Thursday, 5 May 2011

Wednesday, 4 May 2011

Memori Mukhayyam Dakhili


Belum sempat-sempat tulis tentang MUDAH (Mukhayyam Dakhhili).
Hari ini tulislah. Tapi tentang MUDAH 2010, bukan MUDAH tahun ini. Sebab terjumpa nota-nota lama MUDAH tahun lepas, dan rasa macam sangat signifikan pula. Antara tarikh yang tertulis dalam buku lama tersebut: 9 April 2010. Tak sangka, setahun lebih sikit lepas tarikh itu, (16-19 April 2011) sekali lagi Allah beri rezeki untuk ber-MUDAH. Alhamdulillah. Syukur kerana selepas setahun, kita masih di sini. Bak kata k.Sumayyah, setiap kali kita hadir suatu program tarbawi, setiap kali itu jugalah sebenarnya Allah telah memilih kita untuk diletakkan atau dihadirkan ke sana. Segalanya bukan 'by chance' tapi merupakan perancanganNya yang Maha Bijaksana. Jadi, walau dalam apa pun keadaan, dalam fasa apa sekalipun, kena berusaha untuk sentiasa beri yang terbaik dan beristiqamah demi Allah Azza Wajalla.

Tanpa buang masa, dikongsikan nota-nota ringkas MUDAH tahun lepas yang masih terasa bisanya:

"Tarbiyah ini memang panjang. Jalannya memang sukar, susah dan tak disukai ramai. 
Tapi adakah kita punya pilihan lain?"

"Tarbiyah ini mahal kerana ia membawa kepada Allah. Jadi, kalau nak bawa, bawalah dengan bersungguh-sungguh."

"Perbuatan-perbuatan untuk claim jannah --> berapa harga syurga yang sanggup kamu bayar? bargain/bid la dengan Allah. tapi kita semua tahu, apa kos dia sebenarnya" -Kalau segala apa yang pernah kita buat di atas jalan ini adalah untuk menebus syurga, rasanya separuh tiket pun tak lepas. Belum cukup lagi. So, berusaha!!

"Terpilihnya kita adalah pengiktirafan dari Allah, bahawa kita layak memegang taklifan yang berat ini. Gugurnya kita adalah penghinaan dari Allah. Kalau awak tak nak take it serious, don't choose this road. Ramai lagi orang yang nak, & boleh appreciate better if given"

"Tarbiyah as rutin. Tak ada 2 alam"

Bak kata k.Sumayyah, kita berhutang dengan Tarbiyyah. Tarbiyah tak memilih siapa-siapa. Kalau mahu, insyallah akan dapat sebanyak mana yang sanggup kita tampung. Kalau kita gugur, bererti itu pilihan kita sendiri.

Segala perkara ini membuat diri terfikir.. 10, 20 tahun lagi.. adakah aku akan terus berada di atas titian ini? Mudah-mudahan kami semua diperMUDAH untuk meneruskan langkah. Ameen~


 MUDAH 2011 - Satu Syahadah, Satu Misi, Satu Tujuan.
Jumpa lagi seandainya ada rezeki, insyallah! ^__^

Tuesday, 3 May 2011

Dunia Aman Tanpa Osama?

Dua hari lepas berita yahoo bercakap tentang Pembunuhan Osama bin Laden.
Pagi semalam semasa otw ke Putrajaya, radio ikim membincangkan topik yang sama: Pembunuhan Osama Laden: Mampukah Mengamankan Dunia? Ramai yang percaya ia satu propaganda, dan yang dibunuh bukan Osama (Bukti). Osama atau tak Osama, terbunuh atau masih hidup, saya hanya berminat untuk berkongsi kata-kata bro Izzet Shahin semasa 'International Seminar on Peace and Humanitarian Aid on Gaza' (mafhumnya):

"Without Al-Aqsa, we will never achieve peace (even) in our own homeland.
What is happening there, will affect the whole world"

Nah, benar kan? Kerana sememangnya, Zionims infects all humanity like a virus. Pendek kata, selagi masalah Al-Quds tidak selesai, selagi mana ia masih lagi berada di bawah cengkaman Israel, selagi itulah kita tidak mampu berkata apa-apa. Kita seakan digelakkan, diperlakukan sesuka-hati dan dihina - kerana tanah suci kita, kiblat pertama kita diinjak-injak tanpa kita mampu berbuat apa-apa; sedang negara Israel yang tidaklah-besar-mana itu dikelilingi negara-negara orang Islam tetapi kemuliannya tetap tidak terjaga.


Dan kini bila Osama 'disahkan' mati, akan amankah dunia? Di mana hak dan keamanan untuk rakyat di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Sudan dan di serata dunia Islam yang lain? Adakah penjajahan dan pembunuhan kejam ke atas umat Islam di Libya akan dihentikan? Adakah kita semua akan dilepaskan dari kezaliman musuh walaupun Osama sudah mati? Tidak, bahkan perlawanan antara haq dan batil akan terus berlanjutan, sehinggalah datang ketetapan Allah..

