Tuesday, 27 June 2023

Ukhti, aku ini...


Ukhti,
Aku ini orang jauh.
Aku ini tidak di sisimu.
Tapi aku selalu melihatmu.
Mendoakan, walau jarang kita bersua.

Ukhti,
teruslah berjalan,
teruslah berdiri.
jauh di sini,
ku tahu
gerakmu pasti.

Ukhti,
sungguh
aku merasaimu,
terutama pabila direnggut pilu
kerana ternyata
ruh kita menyatu.

Ukhti,
aku merindui
himmahmu
nasihatmu.
Namun kau jauh,
hanya gerakmu bisa ku rasa.

Ukhti,
semoga mimpimu
citamu
menjadi realiti
kerana kamu
satu dari rantaian itu

*Draf 3/11/2014 jam 3:55pm yang ditemui semula, dan baru dimuat-naik hari ini

No comments:

Post a Comment