Friday, 23 August 2013

selepas sekian lama....refleksi...

Dakwah ini adalah cinta.
Dan cinta akan menuntut segala2nya drpd kita.

Akhir-akhir, aku merasakan ini. 
Rasa bahawa aku bertanggungjawab ke atas diriku, dan ke atas dakwah ini.
Kesedaran bahawa aku mempunyai pilihan untuk merobohkan, atau membinanya; mencalonkan diriku utk memikulnya, atau menarik diri.

Rasa bahawa ini ialah lifetime opportunity, untuk menebus diri dengan syurga. 
Peluang berjual-beli dengan Yang Paling Agung, yang tak ada selainnya.

Akhir-akhir ini juga, aku merasa ketakutan. Takut  amal-amal tak diterima. Hangus, padahal kita mengira telah melakukan kebaikan.

Akhir-akhir, aku merasa gusar. Takut diserang futur/rasa malas untuk berjuang. Sedang kemalasan ialah suatu penyakit yang tiada ubat, kecuali dengan bermujahadah ke atasnya. Takutkan ujian bertambahnya tanggungjawab, menjadikan aku perasan bahawa akulah orang yang paling sibuk, dan merasa bagus, merasa sudah melakukan sesuatu sedangkan di sisi Allah, tiadalah aku apa pun jua. Nauzubillah.

Allah, sungguh aku belum melakukan apa-apa untuk dakwah ini. Sungguh kebernaranku belum terbukti.
Aku berlindung kepadaMu daripada segala macam kekacauan luar dan dalam, terhadap amalku, hidupku dan juga kesudahanku.

-Terasa doa ma'thurat Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan.. sangat bermakna.
Doaku mudah-mudahan sentiasa istiqamah dalam mempersiapkan diri, memperbaiki diri, dan meraih kebenaran di sisi Allah. Peliharalah diriku ya Robbi. Ameen.

No comments:

Post a Comment