Tuesday, 3 May 2011

Dunia Aman Tanpa Osama?

Dua hari lepas berita yahoo bercakap tentang Pembunuhan Osama bin Laden.
Pagi semalam semasa otw ke Putrajaya, radio ikim membincangkan topik yang sama: Pembunuhan Osama Laden: Mampukah Mengamankan Dunia? Ramai yang percaya ia satu propaganda, dan yang dibunuh bukan Osama (Bukti). Osama atau tak Osama, terbunuh atau masih hidup, saya hanya berminat untuk berkongsi kata-kata bro Izzet Shahin semasa 'International Seminar on Peace and Humanitarian Aid on Gaza' (mafhumnya):

"Without Al-Aqsa, we will never achieve peace (even) in our own homeland.
What is happening there, will affect the whole world"

Nah, benar kan? Kerana sememangnya, Zionims infects all humanity like a virus. Pendek kata, selagi masalah Al-Quds tidak selesai, selagi mana ia masih lagi berada di bawah cengkaman Israel, selagi itulah kita tidak mampu berkata apa-apa. Kita seakan digelakkan, diperlakukan sesuka-hati dan dihina - kerana tanah suci kita, kiblat pertama kita diinjak-injak tanpa kita mampu berbuat apa-apa; sedang negara Israel yang tidaklah-besar-mana itu dikelilingi negara-negara orang Islam tetapi kemuliannya tetap tidak terjaga.


Dan kini bila Osama 'disahkan' mati, akan amankah dunia? Di mana hak dan keamanan untuk rakyat di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Sudan dan di serata dunia Islam yang lain? Adakah penjajahan dan pembunuhan kejam ke atas umat Islam di Libya akan dihentikan? Adakah kita semua akan dilepaskan dari kezaliman musuh walaupun Osama sudah mati? Tidak, bahkan perlawanan antara haq dan batil akan terus berlanjutan, sehinggalah datang ketetapan Allah..

Kesimpulan ringkasnya, apabila Al-Aqsa berjaya kita ambil semula, ia bakal menjadi suatu petanda aras bahawa maruah ummah bisa kita tebus semula, juga merupakan petunjuk bahawa Islam bakal dilonjakkan kembali oleh para pendokongnya yang ikhlas dan amanah. Bila hukum Islam kembali mewarnai alam, barulah dunia akan gembira dan aman sepenuhnya. Percayakah anda? Jika ya, adakah kita sedang bekerja untuk mengecapinya? Untuk masa depan yang indah. Untuk generasi masa depan yang tidak lagi bimbang, tiada gusar dan sifar kerisauan. Bermula dengan satu - anda mampu merubahnya!

No comments:

Post a Comment