Friday, 27 January 2012

Saya Tak Suka Mukhayyam: Suatu Pengakuan :D

Sesungguhnya saya banyak berhutang dengan jalan da'wah dan tarbiyyah. BANYAK. sangat BANYAK berhutang. Dari Liqa' Thaqafiy, Daurah, Katibah, Tamrin, Mabit, sampailah Mukhayyam. ya, MUKHAYYAM :D Siapa suka mukhayyam? Orang-orang yang berjiwa lasak pastinya! Tapi dengan nature yang memang dari kecil tak suka keluar rumah, dan dengan mind-set yang sudah sekian lama menganggap area Gombak sebagai playground dan territory saya, untuk keluar ke sebuah kawasan yang berhutan, berbatu dan jauh dari orang itu memang suatu perjuangan untuk saya! Malah untuk mukhayyam baru-baru ini (YOQ '12), saya sudah pun bersiap sedia dengan tulisan kata-kata motivasi yang dilipat kecil-kecil dan disimpan dalam beg. Khas untuk dibuka dan dibaca satu-persatu in case saya down bila-bila -Kalau orang yang suka mukhayyam mesti geli hati bila fikir sampai ke tahap ini saya kena buat untuk memotivasikan diri, heh. (tapi alhamdulillah, kali ini, amazingly, tak sempat down. Hamdan lillah, thummalhamdulillah! :) Credits to akhawat penyeria suasana dan penceria taman hati ^_^

Semua ahli tarbiyyah ada ceritanya dengan mukhayyam. 
Ini cerita saya.

Dari zaman sekolah lagi, saya memang bukanlah seorang kaki mukhayyam. Mungkin kalau saya tak bersekolah di sebuah sekolah MUSLEH, dan tak mengikuti tarbiyyah di IPT, saya tak akan perlu menjejak hutan walau sekali pun dalam hidup saya. Dan saya tak akan kenal apa itu erti letih dan penat dalam keadaan berbau tanah tetapi tetap tersenyum hanya kerana melihat akhawat dan bersama-sama dengan mereka di tengah hutan belantara. Iyalah. Kita kan ada rumah masing-masing. Kenapa tiba-tiba ada sekumpulan manusia mahu duduk berkumpul dalam sebuah hutan dan bersusah payah buat aktiviti-aktiviti lasak? Untuk apa? Jawapannya anda akan tahu sekiranya anda berada bersama kami dalam detik-detik seperti itu! ;)

Apa-apa pun, menariknya bila diimbas kembali, dalam keadaan yang cukup-cukup tak gemar mukhayyam, belum pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya tak dapat untuk tak pergi. Pendek kata, dalam keadaan tak faham dan tak suka itu, Allah masih balik-balik pilih saya untuk hadiri semua siri mukhayyam yang ada. Atau dalam erti kata lain, 'asyik-asyik saya juga yang 'terpilih' untuk pergi :p Sentiasa.. Berulang kali.. Tanpa henti..

RUPA-RUPANYA mukhayyam-mukhayyam ini datang menziarahi secara berkala untuk mengajar saya. Kesemuanya memainkan peranan yang amat besar dalam sejarah hidup diri sebagai seorang da'iyah. Buktinya, bila diselongkar semula blog lama, tak pernah ada 1 pun mukhayyam yang saya lalui, yang saya miss untuk buat review atau perkongsian di dalam blog. Dan bila dibaca semula segalanya, tak pernah ada walau satu pun mukhayyam yang saya pergi, yang saya rasa tak berbaloi, atau yang saya sesali. Maka antara hikmah besar Allah 'menyuruh' saya bermukhayyam yang saya nampak ialah: untuk mempelajari + mencerna perkara-perkara/'ibrah yang TAKKAN saya dapat di luar, kecuali di dalam mukhayyam. Juga untuk mematangkan diri.

Sekiranya boleh dibuat analogi, saya akan umpamakan mukhayyam ini seperti 1 latihan yang betul-betul 'pekat' dan intensif dalam masa beberapa hari. Ia mengajarkan kita ikhlas, redha, dan usaha memandang hikmah dalam segenap perkara secara instant. WOW.

