Di tempat kerja saya ada seorang Lecturer merangkap Editor.
Dia sangat berbeza daripada editor-editor lain yang pernah saya lihat.
Pertama kali jumpa, sudah terasa kebaikannya. Walaupun sekadar bersalaman.
Sangat tertib orangnya. Sangat sopan. Lembut dan berhemah. Tak banyak cakap tapi sentiasa tersenyum.
First impression saya:
Someone very pleasant to be around, someone that makes things easy and light for everyone.
Peribadinya mengingatkan saya kepada serangkap lirik dalam nasyid Talib Al-Habib ini:
Shine your mercy like the sun
and be gracious as the earth.
Let your kindness come like rains
that cares not whom it falls upon
...yang penting boleh buat kebaikan.
Macam angin yang menyapa. Macam rumput yang melata.
Dan semalam saya terima 1 emel daripada beliau semasa menyelesaikan urusan bersama. Habis membaca isi emel, mata saya terus terpaku pada sepotong hadith yang dijadikan signature di hujungnya:
“أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس”
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya".
And need not say much then. Everything just makes sense.
When you find pleasure in helping others, dan dalam mempermudahkan urusan-urusan mereka. Bila kita aim untuk menjadi manusia yang bermakna kepada yang lain, yang memberikan manfaat kepada semua. There you get it - Kind words, and a warm smile that greets everyone. Bukan sukar pun. Cuma perlukan hati yang lapang dan bersih.Ini membawa saya kepada poin kedua dalam perkongsian ini;
That it is possible each one of us to be:
Yang paling solehah.
Yang paling bersyukur.
Yang paling penyayang.
Yang paling pemurah.
Yang paling sabar.
yang kita boleh.
Sungguh, potensi diri kita tidak terbatas.
Seperti mana it is also very possible to be:
Yang kurang bersyukur.
Yang kecil hatinya.
Yang berkira.
Yang susah nak sabar.
Pembezanya ialah which attitude yang kita pilih untuk diri kita.
Pilihlah yang tinggi, yang kemilau dan yang disukai Allah itu.
Orang akan menilai diri kita dengan akhlak, berbanding dengan kata-kata.
Dan kata cg Hasnah, akhlak itu ialah sesuatu yg tidak boleh dibuat-buat.
Macam mana pun kita cuba sembunyikan/cover, tetap akan terkantoi jua.
Sebab akhlak ialah part of diri kita. Apa yang terkandung dalam diri kita.
Pendek kata, akhlak ialah kita.
Umpamanya:
Sabar, sabar. Dalam tazkirah memang senang.
Tapi dalam dunia nyata? Allah.
Good news though,
Bukankah kita diciptakan drpd tanah liat.
Dan tanah liat itu sifatnya boleh dibentuk.
Maka sesuatu akhlak itu juga boleh ditrain. Tadrib. Dan suatu habit itu boleh ditanam. Cuma perlu cuba amalkan habit tersebut dalam masa 21-30 hari secara berterusan. Dalam istiqamah ada keberkatan. Cubalah mulakan dengan beberapa goal yang kita rasa nak capai, tampalkan sebagai contoh:
Saya akan berbaik sangka dengan semua orang.
Saya tak akan mengeluh.
Saya akan berfikiran positif.
Cubalah.
Kata Dr. Tareq Suwaidan, "you may not be able to control your feelings, but you can control your behavior".
And even habits that die hard, may change.
Allah Al-Muqallib. Allah Al-Musta'an.