"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang berTAQWA (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai; sentiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang berTAQWA" (Al-Ra'd 13:35)
EID MUBARAK 1432H!
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.
Maaf segala salah & silap.
Memasuki Syawal bererti kita kena lebih giat melaksanakan amal kebaikan, sebab:
-Dah bebas musuh utama yang licik & pandai (syaitan)
-Dah tamat tawaran pahala berganda-ganda terlampau banyak yang didapati dalam bulan Ramadhan.
Pesanan penaja:
- Balik kampung + berziarah dengan misi merapatkan silaturrahim & dengan niat yg ikhlas
- Gunakan kesempatan masa yang ada untuk bersama adik-beradik & ahli keluarga
- Pilih rancangan TV yang baik berbanding movie-movie cerita hantu/cinta. Alhamdulillah di Malaysia kita ada TV Al-Hijrah & Astro Oasis utk pilihan yang lebih islamik (semalam siap ada siaran ucapan hari raya khas dari Masjidil Haram, tp tak ingat TV apa)
- Teruskan legasi amal-amal yang telah susah payah kita usahakan di bulan Ramadhan. Kalau amal-amal pd bulan tersebut boleh kita ibaratkan sebagai syarikat induk, pastikan masuk bulan baru ni 'branch' atau cawangan-cawangan (anak syarikat) dah mula tumbuh untuk menjana lebih byk lg keuntungan utk kita.
- Banyakkan zikrullah. Sentiasalah ingat yg tujuan penciptaan kita bukannya utk hepi/syok/seronok2 sendiri semata tp adalah untuk beribadah kpd Allah juga (mcm pesanan ISK pulak:)
- Sebahagian dari duit raya bolehlah masuk tabung Palestin/saudara-saudara yang kurang berkemampuan.
- Buat review Ramadhan - jurnal ringkas sebagai overview bg memberi gambaran bagaimana kondisi Ramadhan kita yg sudah lepas. Antara lainnya, jurnal ini boleh bantu kita untuk kenal-pasti apa kekurangan dan kekuatan Ramadhan kita kali ni, untuk manfaat memperbaiki kualiti bila Ramadhan tahun depan menjengah insyallah. Antara perkara yang boleh diletakkan dlm jurnal: Bagaimanakah saya menyambut kedatangan Ramadan? Bagaimanakah saya mengakhirinya? Secara umumnya, bagaimanakah keadaan saya dalam menghidupkan 10 fasa pertama Ramadhan? 10 fasa kedua? 10 fasa ketiga? Jika diberi peluang mengulang Ramadhan tahun ini sekali lagi, apakah yang ingin saya lakukan? dll.
'Ala kulli haal, Semoga Aidilfitri kali ini kita raikan dengan cemerlang :)
Akhir kata, dikongsikan sedutan sms yang diterima yg dirasa sgt bermakna:
"...May a victorious Eid heals your sadness of leaving Ramadhan..." :)