Demikianlah sejarah ringkas hidup saya dengan mukhayyam. Tak perlulah dipanjangkan lagi. Cukup untuk ditekankan bahawa pokoknya, saya ini memang asalnya tak suka mukhayyam (dah berapa kali dah ulang dalam uslub yang berbeza agaknya?). Jadi saya amat, amat memahami perasaan sesiapa jua yang tak minat bermukhayyam. Tetapi di atas jalan ini, saya ditarbiyyah untuk merelakan jiwa ditarbiyyah, walaupun menerusi medium seperti mukhayyam *sobs, heh:D Benarlah, tarbiyyah itu sebenarnya MAMPU untuk merubah kita insyaAllah. Dan sekiranya tak mampu pun, ia akan dimampukan dengan sokongan sistem, naqibah, dan akhawat di sekeliling.. Apa yang penting ialah untuk kita sentiasa bersedia dalam merelakan diri-diri kita dimasukkan ke dalam acuan tarbiyyah, untuk akur dengan arahan naqibah, serta percaya dan thiqah dengan perancangan naqibah/jemaah ke atas diri kita. Percayalah, naqibah kita takkan suruh kita masuk hutan semata-mata untuk buat hidup kita susah. Pasti ada sebab dan 'ibrah! -banyak lagi kerja naqibah boleh buat selain hantar kita ke mukhayyam kalau tujuannya just utk buat kita sengsara. dan para AJK pun takkan bersusah-payah anjur mukhayyam kalau bukan krn ada tujuannya yg mulia :)

Makanya, nasihat saya untuk mereka-mereka yang tak suka bermukhayyam: Cubalah dulu! Anda rugi kalau dianugerahkan tenaga dan kekuatan tetapi sepanjang usia muda tak pernah berpeluang untuk masuk jauh ke dalam hutan + melihat sendiri indahnya ciptaan Tuhan yang tak terlihat oleh orang-orang di luar sana. Dan ternyata air terjun yang super best itu hanya ada jauh di dalam 'the woods' ;)


Kesimpulan: Memanglah mukhayyam ini seronok untuk orang-orang yang berjiwa lasak. Tapi dari YOQ baru-baru ni, ada phrase baru yang saya dapat: Mukhayyam bukan hanya untuk orang-orang yang berjiwa lasak, tetapi ia juga adalah untuk orang-orang yang berjiwa tabah! ^_^

 erti mukhayyam padaku ialah suatu transformasi diri.
usaha melihat dunia bukan hanya dalam 1 tona warna/1 nada semata.

*Kali ni review tak spesifik utk YOQ '12. Mungkin blh buat untuk next entry kalau diberi masa & kesempatan, insyaAllah :) tp untuk dapatkan gambaran ringkas ttg YOQ baru ni, blh rujuk tulisan salah seorang peserta di sini :)
**Maaf tak ada gambar mukhayyam utk dikongsikan. lately mengambil gambar bukan lagi passion saya. entah kenapa + yang keduanya, saya diuji dengan kehilangan kamera merah kesayangan. Maka gambar-gambar dalam tu pun ikut sama pergi. Tak apalah, mungkin Allah nak hadiahkan saya kamera baru, siapa tahu.*winking to akhawat ;p

Special note: See you all in the next mukhayyam insyaAllah! ^_^

Monday, 2 January 2012

don't be scared

Selalu cakap takut utk hadapi hari-hari yang mendatang. Entah apa yang akan berlaku - Apa lagi cabaran dan dugaan yang mesti ditempuhi, dan apa lagi persoalan yang bakal terungkai dalam pelbagai bentuk jawapan yang tak mampu dijangka dek akal fikiran. Alhamdulillah terjumpa jawapan dalam artikel ini:

"Saat Allah memberi ruang untuk dia seorang. Berseorangan lebih lama. Hanya dia dan Allah. Ada ruang untuk muhasabah dirinya. Ada ruang untuk berfikir. Benarkah kamu cinta. Sekarang, dia masih mampu tersenyum. Itu bermakna dia mampu! Tersenyum setelah dia melepasi semua itu. Sampai saatnya dia sudah merasa itu bukan kesusahan baginya.

Tapi, hakikatnya penapisan itu akan terus berlaku. Dia tidak tahu apa yang menanti di hadapan. Tapi kan Allah sudah berjanji; tentang sedih dan takut:

“Kemudian jika benar- benar datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjuk- Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati“-(Al-Baqarah: 38)

Subhanallah, sebagaimana huraian yang pernah didengari sebelum ini, melihat kepada bahasanya, perkataan ‘khauf’ dalam bentuk kata nama manakala “yahzanuun” dlm bentuk kata kerja. Kata nama menunjukkan khauf itu perasaan yang permanent. Manusia akan selalu takut pada ketidakpastian masa akan datang. Tapi Allah menjanjikan ke atas orang yang mengikuti petunjuk-Nya, ketakutan itu bukanlah seperti ketakutan golongan yang sebaliknya."

If Allah is with you, then why should you be scared.. :)