Friday, 5 July 2013

bz tahap apa 2?

#more on being buzy.

it is just this: that wrong priorities are fatal,
and must be put right



of breaking the sunnah for nafs



and of forgetting what is important


if out of the 24 hours a day that we have, and not a single second our heart and thoughts gets dedicated to the ummah that aches so badly, then imagine just how self-centered we are. Sedangkan Al-Rasul s.a.w. dan sahabat, seluruh hidup mereka untuk Islam dan untuk ummah. If we don't care, who does?

maka ingatlah dalam sela-sela kesibukan, rancanglah masa-masa untuk berbincang tentang masa depan, untuk berimpian besar, untuk menghulurkan tangan, untuk berdoa, untuk berharap dan untuk memperkasa tindakan.

Robbuna ma'ana.

Thursday, 4 July 2013

bz tahap apa?

Pernah jumpa org yg sgt, sgt super bz tapi pretend not to be that so bz? especially when u need them. nice ya'ni..

"Akak tak bz. korang je yg bz" katanya.
sentap.

Seorang yang anda boleh hubungi bila-bila masa.
Yang sibuk tapi bila menyambut anda, dengan warmth dan keceriaan.

"Assalamualaikum akak"
"waalaikumsalam. ye Imah..ada apa?"
"hehe... takde saje je"

Dan anda pun memanjang2kan perbualan. tapi dia bersabar dan melayan, mendengar tiap yang anda ingin katakan. sampai anda puas, dan rasa tak mahu cakap dah. rasa cukup.

-Imagining mcm mana Rasulullah bergaul dgn sahabatnya, hingga tiap satu rasa special & rasa bahawa tumpuan Rasulullah 100% padanya.

-Terima kasih kpd semua yg membuatku rasa special. may Allah bless!

***
Note: Tersentak dengan post ini, dan nasihat seorang kakak: "Allah jadikan manusia multi-tasking. Macam mana albanna cuma tidur di sela-sela masa. Balik rumah makan bersama keluarga. Catat semua keputusan anak, catat semua ubat yg anak dia ambil. Rahsianya satu je imah.. Jaga hubungan dgn Allah. Jadikan solat waktu-waktu premier. Poisikan diri di mata Allah. Allah tak minta banyak.. Cuma yakin dan beri pengharapan sepenuh hati jee" [June 21, 2013. 6.52pm]

Sememangnya semua yang kulihat ialah kualiti, tak pernah kuantiti.
Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk laksanakan segala amanah dalam kehidupan dunia yg serba singkat ini. Ameen!

Tuesday, 2 July 2013

Rant on recent temperament

Due to my personality, choices I have are only limited to those few paths that I am willing to take/'risk'.

Depression. This is exactly what syaitan wants from us. When you can't offer even the simplest thing like smiling to the face of your sisters, what more is there?

Lately I found myself relating to many posts like these (sorry, ni bukan tumuhat) ;





You must have the health, the overflowing energy to share with others.
To be able to give more for this dakwah.
And you know that fatigue effects your mood & concentration so badly.

Positive thoughts attract.
Sometimes, the simplest solution solve the most complicated problems.

Wish to experience more of the like of yesterday's iftar & mtg SAMPEL.
I want my presence to be solutions to problems, not another problem added.

Monday, 1 July 2013

Kacau je murabbi tu! :)

Saya percaya hubungan murabbi dengan mutarabbi ialah satu hubungan komunikasi dua hala. Tidak boleh murabbi sahaja yang sibuk mengejar anak usrah, atau anak usrah sahaja yang terkebil-kebil mencari murabbinya saban masa.

Kadang kita dengar, mutarabbi mengadu tidak cukup perhatian dan kasih sayang dari murabbi. Kadang sang murabbi bukan hanya bawa usrah kita, malah juga beberapa usrah lain ditambah pula dengan banyak tanggungjawab dakwah dan duniawi yang lain yang mesti dipenuhi. Maka dalam hal ini, kita perlu ingat bahawa murabbi itu juga manusia. Kerjanya bukan hanya mengejar kita dan mengambil tahu tentang kita semata-mata. Sebaliknya, amat ramai lagi yang memerlukan sentuhan dan juga perhatiannya. Ada masanya pula, dia perlukan ruang untuk dirinya juga. Pada waktu-waktu seperti ini, mungkin kita boleh ringankan tugasnya dengan meng-update sendiri apa yang berlaku pada kita yg penting untuk diketahui murabbi tanpa perlu dia sendiri bertanya.

