Friday 24 May 2013

Ringkas BM

Baru-baru ini daurah BM; kesimpulan yg saya bawa pulang ialah - Bagi memastikan baitul muslim benar2 menjadi batu binaan yg kuat dan memperteguhkan deen ini dengannya, tak boleh tidak perlu melangkah ke sana dengan persediaan yg rapi. kefahaman yg jelas dan betul. serta niat yg ikhlas krn Allah. Tak cukup hanya bersandar dalil bahawa Allah akan memberi rezeki bagi yg bernikah. Usaha manusia juga perlu dalam menghadirkan rezeki itu. Dalam erti kata lain, perancangan dari segi kerjaya, persediaan ke arahnya dan mind-set perlu seiring. Berkahwin bukan semudah disangka. Dengan berkeluarga, datang jua tanggungjawab yang sangat besar. 'jangan main-main dengan anak orang'.

Saya bukan nak tekankan tentang daurah BM itu, tp 1 mesej besar yang saya dpt darinya ialah: "Don't use religion to blackmail others"- siapa yang faham, akan faham maksud saya.

Moga-moga setiap baitul muslim yang terbina akan meghadirkan sakinah (ketenangan + ketenteraman), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah. Memperkukuh, bukan melemahkan. Ameen.

No comments:

Post a Comment