Monday 1 August 2011

Hidupkan Ramadhan :)

Bila ada projek untuk usrah sekolah sempena Ramadhan dan tak ada bahan-bahan yg mencukupi seperti krayon, marker dan pensil warna, mulalah menjenguk almari seorang trainer modal insan di rumah. Buka ja almari, mata ikut terbuka luas sebab teruja melihat longgokan set-set marker dan krayon di dalamnya. Kotak krayon yang baru ada 6 set, semuanya masih berbalut cantik dalam plastik. Melihatkan sang pemilik sedang berehat-rehat di ruang tamu, memang masa yang sesuai untuk pergi cuit-cuit dan tanya.

Anak: Abah, me jumpa krayon baru dalam almari besi. Boleh me guna utk usrah sekolah malam ni tak? kitorang nak buat projek Ramadhan. Tak cukup krayon.
Ayah: Boleh..amikla.
Anak: Ba. emm. Me amik dua boleh?
Ayah: Boleh..
Anak: Emm. Kalau amik tiga?
Ayah: Boleh..
Anak: Biar betul, ba. Betul ke boleh amik tiga? Krayon baru ni. Bukan ke nanti nak guna untuk training?
Ayah: Nanti abah boleh beli banyak lagi krayon tapi awak abah tak boleh beli.

Ha.. Amik. Terdiam terus. Huhu. Thank You Allah for such a supportive father! And of course, for my mother too! fa bi ayyi alaa-i rabbikuma tukazziban...

Berbalik kepada projek Ramadhan kita: hasilnya alhamdulillah, kesemua krayon-krayon yang dibuka telah berjaya dimanfaatkan untuk perkara-perkara berikut:


Ihya' Ramadhan SBPI, 26/7/'11

Ihya' Ramadhan Sg Pusu, 28/7/'11

Ihya' Ramadhan RS Melaka, 29/7/'11

Akhir kata: 
  • Hidupkanlah Ramadhan di tempat anda. Bak kata mak cik Rahimah (Ketua Wanita IKRAM Melaka) semasa jaulah, kita perlu menggerakkan masyarakat di mana saja kita berada & bukannya selesa dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain. Semarakkan semangat Ramadhan di masjid-masjid di kawasan anda, di tempat kerja, di rumah dan hatta dalam facebook sekalipun. Rebut pahala sebaran kebaikan sebanyak mungkin. Bukankah bulan yang Allah cinta ini selayaknya diwar-warkan kepada semua? :) -teringat pengalaman berihya' Ramadhan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di sekitar A'Famosa dalam jaulah Melaka. Hatta non-muslim pun tertarik & mengucapkan 'Happy Ramadhan' kepada kami, subhanallah!
  • Hargailah kedua ibu bapa kita yang telah banyak berkorban & membantu kita semenjak lahir ke dunia sehinggalah ke saat ini. Tanpa mereka, tak ada apalah kita. Segala budi dari mereka takkan habis terbayar meskipun ditelan nyawa. Maka sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita memohon maaf dari kedua ibu bapa, perbanyakkan doa untuk mereka, ringankan tulang untuk membantu dan hargai segala masa yang ada untuk diluangkan bersama kaum keluarga. 

Dari bumi Melaka ke Gombak, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama masyarakat dan keluarga tercinta! Moga semuanya dalam redha Allah :) Jaga hati dan amal ye~

2 comments:

  1. salam.
    wowww!
    bestnyee banyak krayon! =D
    hehe.
    owh and kata-kata ayah nt tuh, mmg zuppp kat hatilah! wuhuuu~ :')

    wallahua'lam

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  2. salam,
    ha'ah, nanti bole guna krayon2 yg sama gak, in case ia diperlukan utk prog2 kita pd masa akan dtg :)

    p/s: kata2 kalau dah zupp, tak terbalaslah nampaknya. jom diam masing-masing..:)

    ReplyDelete