Monday, 11 February 2013

Jalan-jalan dengan Akhawat


Hari yang panjang dan memenatkan.
Sebelah pagi, pergi kenduri abang kpd Ruqayyah di Ampang. Berkereta dari Gombak dengan Nad, Nani, Afiqah, k.Sumayyah & k.Alang. Petang, singgah di ImanShoppe di Seri Kembangan. Sampai di rumah sekitar Asar. Penat. Memang penat. Tapi bersama akhawat, segalanya berbaloi.

p/s: I would recommend ImanShoppe kalau sesiapa nak beli buku-buku tarbawi. Best! :)

Antara perkara mahal yang diperoleh hari ini ialah.. Kefahaman bahawa di antara persediaan untuk menunaikan ibadah haji/umrah ialah muwasofat Qowiyyul Jismi. Bukan mudah untuk bersesak-sesak di tengah orang ramai, ditolak, dihimpit mahupun digasak oleh manusia satu dunia, yang besar-besar fizikalnya berbanding makhluk Asia yang serba-serbi kecil ini. Kalau berjalan utk sa'ie di antara Safa dan Marwa pula, jauhnya boleh sampai melecet kaki. Sebab itu ada orang yang tak tumpukan langsung pada perjalanan, sebaliknya membaca doa di sepanjang-panjang sa'ie sehinggalah tiba ke destinasi. k.Sumayyah cakap, ada golongan elit (pemimpin negara/anak2 raja) dari negara Arab barangkali, boleh berlari bersama-sama dengan guard mereka (dalam 1 barisan) dalam keadaan yang steady (baca: tanpa lelah/termengah-mengah) semasa bersa'ie. Smart. Kemudian teringat dengan cerita k.Najwa... katanya, Gua Hira' itu sangat tinggi. Dari atas, boleh nampak seluruh lembah Mekah. Tapi untuk naik ke gua itu, subhanallah perjalanan memang jauuuh lagi melelahkan. Begitu juga dengan Gua Thur - Terbayang betapa hebatnya Rasulullah s.a.w. yang pada usianya 40 tahun masih mampu mendaki keduanya dengan gagah. Ini sudah betul-betul Qowiy!


Berminat dengan baju ini? Boleh beli di sini


-Tambahan dari k.Sumayyah, semasa berumrah/menunaikan haji, sangat penting untuk kita hadirkan syu'ur sebagai tetamu Allah yang benar. Ada orang sibuk mengambil gambar di sana-sini, bukannya sibuk beribadah. Segala ibadah yang dilakukannya pula seakan hanya tinggal ritual, dibuat tanpa sedar mahupun penghayatan. Minta dijauhkan. Dan, rasa tawakkal kepada Allah tu sangat penting di mana-mana.

Bab Al-Quds, kutunggu kamu!

Sepanjang-panjang perjalanan hari ni, gambar ni je ada.
Cenderahati dari ImanShoppe. Dibeli dengan harga RM 4 :)

p/s: Hari ni ada 2 pasangan pengantin sebenarnya - 'Asim (abang Ruqayyah) dengan Tasneem & kak Ili Raihana dengan pasangannya (kenduri di Johor). Moga Allah berkati kedua-dua pasangan ini. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair! :)

No comments:

Post a Comment