Satu perkara yang saya dpt sepanjang bertukar beberapa orang naqibah sudah ini, ialah kepentingan memainkan peranan pro-aktif dalam memastikan pentarbiyahan diri sendiri itu berlaku. Jangan hanya harap murabbi datang mencari, tapi kalau dia tidak sempat, kita sendirilah yang cari murabbi. Bukankah yang menadah itu seharusnya mencari sumber yang ingin ditadahnya?

Saya amat percaya pada satu perkara, bahawa lebih banyak kita 'menempel' dengan murabbi kita, lebih banyak perkara kita akan dapat belajar darinya. Kita sedar bahawa kefahaman kita belum cukup, kadang masih perlukan banyak bimbingan dalam amal-amal dakwah. Justeru, mengapa tidak kita 'menuntut'nya dari murabbi kita? Pergi menyibuk selalu dengannya. Ajak makan, ajak sembang, tidur di biliknya. Bila kita contact murabbi selalu, itu satu petanda kita memberitahu secara tidak rasmi bahawa kita masih perlukan bimbingan darinya.

Alhamdulillah, pengalaman selalu menyibuk mencari murabbi sendiri, ternyata membuka gudang ilmu dan kefahaman yang luas. Pernah beberapa kali selepas berborak saya bertanya kepada bekas murabbi "Kenapa akak tak pernah bagitahu pun ana benda ni?" terutama bila menyedari betapa bermaknanya teori dakwah yang baru disebutnya. Tapi akhirnya sendiri sedar yang banyak sangat perkara yang murabbi kita fikirkan, kadang dia sendiri terlupa untuk mention perkara tersebut sehinggalah topik perbincangan kita menyentuh tentangnya.

Sebenarnya di sini saya cuma ingin tekankan tentang kepentingan memastikan diri ditarbiyah. Bukan hanya tunggu murabbi datang, tadah, dan komplen bila tak cukup. Saya ingin kita sama-sama faham bahawa kita tak boleh salahkan murabbi semata bila tak cukup perhatian, kalau kita sendiri pun tidak berusaha mendapatkan perhatian dan bantuannya. Walaupun memanglah sudah tanggungjawab seorang murabbi itu mencari kita, tetapi kita perlulah berusaha juga untuk membantu beliau menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sebenarnya post ini sudah lama ingin dikarang, cuma idea sahaja yang tak keluar. Tapi tadi selepas menelefon bekas murabbi (yang jauh di mata dekat di hati), dan terpukul dengan beberapa pesanannya, barulah terfikir semula kepentingan post ini dikeluarkan. Alhamdulillah murabbi saya amat faham dengan diri saya, dan apa yang saya perlukan. Tadi beliau bercakap tentang facebook.

"Biar bila kita mati, orang baca faecbook kita dan terkesan dengan tazkirah-tazkirah yang kita tulis" -Menyebabkan saya kembali muhasabah content wall saya.
 "Memanglah kadang kita suka layan perasaan dan luahkan pada page kita. Tapi kita kena sesuaikan diri kita dengan audien yang ada dalam profile kita. Kita sendiri tahu siapa yang kita approve. Kalau ada antaranya ikhwah, jaga kata-kata supaya ia tak menyebabkan mereka terdetik apa-apa tentang diri kita. Kita tak mahu jadi fitnah atau bertakhta di hati mana-mana ikhwah. Amat menyedihkan kalau seseorang ikhwah tu dihinggap penyakit hati, melemah dalam gerak kerja dakwahnya. Bila diperiksa, rupanya disebabkan seorang ukht dan ukht tu ialah kita. Sedih tak?"

Jazakillah kak, atas nasihatnya. Secara peribadi, saya sendiri memang akan merespon semua 'kacauan' akhawat samada dalam wall atau di mana-mana. Ini kerana saya pernah beranggapan bahawa merespon itu 'courtesy' dan tidak merespon iu 'rude'. Dan saya sendiri suka mengacau akhawat dalam bentuk post mahupun comment. Terkadang memang tak sedar bahawa gurauan-gurauan kita sedikit terlebih di situ.Astaghfirullah. Moga diampunkan Allah.

Lihat kepentingan teguran dari murabbi, yang mengenal sendiri peribadi kita, dan mengetahui keperluan kita. Alhamdulillah atas nikmat ini. Ya Rabb, berkati murabbiyatku selalu!