Kesimpulan ringkasnya, apabila Al-Aqsa berjaya kita ambil semula, ia bakal menjadi suatu petanda aras bahawa maruah ummah bisa kita tebus semula, juga merupakan petunjuk bahawa Islam bakal dilonjakkan kembali oleh para pendokongnya yang ikhlas dan amanah. Bila hukum Islam kembali mewarnai alam, barulah dunia akan gembira dan aman sepenuhnya. Percayakah anda? Jika ya, adakah kita sedang bekerja untuk mengecapinya? Untuk masa depan yang indah. Untuk generasi masa depan yang tidak lagi bimbang, tiada gusar dan sifar kerisauan. Bermula dengan satu - anda mampu merubahnya!

Tawakkal

Suatu masa dulu, tak ingat di mana, tapi pernah terbaca tentang tawakkal. Menurut penulis tersebut, tawakkal paling tinggi ialah bila seorang manusia itu tidak meletakkan pergantungannya kecuali kepada Allah 100%. Contoh-contoh yang diberi: Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. ketika beliau sudah pun dicampak ke dalam api, sedangkan boleh saja beliau diselamatkan sebelum kezaliman itu dilakukan ke atasnya. Berkenaan Nabi Musa a.s. pula, boleh saja Allah selamatkan beliau dan Bani Israel sekelip mata. Tak perlu berlari-lari sampai tak cukup tanah kerana sudah tiba di hujung daratan. Tetapi sudah ketetapan Allah. Pada waktu itulah mukjizat diperlihatkan - laut terbelah dan Nabi Musa serta pengikutnya selamat sampai ke seberang.



Hmmm.. Mungkin antara hikmah peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan ialah sebagai 'ibrah, bahawa Allah akan memberikan pertolonganNya yang agung, yang tidak disangka-sangka, pada ketika seseorang itu benar-benar dalam keadaan yang tertekan, dan tidak ada lagi jalan keluar atau pilihan baginya selain yang ditunjukkan Allah; dan pada ketika mana seseorang itu benar-benar dalam kepasrahan, redha atas apa saja yang bakal berlaku dan menyerahkan hidup matinya di tangan Allah tanpa sedikit pun lagi keraguan. Dalam peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Musa itu contohnya - pada siapa lagi hendak diharapkan pertolongan kalau bukan dari Allah? Kerana waktu itu mana-mana manusia pun tak boleh membantu. Api dan laut sudah terhidang di depan mata. Untuk berpaling ke belakang pun sudah tidak ada lagi harapan. Saat itu, tawakkal para hamba memuncak; dan Allah mendengar, kemudian mengabulkan doa-doa yang datang dari hati-hati mereka yang ikhlas, merasa kecil dan insaf.

Mungkin itulah juga yang berlaku, dari perihal Gaza yang sudah bertahun-tahun terkepung dari laut, darat dan udara; dibiarkan merana dan kelaparan sendirian. Ketika mana Mesir sang negara jiran bukan saja menutup rapat pintu sempadan Rafah, tetapi juga menanam cerucuk-cerucuk besi di bawah tanah untuk menghalang 'penyeludupan' bahan asasi dari dibawa masuk ke Gaza. Bila mana kita yang melihat dari jauh pun seakan sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu para saudara. Saat itulah Allah tunjukkan kuasa pembelaanNya yang tiada tara. Siapa sangka, terbunuhnya Khaled Said menjadi percikan yang menggerakkan revolusi di Mesir, menjatuhkan rejim zalim Hosni Mubarak dalam waktu yang singkat sekali, dan hari ini kita mendengar berita gembira, bahawa pintu sempadan Rafah akan dibuka seluas-luasnya untuk Gaza, akhirnya! Dan dunia menyaksikan, Allah membela anda wahai Gaza! Berbahagialah duhai anak-anak yatim, anda tidak sendirian. Berbahagialah wahai para Syuhada'. Allah telah membeli barang dagangan anda! :') Dan tawakkal kalian yang sekian lama itu, tidaklah sia-sia.

morning has broken!


Demikian indahnya tawakkal. Bila manusia sudah buntu, Allah boleh membantu! Bila manusia tak tahu, Allah ada kunci jawapannya. Perjuangan Gaza, walau bagaimanapun, masih panjang dan berliku. Sama halnya dengan negara-negara Arab di sekitar - Syria, Jordan, Yaman dll. Tetapi kita tetap yakin bahawa setelah berlalunya gelap malam yang pekat menyesakkan, fajar pagi akan menyingsing terang menghalau pergi gelita dari alam. Dan bukankah waktu Subuh itu dekat? Maka wahai muda-mudi sekalian, sudah bersediakah kita, untuk menjadi pendokong fajar ini? Telah mantapkah hati-hati dan langkah kita, untuk menggempur kegelapan dengan segenap jiwa raga? Moga kitalah insan-insan terpilih itu. Allahumma harriril Masjidal Aqsa, waj'alna min junuudit Tahrir -Ya Allah bebaskanlah Masjidil Aqsa, dan jadikanlah kami antara tentera-tentera pembebasnya.

...Now, are we ready?

Nota: Cuti berbulan-bulan, jom update diri dengan berita pergolakan di Timur Tengah!