Wednesday, 20 February 2013

rumitnya falsafi


Kita suka benda yang simple, benda gelak-gelak, benda main-main.
Terkadang, hatta perkara berkaitan ilmu pun kita boleh anggap boring. Astaghfirullah.

Sangat terasa.
Masuk minggu ke-3 semester baru. Tapi masih kekal de-motivated. Rasa macam sudah hilang passion untuk belajar. Sedangkan ini semester terakhir, peluang terakhir beraksi sebagai pelajar degree. Sudah sekian hari cuba koreksi, what has gone wrong.

Hari ini seharian cuba siapkan kerja rumah untuk 1 subjek yang sangat complicated. Perlu baca sebuah buku dan beberapa artikel untuk siapkannya. Sekerat jalan, rasa seperti sudah cannot go. Penat. Jemu membaca buku yang tidaklah tebal mana, tapi penuh dengan kata-kata berbentuk falsafah. Hingga yang cuba dicerna terasa payah. Terpaksa baca perenggan dan muka surat yang sama berulang-ulang kali dan akhirnya fed up, lalu berhenti dan pergi mengadu kepada abah.

"I don't like falsafah. I cannot understand them. Dah malas nak study."
Abah jawab senang je, "It doesn't matter whether you like it or not. People in the intellectual world use them in their discussions. You have to learn the technical terms, the jargons that they use in order to join them."
Balas saya, "Sheikh-sheikh ikhwan tak ada pun yang cakap dengan bahasa complicated. Semuanya simple, senang. Tak ada belit-belit. Mana ada kalam falsafi"
To which he replied, "Eh.. Kalau dalam majlis-majlis yang perlu gunakan terma-terma tertentu, mereka gunakan juga. Kalau bercakap dengan orang-orang intelek, mereka ada kemampuan untuk fahami dan fahamkan golongan itu dengan bahasa-bahasa yang setaraf yang mereka guna". Ok, profesionalisme. Dan bercakap sebagai ahli dalam bidang itu. Dan umi pun tambah, "Morsi pernah bercakap di NASA, tahu"

Ok. Nampaknya saya telah memandang rendah keperluan bahasa kompleks dan kefahaman asas dalam dunia intelek + falsafah hanya kerana saya cuba mengelak dengan kelemahan sendiri. Ya, saya sedar yang saya sebenarnya sedang dalam fasa 'denial'. Atau dalam erti kata lain, saya rasa hal-hal falsafah merendah-rendahkan kemampuan saya. Selama ini, banyak bahan pelajaran yang mampu saya fahami dengan baik. Maka falsafah, ialah satu laluan naik yang sukar, yang tak gemar saya tempuhi.

Realitinya, bukan begini seorang muslim patut bereaksi. Tak tahu 1,2 benda, sudah lemah. Mengalah. Sepatutnya, lagi tak tahu sesuatu, lagi interested untuk berbincang mengenainya, mendapatkan serba-sedikit idea berkenaannya. Dan bukannya lari, bukan.

*Lebih tinggi nak pergi, lebih kuatlah kena usaha.
Dan tidak, saya belum mampu suka falsafah tapi demi Allah, saya akan berusaha apa adanya. Masih rasa macam nak menangis dek kerana susahnya material yang perlu dihadam. Tapi Bismillah, jalanlah...



-Qur'an dan sunnah, mampu pergi jauh lagi, dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment