Friday, 24 May 2013

Ringkas BM

Baru-baru ini daurah BM; kesimpulan yg saya bawa pulang ialah - Bagi memastikan baitul muslim benar2 menjadi batu binaan yg kuat dan memperteguhkan deen ini dengannya, tak boleh tidak perlu melangkah ke sana dengan persediaan yg rapi. kefahaman yg jelas dan betul. serta niat yg ikhlas krn Allah. Tak cukup hanya bersandar dalil bahawa Allah akan memberi rezeki bagi yg bernikah. Usaha manusia juga perlu dalam menghadirkan rezeki itu. Dalam erti kata lain, perancangan dari segi kerjaya, persediaan ke arahnya dan mind-set perlu seiring. Berkahwin bukan semudah disangka. Dengan berkeluarga, datang jua tanggungjawab yang sangat besar. 'jangan main-main dengan anak orang'.

Saya bukan nak tekankan tentang daurah BM itu, tp 1 mesej besar yang saya dpt darinya ialah: "Don't use religion to blackmail others"- siapa yang faham, akan faham maksud saya.

Moga-moga setiap baitul muslim yang terbina akan meghadirkan sakinah (ketenangan + ketenteraman), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah. Memperkukuh, bukan melemahkan. Ameen.

Monday, 20 May 2013

Fikir-fikir Postgrad

No. For sure I'm not going to Turkey at the nearest time being. I heard that its Graduate programme begins in September 2013, and the application is already closed on March 31st, 2013 (yay, dah lepas :)


However, I am considering to apply for the next year's term. My Turkish lecturer goes to Turkey today, and will be back after a week or so. Then I will have plenty of time to think and discuss more about my higher educational route, esp after final exam is over.

The things that hit my head hard - before I should actually choose where to study - are:

1. Whether I should choose another course instead of what I'm currently studying in my major degree. History sounds great, political science too. I wish to study something that I could be very good in, and that which has the greatest impact I could ever give, for this ummah. Which one, ah? Masih boleh difikirkan dan di-figure out insyaAllah.



2. Whether I should pursue life as an academician. Taking MA, then Ph.D, and later on becoming a lecturer sounds like a very straight-forward, lame old road. And that is so me :) Nothing wrong with it at all anyway, but I really need to think whether being an academician in such and such field, could give a great impact for the ummah. I mean, sometimes choosing this route makes you so academics that you feel so really good about it but others can't understand you, nor can they connect to your thinking. Sometimes there are just too many theories. You write this and that articles, but they do not benefit others except those of the same field and specialization.


I'm not sure. Right now there's just too many uncertainty. I might go for a more drastic plan and that is to not pursue with MA at all and suddenly choose a very different career route?

Allahu musta'an,
and in the midst of all these chaotic thoughts, I do believe in one thing:
(ومن يتق الله يجعل له مخرحا) Get taqwa first, other things will follow.

I pray that all of us will get clearer vision of what we wish to do in this short life, and that we may always make the best decisions for this ummah, under His guidance. Ameen.

ke mana selepas segenggam ijazah?

Bismillah.



Memikirkan masa depan, tidak mampu tidur.
Akhirnya kucoretkan ini. Buat pertimbang hati.

Mac-April 2013
Berfikir-fikir untuk menyambung pengajian peringkat master di Turki. Akhirnya pelan tersebut di-eliminate/dilupakan terus daripada perancangan. Antara sebab, kawan di Turki sendiri pernah bagitahu yang di universiti sana ada pelbagai macam lecturer. Kalau yang sekular dan tak suka kita, buat la macam mana pun, excel lah dalam subjek itu tapi tetap dia tak akan bagi muka. Kira macam dia sendiri tidak galakkan belajar di sana, tambahan katanya ilahiyat/pengajian agama di Turki tidak strong seperti di tempat lain, elok lagi ambil di UIA; aha!

Pernah juga dengar dari seorang kawan yang situasi di Turki dari segi politik, tidak menjamin muslimah yang belajar di sana. Ertinya, andai kata berlaku pertukaran kerajaan dan sistem sekular kembali menguasai universiti-universiti, bimbang pemakaian hijab di-ban/dilarang semula daripada institusi-institusi pengajian di sana (na'uzubillah). Tapi bila difikirkan kali kedua, semua ini hanyalah persepsi dan kebarang-kalian yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul.

