"List down everything you have and if you could still tell me that you have
nothing at all for this deen, dare it"
Minggu ini, seminggu yang padat dengan program & pengajaran2 berharga.
Alhamdulillah untuk segalanya.
Masa daurah semalam, sempat borak-borak dengan Asma'.
"Banyak betul masalah umat Islam. Bkn saja kena handle serangan org kafir, tetapi dalam masa sama kena juga merawat umat Islam sendiri yang bermacam-macam masalah (masalah atas masalah). Sebab tu berat sangat tugas/byk sgt tanggungjawab seorang da'ie" -Belum kira lagi, masalah si da'ie dengan dirinya sendiri. fuu~
Sebab itu kita sangat perlukan Allah. Kita perlu amal jama'ie. Kita perlu segalanya yang boleh membantu kita untuk terus tegak berdiri, demi deen ini.
Sabar.. Islah akan datang, tahap demi tahap. Rujuk: Maratib Amal |
Kita berada pada zaman ini, kita dianugerahkan pancaindera yang sempurna. Kita melihat segala kecelaruan yang sedang berlaku dalam dunia. Kita tidak menyaksikannya, untuk hal yang sia-sia. Sebaliknya, kita dihadirkan ke dunia, dengan tugas khas - Kita lah yang memilih samada mahu mendokong golongan yang hak, golongan yang batil, atau sekadar berdiri di atas pagar walaupun mampu beraksi. Kita tidak boleh berdalih pada Allah, bahawa kita tidak tahu/kita tidak berada di situ (baca: dunia), semasa ianya sedang rosak-binasa. Kita tidak boleh berkata, kita tidak punya apa-apa, hatta akal untuk berfikir: bagaimana untuk memperbaiki keadaan, kerana ianya merupakan suatu penipuan! Memetik kata-kata hikmah Arab, المَعَاذِرُ مَكَاذِب ; Ertinya "Excuses are lies"
Come.. Walk well, see well, think well, grow up and start serving :) |
*Islam membawa misi yang sangat besar - Rahmatan Lil 'Alamin. Tapi kalau tak ada pendokong? Sama juga.. idea ada super banyak. Tapi kalau tak ada penggerak?
Moga kita menjadi yang memudahkan laluan ke arah kembalinya Islam selaku ustaziatul 'alam -> Masih berkata kita tidak mampu? Kitalah sumber itu!
No comments:
Post a Comment