan dengan sokongan sistem, naqibah, dan akhawat di sekeliling.. Apa yang penting ialah untuk kita sentiasa bersedia dalam merelakan diri-diri kita dimasukkan ke dalam acuan tarbiyyah, untuk akur dengan arahan naqibah, serta percaya dan thiqah dengan perancangan naqibah/jemaah ke atas diri kita. Percayalah, naqibah kita takkan suruh kita masuk hutan semata-mata untuk buat hidup kita susah. Pasti ada sebab dan 'ibrah! -banyak lagi kerja naqibah boleh buat selain hantar kita ke mukhayyam kalau tujuannya just utk buat kita sengsara. dan para AJK pun takkan bersusah-payah anjur mukhayyam kalau bukan krn ada tujuannya yg mulia :)
Makanya, nasihat saya untuk mereka-mereka yang tak suka bermukhayyam: Cubalah dulu! Anda rugi kalau dianugerahkan tenaga dan kekuatan tetapi sepanjang usia muda tak pernah berpeluang untuk masuk jauh ke dalam hutan + melihat sendiri indahnya ciptaan Tuhan yang tak terlihat oleh orang-orang di luar sana. Dan ternyata air terjun yang super best itu hanya ada jauh di dalam 'the woods' ;)
Kesimpulan: Memanglah mukhayyam ini seronok untuk orang-orang yang berjiwa lasak. Tapi dari YOQ baru-baru ni, ada phrase baru yang saya dapat: Mukhayyam bukan hanya untuk orang-orang yang berjiwa lasak, tetapi ia juga adalah untuk orang-orang yang berjiwa tabah! ^_^
erti mukhayyam padaku ialah suatu transformasi diri.
usaha melihat dunia bukan hanya dalam 1 tona warna/1 nada semata.
*Kali ni review tak spesifik utk YOQ '12. Mungkin blh buat untuk next entry kalau diberi masa & kesempatan, insyaAllah :) tp untuk dapatkan gambaran ringkas ttg YOQ baru ni, blh rujuk tulisan salah seorang peserta di sini :)
**Maaf tak ada gambar mukhayyam utk dikongsikan. lately mengambil gambar bukan lagi passion saya. entah kenapa + yang keduanya, saya diuji dengan kehilangan kamera merah kesayangan. Maka gambar-gambar dalam tu pun ikut sama pergi. Tak apalah, mungkin Allah nak hadiahkan saya kamera baru, siapa tahu.*winking to akhawat ;p
Special note: See you all in the next mukhayyam insyaAllah! ^_^
woo..kire kite nie sgt berbeza la ek..pasal sy mmg sgt suke camping2 nie :P
ReplyDeleteowh and i like this phrase
"Apa yang penting ialah untuk kita sentiasa bersedia dalam merelakan diri-diri kita dimasukkan ke dalam acuan tarbiyyah"
MERELAKAN diri...sangat2 penting.. walaupun x ikhlas,, tapi kena rela.. atau nama laen,, paksa-rela..hihi..
alhamdulillah..Allah mmg Maha Tahu keperluan hambaNya :D
imah! ^___^
ReplyDeletekak Rue! Kalau ada butang like, kite da like da comments akak! haha... yaa! kita satu geng. camping dgn saya mmg x leh nak dipisahkan. ngeh hehe....
ReplyDeletekak Imah, dengan ada nya camping lah kita dapat mengenal sikap sebenar kawan2 kita. Kalau di hari2 yang biasa kita lebih senang nak cover2 sikap kita, tapi kat mukhayyam khariji macam ni laa kita boleh mendalami & memahami siapa sebenarnya kawan kita...
Sebab tu biasanya lepas mukhayyam2 khariji macam ni, ukhuwah antara satu sama lain akan lebih erat & tautan hati itu akan lebih kukuh....
Itulah antara keindahan bermukhayyam nih......~
^_^"
alhamdulillah.
ReplyDeletelepas ni boleh lantik mursyidah & iman jd jurucakap & jururunding mukhayyam. time2 kite down nnt kite cari korang ;) hehe. jazakillah sume. syifa', c u next mukhayyam insyaAllah! ^_^
nice (:
ReplyDeletekak timah, kte bole sep tangan dengan akak ^_^
ReplyDeletesubhanallah hebat tak hebat medium tarbiyyah yang bernama mukhayyam ni=)
ReplyDeletemampu menjadi medium untuk transformasi diri.
pd pandangan peribadi sy sndr, mukhayyam itu mungkin sama dengan kem-kem lain tapi kehebatan mukhayyam itu terletak pada objektif tarbiyyah yang berdasarkan iman dan ukhuwah.
semoga kita sentiasa di teguh di jalanNya dan dapat join mukhayyam lagi lepas ni;)
Huda Azam: yours are great :) thanks krn sudi membaca :) keep on writing for Islam ;)
ReplyDeleteAmirah: hehe, next mukhayyam kite gi sesame ek ;)
srikandi islam: stuju - mukhayyam ada objektif khusus yg nak dicapai :) ameen!
terasa sungguh bila mbaca catatan ini...
ReplyDelete