Dari sudut pandang peribadi pula, saya risaukan masalah bahasa. Jika bahasa Turki menjadi salah satu syarat excellence, maka perlu ambil masa pula untuk kuasai bahasa tersebut, dan boleh jadi Bahasa Arab akan semakin jarang diasah/digunakan walhal ia merupakan bahasa asas untuk menguasai bidang Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Selain itu, kalau mengikut logika, aliran agama yang terbaik diambil pastilah yang di Timur Tengah itu, dan bukannya di Turki? eh.

Isnin, 20 Mei 2013.
Turki mula dipertimbangkan semula secara serius. Sampai-sampai saja di UIA hari ini, kaki terus melangkah ke pejabat salah seorang lecturer Turki yang pernah berjasa mengajar subjek Orientalism in Hadith. Walaupun akal masih berkira-kira samada mahu teruskan agenda spontan itu ataupun tidak, tahu-tahu saja sudah sampai di pejabat dan menunggu giliran. Bila berjumpa dengan sir dan bertanya pandangan, terus beliau jawab "I support this". Hampir terdiam melihat optimism seperti itu. Kalau ingin dikongsi, antara perkara yang sempat 'di-brief' oleh sir tadi:

-Experience and new language will make you rich.
-You may become expert, and the Turkish people will need you in Malaysia. You can bridge between these two, in term of knowledge exchange and etc.
-Researches are very strong in Turkey, and there are many publications/books/articles which are not available except in Turkish language. Mastering Turkish language
-Don't worry about the time consumed for studying Turkish language. It will not be extravagant. It is a necessity for you to go up another level. It's what you will need for your research.
-Turkey has an Ottoman root.
-Don't choose places out of Istanbul. It is the center of cultural activities.
-If you are given the choice, choose Marmara university. Next choice could be Istanbul University. There we have so many types of lecturers and academicians; some are progressive Muslims and etc. But I also have many friends and relatives there.



Sebelum ini, pernah terfikirkan Mesir/Jordan. Tapi Jordan sangat mahal. Dan advantage Turki yang paling menonjol ialah biasiswa untuk para pelajar dari luar yang dibiayai sepenuhnya dan dengan sangat murah hati oleh Republic of Turkey itu sendiri. Cuma, 1 tahun belajar bahasa Turki + 1 tahun untuk academic/research preparation + beberapa tahun untuk ambil subjek-subjek requirement MA jika perlu + beberapa tahun untuk menulis thesis. Phew. Saya memang teringin untuk ke Turki dari dulu, tapi untuk tempoh selama ini, adakah sanggup? O_O' Sebab itu kena cari dulu mana titik yang paling convincing mengatakan bahawa keputusan ini akan memberi manfaat besar kepada diri dan ummah seluruhnya juga.


Saya rasa persoalan ini lebih sukar daripada
menjawab soalan Add Math. Brain-cracking!

Apa pun, tadi dah selesai mohon partial transcript drpd office of deputy dean affairs, KIRKHS.

So Turkey, give it a try?
*Tarik nafas* Sedang berkira-kira akan 1 lagi pertimbangan yang sangat drastik sebenarnya. kalau sempat, barangkali akan dicoret dalam sambungan post akan datang. mohon doa yang terbaik!

-Kesimpulan status Turki setakat ini: masih berkira-kira, cuba ambil pandangan ramai, istisyarah dan istikharah. Sangat berat sebenarnya keputusan ini. Bismillah...

Saturday, 2 March 2013

You Get What You Give

Selalunya, saya mendapat/mendengar taujihat/tazkirah dari 'kakak-kakak' atau golongan yang boleh dikategorikan sebagai senior. Pagi ini, alhamdulillah diberikan kesempatan dan rezeki mendengar taujih daripada usrahmate sendiri.. Peluang tersebut sebenarnya telah memberikan beberapa pengajaran yang berharga dan membuka mata.

Pertamanya, saya sangat kagum dengan ukhti tersebut. Apa yang dia katakan, menyentuh lubuk hati yang dalam. Dia berkongsi tentang bagaimana membawa halaqah/tips-tips yang penting dalam usaha membawa manusia ke jalan Allah.. dengar macam simple je kan, tapi Subhanallah.. perkongsiannya sangat bermanfaat dan praktikal.. Hinggakan sepanjang perjalanan balik ke rumah, saya tertanya-tanya bagaimana ukhti ini boleh mendapat 'insights' yang sedemikian. Ini akhirnya membawa saya mengimbau kembali amal dakwah ukhti ini sepanjang perkenalan saya dengan dia, dan sepanjang kami menjadi usrahmate..

