Thursday, 2 May 2024

Misc Notes (Tarbiyah) v1

I decided to digitize my prev. notes here, whilst combing through the recently opened box from my undergraduate years. Moga menjadi peringatan untukku sehingga hari tua. 

DnT mengajar kita terlalu banyak pengalaman berharga. Walau 1 ayat & 1 momen yang boleh meningkatkan cinta dan iman kita adalah sangat berharga. Saksikanlah bagaimana ia membentuk kita. Sabda Nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka akan diberi kefahaman agama kepadanya" (yufaqqih-hu fiddin). Hidayah adalah sesuatu yang perlu kita usahakan setiap hari. Day in and day out. Risaukan kesejahteraan agama kita satu keperluan seperti risaunya Hanzalah r.a. akan nifaq. Perubahan ke arah kebaikan serta pembaikan diri hari demi hari ialah satu kewajipan kita ke atas diri sendiri.

Tujuan Tarbiyah ialah membina jiwa kita dengan iman, minda kita dengan ilmu, dan jasad serta perilaku kita dengan amal. Ia juga bertujuan membina diri kita sebagai peribadi yang seimbang dan syumul. Kejayaan sebenar Tarbiyah ialah Tarbiyah Dzatiyah; yakni beramalnya kita apabila kita bersendirian & pulang ke rumah masing-masing. Ia tidak akan berlaku jika kita tidak menambah kewajipan ke atas diri kita sendiri. Tarbiyah & istiqamah akan dapat merubah diri kita secara kekal, insyaAllah.

Usaha islah perlukan tahapan dan peringkat-peringkat. Bermula dari dalam diri kita, kemudian kita tegakkan Islam di sekeliling kita. 

Ukhuwwah ialah العلاقة القلبية والأخوية (hubungan hati dan persaudaraan). Birds of the same feather, flock together (wagon effect, conformism). Kita akan menjadi seperti orang-orang di sekeliling kita. Qudwah dan pengaruh serta 'tekanan' dari orang sekeliling yang soleh adalah 1 keperluan, kerana kita adalah makhluk yang sering lupa - Lupa mensyukuri nikmat Tuhan, lupa untuk menjaga amal, bahkan lupa akan diri kita sendiri.

*Hati yang hidup, akan dapat menghidupkan hati yang mati. Bahkan seekor anjing beroleh manfaat daripada bertemannya ia dengan Ashabul Kahf. Tundukkan isi hatimu, nescaya Allah akan menundukkan seluruh alam ini untuk kamu. 

*Agama dari langit akan tetap utuh dengan pengikutnya yang teguh. Manusia mempunyai kekuatan untuk menggalas amanah agama ini. Gunakan potensi diri ke arah yang diredhai. Yang memindahkan singgahsana Ratu Balqis menggunakan hanya sedikit dari potensi yang dipinjamkanNya.  

*Seorang yang soleh ialah orang yang sentiasa memberi nasihat & pencerahan dengan akhlaknya; orang yang tahu tanggungjawab kepada Allah, berusaha mentaatiNya, malu apabila bermaksiat. Bertaubat dan kembali ke jalan yang benar apabila tersilap langkah. Setiap manusia ada kemampuan untuk menjadi dan mencontohi orang-orang yang soleh. Setiap amalan yang kita lakukan, ada tujuannya. Puasa bukan hanya mendidik perut, tetapi juga mendidik jiwa. Awalnya mungkin mujahadah, namun keterbiasaan akan menjadikan diri kita dapat menerima. Sediakan diri kita untuk ditarbiah dari semua segi kerana dunia ini ujian, tempat perbekalan yang sementara, dan tempat melaksanakan peranan/tujuan kita diciptakan. Tidak hidup kita pada zaman ini, melainkan kita boleh menymbang sesuatu kepada Islam pada ketika ini.

