Monday, 25 April 2011

Malaskah Kita?


Dua program yang 'mengejutkan' dalam masa sehari. Menyebabkan diri yang hampir-hampir dan 'ingin' futur, sedar semula. 'Mengejutkan' sbb program-program tersebut tak dirancang, dan hati pun terasa berat untuk pergi. Tapi biasalah - bak kata orang, cuba dulu, pergi dulu. kalau tak, mana nak tahu. dah cuba, dah pergi, baru bersyukur, sebabkan besar rupanya manfaat yg kita dapat. Hmm.. mcm itulah. Kadang-kadang in the beginning, ada program tertentu yang memang kita tak rancang pun untuk hadir, tapi perancangan Allah telah membuatkan kita 'terpaksa' pergi juga. Seolah macam Dia insist untuk kita dapatkan sesuatu kebaikan tu, walaupun kadang-kadang hambaNya yang satu ini 'tak mahu' T_T. Kalau Allah nak beri, siapa boleh menolak? Dan kalau Allah mahu ambil, siapa boleh hentikan?




Bila difikir-fikir semula, nah, macam ini lah realiti kita sbg du'at. Kadang-kadang, bila iman tengah top, waaah ibaratnya kalau ada majlis ilmu di puncak everest pun sanggup kita daki. Tapi kalau masa-masa tengah down, susahnya nak melangkah macam dekat kaki ada 10 kilo beban. Kita tak mahu ke program-program tertentu. Kita rasa macam, kita dah buat macam-macam. huish. Lepas itu kita pun mula cakap, Oh Tuhan, bagilah aku rehat satu kali ini saja. Padahal, offer dari Allah boleh jadi satu kali ini lepas itu tak datang-datang lagi. Terkenang-kenanglah akan penyakit malas dan futur yang kadang-kadang menyerang macam siri pukulan gelombang yang kalau tak dilawan bisa melumpuhkan. Bak kata muwajih dalam MUDAH tempoh hari (lebih kurang mafhumnya): Nak dibanding dengan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat, hari ini, apalah sangat yang kita buat? Kita berjuang tak ada sampai dibaling batu pun, tapi dah down dan complain macam-macam. Lebih dekat lagi, cuba banding dengan pak-cik mak-cik yang dah berdakwah puluhan tahun. Kita ni baru bergerak 5 tahun, dah bising-bising. Hee. Standard apa kita ini? Malu, kan? :D



Tapi tak apalah, mungkin kadang-kadang kita terlupa akan komitmen terhadap usaha mentarbiyah dan ditarbiyah. Kadang kita terlalu layan perasaan malas. Tapi tak seharusnya kita terus-terusan biar ia bermaharajalela dan dengan sesuka hatinya mengawal hidup kita, seolah iman kita langsung tak ada kuasa: Sebab itulah, salah satu dari ciri keperibadian seorang muslim ialah mujahadahnya dalam melawan hawa nafsu - kerana hidup kita ini sepanjang-panjangnya adalah ujian dan pertarungan yang tak berkesudahan. Dan mungkin sebab itu jugalah dalam ma'thurat, antara doa yang akan sentiasa kita baca, mafhumnya: janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat - kerana boleh jadi kita ini: Kalau ikut hati, dah lama aku buat gini, gitu. Mungkin dah lama aku bertindak semacam ini, semacam itu. Jadi wajarlah kita mohon perlindunganNya dari kesempitan diri kita yang penuh dengan kemahuan dan sikap mementingkan diri. Dalam erti kata lain ~ dah tahu tengah malas, mintalah kekuatan dari Allah untuk bangkit bergerak dan mulakan usaha. Dah kata kita mahu hidup fully di bawah bimbingan Ilahi :)


gambar illustrasi

..Bila difikirkan semula akan setiap langkah ke program-program yang Allah kuatkan, sungguh kita terhutang budi denganNya. Masih sudi rupanya Dia beri kita kemampuan untuk kekal bertahan. Walaupun kadang-kadang kita pergi ke program dengan perasaan yang sukar diceritakan dan dengan level keikhlasan yang tak sampai separuh; hingga harus kita berhempas-pulas mujahadah untuk up-kan kasi penuh. Moga dengan itu, telah sempurna jualah ganjaran-ganjaran dari Tuhan yang Maha Pemurah. Dan bertuahlah jiwa-jiwa yang menderita sementara, untuk mengecap keabadian dalam merdeka :)

*Lebih baik penuh tapi puas, dari lapang tapi kosong.

No comments:

Post a Comment