...Semasa saya di ber-matrik UIA di Nilai, saya masih ingat mengenalinya buat pertama kali, lalu terus merasa 'klik' dan selesa. Saya selalu singgah ke biliknya yang di tingkat bawah, sebelum naik ke bilik sendiri. Macam ada magnet di situ. Walaupun kami tak seusrah, dan tak sekerja, tapi saya dapat rasakan, ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Dia kemudian menamatkan pengajian matrik setahun lebih awal dan berpindah ke main campus di Gombak.

Setahun selepas itu, apabila saya menyusul ke Gombak, alhamdulillah direzekikan pula untuk seusrah dengan ukhti ini. Saya melihat dia bekerja di dalam sebuah JK, dan dari situ tidak pernah berhenti-henti lagi. Terus melaju sehingga kini. Saya menyaksikan saat dia jatuh, terluka dan menangis.. Tetapi segala itu hanya menjadikan dia lebih berazam untuk teguh berdiri dan terus memberi.

Sebagai usrahmate, saya mengetahui pengorbanan-pengorbanan yang dia lakukan, dan saya akan menjadi saksi terhadap segala itu. Saya dapat merasai besarnya usaha sang ukhti, cuba menguatkan diri demi memberi qudwah pada adik-adik dan orang sekeliling - Bertahan dan, bermati-matian. Saya tahu dan saya saksikan bila mana adik-adik dan usrahmates sendiri merasa kuat dengan kekuatannya, sedangkan Allah tahu betapa lemah hatinya pada ketika dia menyalurkan seluruh tenaga dan semangatnya yang masih berbaki kepada orang-orang yang berharap. Dan di saat ramai memberi jutaan alasan masing-masing, dia masih ada menawarkan bantuan, walaupun dialah orang yang paling layak untuk memberi keuzuran. Melihat dia, saya selalu rasakan - everything is possible, dan boleh diusahakan.

Kini mengenangkan segala yang telah ukhti ini lalui.. Dengan segala pengorbanannya. Dengan banyaknya program-program yang telah dia lalui - semua inilah sebenarnya yang menyebabkan dia seperti apa yang kita lihat sekarang. Yang membantu dia bertahan. Yang memberikannya kelebihan dari sudut pengalaman, kematangan dan kemampuan memberi lebih lagi kepada orang-orang sekeliling, berbanding yang lain. Dia nafi'un linafsiha wa lighairiha - bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Ini membawa saya kepada kesimpulan yang kedua; Tak sama orang yang berjuang, dengan yang bermain-main. Tak sama orang yang berusaha menghadiri semua wasilah tarbiyah, dengan yang meninggalkannya. Tak sama orang yang berusaha membawa halaqah, dengan yang tidak. Tak sama orang-orang yang bermusafir, dengan yang menetap. Tak sama orang-orang yang bermukhayyam, dengan yang tinggal. Tak sama orang-orang yang berkorban, dengan yang langsung tak kehilangan. Tak sama orang-orang yang berjihad, dengan yang bersenang-lenang. Juga tak sama ukhti itu, dengan orang-orang lainnya - semuanya mendapat sesuatu, berdasarkan kadar apa mereka usahakan.

Dalam aspek usaha ini, tak ada siapa akan memaksa. Semua orang mendapat modal yang sama, dan peluang beramal yang sama. Semua orang juga mendapat tawaran perniagaan dari Allah. Pilihannya terpulanglah kepada diri masing-masing. Tetapi lebih banyak yang sanggup kita berikan untuk sesebuah pelaburan, maka lebih dahsyatlah pulangannya.

Akhirnya segala kerja-kerja yang kita buat ini,
manfaatnya akan kembali kepada kita jua - insyaAllah kita bakal merasa paling lega, pada hari yang paling kusut untuk sekalian semesta. Dan pada hari itu juga.. kita tidak akan menyalahkan siapa-siapa.

