Thursday 28 April 2011

Khutbah: Message to The Youth

Dikongsikan video khutbah yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Khutbah Jumaat ini telah disampaikan oleh Sheikh Riad Ouarzazi di UIA Gombak, sewaktu pelajar-pelajarnya sedang sibuk berjuang dalam musim peperiksaan bulan lepas.


Antara kata-kata yang paling mengesankan secara peribadi - ada lebih kurang dua kali Sheikh Riad menekankan nasihat agar beramal dengan Al-Qu'ran. Benar kata Sheikh - Kalau kita betul-betul mengamalkan satu surah pendek, atau satu ayat saja pun, pasti akan membantu kita untuk jadi insan yang lebih baik. Tak percaya? Cuba beramal dengan surah Al-'Asr sahaja selama seminggu dan pegang ia dengan sungguh-sungguh. :D Agak-agak, apa akan jadi? Dan bayangkan pula kesannya kalau kita beramal dengan Al-Qur'an seluruhnya dan sepenuhnya. Ya, Al-Qur'an - yang mengandungi penawar untuk kemalasan dan penyakit-penyakit hati. Al-Qur'an, yang menjadi pedoman, penyuluh dan penerang jalan. Al-Qur'an, yang penuh dengan formula-formula dan rumusan kemenangan dunia-akhirat.

"Dan kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa': 82)

Sekiranya Al-Qur'an ini yang mampu kita pegang seratus peratus, dengan izin Allah, pastilah hidup akan mengalami transformasi menjadi super hebat dan super cemerlang. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berbuat demikian.
Ameen ya Rabb!

No comments:

Post a Comment