Monday, 20 May 2013

ke mana selepas segenggam ijazah?

Bismillah.



Memikirkan masa depan, tidak mampu tidur.
Akhirnya kucoretkan ini. Buat pertimbang hati.

Mac-April 2013
Berfikir-fikir untuk menyambung pengajian peringkat master di Turki. Akhirnya pelan tersebut di-eliminate/dilupakan terus daripada perancangan. Antara sebab, kawan di Turki sendiri pernah bagitahu yang di universiti sana ada pelbagai macam lecturer. Kalau yang sekular dan tak suka kita, buat la macam mana pun, excel lah dalam subjek itu tapi tetap dia tak akan bagi muka. Kira macam dia sendiri tidak galakkan belajar di sana, tambahan katanya ilahiyat/pengajian agama di Turki tidak strong seperti di tempat lain, elok lagi ambil di UIA; aha!

Pernah juga dengar dari seorang kawan yang situasi di Turki dari segi politik, tidak menjamin muslimah yang belajar di sana. Ertinya, andai kata berlaku pertukaran kerajaan dan sistem sekular kembali menguasai universiti-universiti, bimbang pemakaian hijab di-ban/dilarang semula daripada institusi-institusi pengajian di sana (na'uzubillah). Tapi bila difikirkan kali kedua, semua ini hanyalah persepsi dan kebarang-kalian yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul.

Dari sudut pandang peribadi pula, saya risaukan masalah bahasa. Jika bahasa Turki menjadi salah satu syarat excellence, maka perlu ambil masa pula untuk kuasai bahasa tersebut, dan boleh jadi Bahasa Arab akan semakin jarang diasah/digunakan walhal ia merupakan bahasa asas untuk menguasai bidang Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Selain itu, kalau mengikut logika, aliran agama yang terbaik diambil pastilah yang di Timur Tengah itu, dan bukannya di Turki? eh.

Isnin, 20 Mei 2013.
Turki mula dipertimbangkan semula secara serius. Sampai-sampai saja di UIA hari ini, kaki terus melangkah ke pejabat salah seorang lecturer Turki yang pernah berjasa mengajar subjek Orientalism in Hadith. Walaupun akal masih berkira-kira samada mahu teruskan agenda spontan itu ataupun tidak, tahu-tahu saja sudah sampai di pejabat dan menunggu giliran. Bila berjumpa dengan sir dan bertanya pandangan, terus beliau jawab "I support this". Hampir terdiam melihat optimism seperti itu. Kalau ingin dikongsi, antara perkara yang sempat 'di-brief' oleh sir tadi:

-Experience and new language will make you rich.
-You may become expert, and the Turkish people will need you in Malaysia. You can bridge between these two, in term of knowledge exchange and etc.
-Researches are very strong in Turkey, and there are many publications/books/articles which are not available except in Turkish language. Mastering Turkish language
-Don't worry about the time consumed for studying Turkish language. It will not be extravagant. It is a necessity for you to go up another level. It's what you will need for your research.
-Turkey has an Ottoman root.
-Don't choose places out of Istanbul. It is the center of cultural activities.
-If you are given the choice, choose Marmara university. Next choice could be Istanbul University. There we have so many types of lecturers and academicians; some are progressive Muslims and etc. But I also have many friends and relatives there.



Sebelum ini, pernah terfikirkan Mesir/Jordan. Tapi Jordan sangat mahal. Dan advantage Turki yang paling menonjol ialah biasiswa untuk para pelajar dari luar yang dibiayai sepenuhnya dan dengan sangat murah hati oleh Republic of Turkey itu sendiri. Cuma, 1 tahun belajar bahasa Turki + 1 tahun untuk academic/research preparation + beberapa tahun untuk ambil subjek-subjek requirement MA jika perlu + beberapa tahun untuk menulis thesis. Phew. Saya memang teringin untuk ke Turki dari dulu, tapi untuk tempoh selama ini, adakah sanggup? O_O' Sebab itu kena cari dulu mana titik yang paling convincing mengatakan bahawa keputusan ini akan memberi manfaat besar kepada diri dan ummah seluruhnya juga.


Saya rasa persoalan ini lebih sukar daripada
menjawab soalan Add Math. Brain-cracking!

Apa pun, tadi dah selesai mohon partial transcript drpd office of deputy dean affairs, KIRKHS.

So Turkey, give it a try?
*Tarik nafas* Sedang berkira-kira akan 1 lagi pertimbangan yang sangat drastik sebenarnya. kalau sempat, barangkali akan dicoret dalam sambungan post akan datang. mohon doa yang terbaik!

-Kesimpulan status Turki setakat ini: masih berkira-kira, cuba ambil pandangan ramai, istisyarah dan istikharah. Sangat berat sebenarnya keputusan ini. Bismillah...

No comments:

Post a Comment