Sunday, 30 June 2013

relax, rehat

Kalau duduk di kerusi, sangat suka menyandar ke belakang. Bila dapat bersandar rasa relaxed, tak mahu stress2. Bersandar itu pun satu nikmat rupanya. Terima kasih Allah!


Lately, kena belajar untuk tak rasa terlalu relaxed lagi.
Kena belajar untuk undo segala negativity dlm diri.
Kena berlatih hadapi kesukaran utk kadar yg lebih.

Bila fikirkan jannah dan makanan-makanan di dalamnya, berbaloi kiranya korbankan sikit kerehatan. Sebab erti hidup pada mu'min ialah perjuangan. Lagipun bkn lama sangat kita hidup atas dunia. Bertahan sekejap saja ya.. :)

Surah ke-23 ^_^

Btw pagi ni terbaca quote Dr.Tariq Ramadan yang sgt refreshing:
"One must smile to life for life is so sad. One must smile with a smile that dresses the wounds and beautifies life. Smile..."

Tak mahu ditarik nikmat senyum redha.
Usahakanlah.

and no,
I have not forgotten my dreams.
So bismillah... :)

Sunday, 26 May 2013

ceritera kanak-kanak

Beberapa minggu lepas, disebabkan kering idea utk tidurkan adik2 di rumah, bed-time story mrk akhirnya berputar sekitar sejarah zaman pendudukan jepun seperti yg dipelajari masa tingkatan 3. Antaranya, ada mention tentang Leftenan Adnan sikit. Memang lepas dah habis cerita tu, rasa macam.. kenapalah aku cerita pasal zaman jepun pulak? budak-budak ni faham ke benda2 sejarah? mcm no point je.

Petang tadi.
In a completely different scenario - masa tengah makan dgn jund (baca: adik lelaki kecil) dua orang tu, saja nak borak. Spontan tertanya soalan ni: "Uthman bercita-cita nak jadi apa?"

Serentak dua jund tu menjerit: "Uthman nak jadi Leftenan Adnan!"
Tergamam kejap. Berhenti menyuap. Eh. Macam ni ke kesannya?
Padahal aku sendiri pun dah lupa tentang cerita Leftenan Adnan tu.
Besar rupanya kesan cerita2 aku, sampai terbawa-bawa ke dunia nyata.

Aku cakap, "Baik Uthman bercita-cita jadi macam Uthman bin Affan"
To which dia jawab " Macam tu baik jadi (macam) Rasulullah".
Aku diam.

Pengajaran;
-Wajib untuk kita memperkenalkan Nabi s.a.w. kepada ahli keluarga. Biar mereka excited, ternanti-nanti nak tengok dan jumpa baginda secara 'live'.
-Ceritakan kisah hero-hero kita orang mu'min & orang kafir dan biar mereka buat pilihan siapa yg mereka nak contohi. Secara fitrahnya, adik2 ni kalau kita tanya nak ikut siapa, confirm akan jawab: nak jadi macam orang baik.
-Method penceritaan untuk kanak2 ialah satu method penyampaian mesej yg sgt berkesan. Bandingkan kalau kita nasihat, belum tentu mrk nak dgr. Tapi kalau kita nak bercerita, tentu mrk tak akan tolak. Semua orang enjoy mendengar cerita2 apa pun ia. Makes me think, patutlah uslub penceritaan sgt byk dlm Qur'an. Santai, sarat makna dan penuh dgn mesej-mesej kebaikan.

May Allah protect our children.

Saturday, 25 May 2013

exam fever

Time for reflection.
mencari dalil2 yg perlu diingat utk subjek khitob isnin nanti,
terjumpa ayat2 ini dari surah Al-Haqqah (kredit: qurany.net);


-Maka sang hamba yang gembira denga 'result exam'nya itupun akan menunjukkan-nunjukkan kitab amalnya dengan penuh bangga dan wajah berseri-seri tanpa sebarang galau mahupun ketakutan. Boleh bayang tak? Seraya dia pun berkata:"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)"

-Sebijik macam kita dan exam. Bukan kita tak tahu dan tak yakin bahawa exam akan tiba. Tapi kadang kita masih bermain-main. eh.

Moga hari keputusan EXAM keluar di dunia dan di akhirat itu, kita menjadi spt sang hamba yang satu ini. Ameen.