Friday 29 April 2011

Usrah Sekolah


Usrah membawa pelajar-pelajar sekolah.. nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya, belum cuba belum tau. Bila dah cuba, mencabar juga rupanya. Kadang-kadang, kalau silap cara fikir, boleh buat kita rasa hilang yakin diri. Tapi alhamdulillah, perbualan dengan rakan naqibah lain lepas tamat sesi malam tadi berjaya merubah perspektif dan menampakkan keindahan perancangan Allah. Memang tak salah, dalam setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah!*

Pengalaman peribadi saya, bila kita bawa usrah, kita sendiri sebenarnya yang banyak belajar dan dapat manfaat yang sangat besar dari usrah tersebut - kita dapat pahala, muhasabah diri, peluang menyampaikan da'wah (yang sememangnya wajib), peluang berkongsi nikmat tarbiyyah, dan juga menambah ilmu-ilmu baru dari sedikit apa yang kita ada.

Sikit dari setiap seorang, bukankah banyak jadinya?
Ilmu itu, kalau datang dari satu sumber/sudut saja, memang nampak tak banyak. Tapi bila dikongsi dan ditambah oleh orang-orang yang berbeza, yang lain sudut pandang dan kefahamannya, ilmu yang satu itu boleh jadi luasnya seluas apa yang tak mampu terjangkau. Sebab orang ini - yang perspektifnya begini - memberi sedikit pandangan dari sudut ini. Yang itu pula, memberi perspektif yang berbeza, dari sudut yang jelas berbeza. Indah kan - Orang melihat pokok, pelbagai tafsirannya. Dua orang melihat keluar dari jendela yang sama - seorang nampak langit tinggi dihias awanan; yang satu lagi nampak rumput yang menghijau mewarnai ladang. Maka - bila digabungkan semuanya dalam kehidupan, tampak berseri dan pelbagai ~Apakah tidak besar manfaat orang yang berpeluang mendengar segala bentuk perpektif ini, dalam satu malam, in one discussion, in a single session? (teringat zaman 10 orang dari pelbagai kos berkumpul dalam satu bilik di Nilai - setiap kali bincang isu, sedikit-sebanyak akan sentuh berberapa perspektif dari bidang law, econs, irk dll - memang cantik!)

 di luar tingkap itu, apa yang anda lihat?

Begitulah usrah. Selain tempat berkongsi masalah dan rasa, ia juga medan menambah ilmu -untuk kedua-dua naqib/ah dan anak buahnya. Usrah itu bukan bermaksud ta'lim di mana naqib/ah hanya memberi dan memberi semata-mata. Tapi ia adalah komunikasi dua hala, dalam memupuk kesefahaman bersama. Naqib/ah dan anak buah, saling berkongsi maklumat dan pandangan berkenaan sesuatu isu, menambah apa yang kurang dan lebih cantik lagi, mampu lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Malah kadang-kadang, dalam setiap isu yang kita bincangkan dalam usrah, anak-anak buah mampu memberi respon dan idea penghuraian bahan yang tak pernah kita sangka - dan itu mengukuhkan kefahaman kita sendiri.

Lebih dari manfaat ilmu, membawa usrah sebenarnya memberi kita peluang untuk belajar mengenali diri kita sendiri dengan lebih baik. Kita belajar mengatasi kelemahan-kelemahan yang kita ada. Walaupun mungkin pada awalnya kita adalah seorang naqib/ah yang tak mampu bercakap (contohnya), tapi kita tetap perlu berusaha sehabis baik untuk memberi kefahaman terhadap mesej yang ingin disampaikan dalam usrah. Dan makin lama kita mencuba, penyampaiannya akan jadi semakin cantik dan kemas, insyallah. Bukankah practice, makes perfect? :)

'Ala kulli hal, kemampuan bercakap saja tak menjamin kejayaan naqib/ah dalam usrah; kerana hikmah itu tidak hanya terkandung dalam bercakap. Tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana naqib/ah itu memberikan sentuhan keimanan untuk anak-anak buahnya dan merangsang mereka untuk memperbaiki diri dan sama-sama berubah menuju kebaikan. Sungguh, bertuahlah naqib/ah yang mempunyai saham dalam membentuk jati diri anak buahnya. Kerana setiap satu dari mereka adalah harapan-harapan baru untuk ummah ini. Semoga kita adalah salah seorang dari naqib/ah itu~

bercakap tentang usrah, 
terjumpa handbill klasik ini dalam google:

Jadi apa lagi?
Jom ikut usrah dan bawa usrah!
-Inilah projek akhirat kita- :)
----------------------------------------------------------------
*Baru 2 sesi usrah, tapi sudah merasa besar hati dengan adik-adik ini. Terima kasih sebab buka ruang untuk kami 'masuk' walaupun sekejap :) kepada Nadhirah dan Hanani, post ini adalah dedikasi khas saya untuk anda berdua. Syukran kerana membawa saya terjun bergelumang dalam dunia ini. Sangat banyak yang saya belajar dari kalian^__^ dan pastilah lebih banyak lagi untuk dipelajari..

2 comments:

  1. as salam, minta izin share 'handbill' tu ye :)

    ReplyDelete
  2. handbill tu dpt dr google, mmg dah tersebar di byk tmpt. blh dimanfaatkan ja insyaAllah,,

    ReplyDelete