We are what we choose to be.
Dan saya, bercita-cita untuk menjadi seperti ukhti itu.
To grow strong for this ummah, and to stop crying =D

::: ~ *~ * ~ * ~ *~ :::
Dear ukht, you are a legend.
One of the strongest people I've ever known.
May Allah protect you now and always & may you continue to be inspiration to others.

Friday, 22 February 2013

Tahun Akhir


Bila dah masuk 4th year (esp 4th yr 2nd sem ni), macam2 perubahan berlaku.

Pertamanya, rasa risau yang tak berkesudahan. Sebab sekian ramai teman seperjuangan dan seperjalanan yang qowiy2 sudah grad, dan tak ada lagi di uia. Perlu menjadi 'senior', yang boleh memastikan kesinambungan jalan ini berterusan, dan legasi yang 'kakak2' lain tinggalkan, tidak berakhir di sini. Moga2 mampu beri yang terbaik, dengan izin Allah. Doakan.



Keduanya, pastilah rasa lebih tua. Dalam kelas, semua orang panggil 'kak'. Jadi, kakak kena lah lebih ilmu dan lebih mujahadahnya - Moga menjadi motivasi untuk diri. p/s: Dan tidak. Saya tak berasa rugi berlama-lamaan di UIA. Sebab menuntut ilmu + pengalaman DnT, pada saya that is more than osem :)

Ketiganya, rasa lebih relax. Mungkin disebabkan latihan 'intensif' berprogram selama bertahun-tahun sblm ini. Akhirnya alhamdulillah, pd semester terakhir ini sedikit-sebanyak saya mampu untuk menghidupkan rasa tak risau/stres dlm menganjurkan program. Kalau dulu, benda2 kecil spt borang feedback, dulang dll hal teknikal saja sudah mampu buat diri risau dan hilang selera makan. Kini rasanya kebanyakan benda sudah mampu di-handle dgn baik, alhamdulillah. Itulah kelebihan tarbiah. Mengajar anda melakukan sesuatu yang anda tak tahu langsung sebelumnya, sehingga menjadi seakan biasa :) ditambah pula dgn pahala2 besar. Allah.. siapa yang tak sudi.

Macam-macam perkara nak buat sebelum grad. 
And all that is needed is barakah.
May Allah help make balance of everything in hand & grant His redha.


*2 hari terlantar tanpa benar2 dpt menyumbang ke jalan ini,
"Amende ni mah. Dua hari tak buat apa2. Boring betul
Benarlah. Ingat 5 sebelum 5. Sihat sebelum sakit. 
Marilah. Muhasabah yang lebih likat lagi.

Thursday, 21 February 2013

Muhasabah yang Likat


Mood sudah syahdu dan sedih, membaca nota ini.
Tambah ingin menangis,  bila terlihat gambar ini:

sumber: klik

Dalam hati terfikir.... wahai beratnya azab, yang ditanggung si kecil.
berat lagi 'azab' kelalaian, yang hebat merantai & menyiksa diri-diri ini.



Akhirnya selepas menangis, atas sebab yang pelbagai;
terdengar pula perbualan ini.
Ummi: Esok abang pergi mana?
Abah: Kaunseling. Ada kes murtad.

Tangis terhenti. Sentap.
Engkau di sini menangisi diri.
Ummah sudah separa mati, sedang engkau memerhati.



Akhirnya. Hari ini kita sentiasa dalam tangis. Kerana apa?
Adakah kerana hayat sudah tiada.. Atau kerana, ruhnya tiada harga?
Atau kerana.. Engkau WUJUD, tapi langsung tak terasa.
Engkau ADA. tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Kitakah 'engkau' itu?



Dan akhirnya engkau mengerti. Kenapa mereka.....

LAPAR
Source

SEJUK
Source



SENDIRIAN
Source




Tapi tetap
BERDIRI
Source




Kita pula.
Source



JANGAN Jadi....
Source


Pemusnah HARAPAN ini.


We can do something on this. TRUST me.



"Be the change that you want to see in this world"



cry, little ones


Mengenangkan segala tarbiah, yang dicurah dlm pelbagai bentuk oleh sang murabbiah.

Aku adalah seorang yang lembik, yang sedang dididik menjadi kuat.
Aku adalah besi yang ditempa, agar mengambil bentuk, lantas berguna.

try not to cry little ones.
"Cry here, don't cry there"