*Semakin lama ditarbiah, seharusnya kita semakan sensitif terhadap hubungan dengan Allah, semakin meningkat tawakkal, redha dan kesabaran kita, semakin meningkat juga kecintaan kita kepada jalan ini

*Iblis tidak pernah berputus asa merancang dan istiqamah dalam fokusnya menyesatkan anak Adam. Ia menanam benih kemusnahan setiap hari dan mencari-cari ruang untuk bertindakan. Ia menyusun tentera-tenteranya. Melawannya memerlukan kepada kesedaran (consciousness), kemahuan, usaha yang berterusan dan semangat juang yang tak berbelah bagi. Hatta Nabi s.a.w. & para sahabat sentiasa bermujahadah. Janganlah kita tewas dalam ujian ini. Kukuhkan benteng keimanan kerana hati orang yang beriman sukar ditembusi. Pohon yang berpasak teguh dengan akar yang menjulang akan sukar untuk digoyangkan.

*Amanah membawa risalah ialah amanah yang berat. Ia telah ditawarkan kepada gunung-ganang, namun ditolaknya. Manusia yang sanggup menjadi pembantu agama Allah akan mencapai kemuliaan yang sebenar. Mereka yang terjun ke medan perjuangan, akan mendapat yang dijanjikan. Mulianya mereka yang terpilih menjadi para pejuangNya. Jadilah kita manusia yang meyakini janjiNya, ada misi dan tak akan berhenti. Pilihlah untuk berusaha dan berjuang, melepas diri dari agenda iblis. Jangan mengalah kerana kita perlukan Allah. Dialah yang memberi kita hidup, dan perjuangan yang berbaloi adalah semata-mata untukNya. Paling kurang kita mati dalam usaha, bukan ketakutan dan putus asa. 

 *Kegembiraan sebenar ialah mendapat pertolongan Allah (Apabila Allah bantu, kemenangan adalah pasti), diampunkan dosa, dan dimasukkan ke syurga.

*Agama langit yang didalami, menghasilkan manusia-manusia yang ajaib. Apa pun samada "baik" mahupun "buruk" yang berlaku adalah kebaikan untuk mereka -

*Sekuat mana pun seseorang itu, dia akan letih. Namun selagi mana bersama kafilah dakwah, dia ada penyokong, pembantu dan mereka boleh saling take turn. Yang penting mereka tetap selamat bersama dan akan berusaha menyampaikan seluruh ahli kafilah ke destinasi akhir - *16/12/12, nota usrah bersama k.SAA.

To my friends... Talk about miles and we are so further apart, but talk about the heart and we are ever close together. I hope we are standing next to each other under the shade of Allah's throne in the day of judgement. You meant a lot to me and you support and du'as made me happy. May Allah be pleased with our enjoined efforts, our 'amal jama'ie. We took care and looked out for each other in the temporal world, and thus He extended this meaningful friendship into an eternal bliss so that we may celebrate until we are pleased.

One who doesn't work, simply doesn't earn. Segala masa dan jerit payah yang kita laburkan, adalah lebih baik berbanding kita merugikannya pada perkara-perkara lain, apatah lagi jika rugi di akhirat kelak. Tetaplah berjuang kerana di sana ada tempat kembali yang mulia. Redhalah dan bergembiralah kerana kita akan bertemu Allah.

Moga permulaannya kerja keras yang diberkati, pertengahannya istiqamah & penghujungnya kejayaan & syurga yang dijanjikan. 

You may think you were living through hell in this world, but in the hereafter, you might think the experience was nothing short than 5 star. Begitulah misterinya kehidupan dunia. 

Sudahkah kita memberi hak kepada jasad, akal dan ruh kita? 

Hidup di dunia umpama seorang musafir yang singgah di bawah sebatang pohon. Tempatnya selesa, namun dia takkan lama di sana. Rancang perjalanan - apa yang perlu dibawa. كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل. Kita boleh nikmati rumah yang besar dan selesa, namun jangan lupa tujuan kita di sini.