Selalunya, saya mendapat/mendengar taujihat/tazkirah dari 'kakak-kakak' atau golongan yang boleh dikategorikan sebagai senior. Pagi ini, alhamdulillah diberikan kesempatan dan rezeki mendengar taujih daripada usrahmate sendiri.. Peluang tersebut sebenarnya telah memberikan beberapa pengajaran yang berharga dan membuka mata.
Pertamanya, saya sangat kagum dengan ukhti tersebut. Apa yang dia katakan, menyentuh lubuk hati yang dalam. Dia berkongsi tentang bagaimana membawa halaqah/tips-tips yang penting dalam usaha membawa manusia ke jalan Allah.. dengar macam simple je kan, tapi Subhanallah.. perkongsiannya sangat bermanfaat dan praktikal.. Hinggakan sepanjang perjalanan balik ke rumah, saya tertanya-tanya bagaimana ukhti ini boleh mendapat 'insights' yang sedemikian. Ini akhirnya membawa saya mengimbau kembali amal dakwah ukhti ini sepanjang perkenalan saya dengan dia, dan sepanjang kami menjadi usrahmate..
...Semasa saya di ber-matrik UIA di Nilai, saya masih ingat mengenalinya buat pertama kali, lalu terus merasa 'klik' dan selesa. Saya selalu singgah ke biliknya yang di tingkat bawah, sebelum naik ke bilik sendiri. Macam ada magnet di situ. Walaupun kami tak seusrah, dan tak sekerja, tapi saya dapat rasakan, ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Dia kemudian menamatkan pengajian matrik setahun lebih awal dan berpindah ke main campus di Gombak.
Setahun selepas itu, apabila saya menyusul ke Gombak, alhamdulillah direzekikan pula untuk seusrah dengan ukhti ini. Saya melihat dia bekerja di dalam sebuah JK, dan dari situ tidak pernah berhenti-henti lagi. Terus melaju sehingga kini. Saya menyaksikan saat dia jatuh, terluka dan menangis.. Tetapi segala itu hanya menjadikan dia lebih berazam untuk teguh berdiri dan terus memberi.
Sebagai usrahmate, saya mengetahui pengorbanan-pengorbanan yang dia lakukan, dan saya akan menjadi saksi terhadap segala itu. Saya dapat merasai besarnya usaha sang ukhti, cuba menguatkan diri demi memberi qudwah pada adik-adik dan orang sekeliling - Bertahan dan, bermati-matian. Saya tahu dan saya saksikan bila mana adik-adik dan usrahmates sendiri merasa kuat dengan kekuatannya, sedangkan Allah tahu betapa lemah hatinya pada ketika dia menyalurkan seluruh tenaga dan semangatnya yang masih berbaki kepada orang-orang yang berharap. Dan di saat ramai memberi jutaan alasan masing-masing, dia masih ada menawarkan bantuan, walaupun dialah orang yang paling layak untuk memberi keuzuran. Melihat dia, saya selalu rasakan - everything is possible, dan boleh diusahakan.
Kini mengenangkan segala yang telah ukhti ini lalui.. Dengan segala pengorbanannya. Dengan banyaknya program-program yang telah dia lalui - semua inilah sebenarnya yang menyebabkan dia seperti apa yang kita lihat sekarang. Yang membantu dia bertahan. Yang memberikannya kelebihan dari sudut pengalaman, kematangan dan kemampuan memberi lebih lagi kepada orang-orang sekeliling, berbanding yang lain. Dia nafi'un linafsiha wa lighairiha - bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Ini membawa saya kepada kesimpulan yang kedua; Tak sama orang yang berjuang, dengan yang bermain-main. Tak sama orang yang berusaha menghadiri semua wasilah tarbiyah, dengan yang meninggalkannya. Tak sama orang yang berusaha membawa halaqah, dengan yang tidak. Tak sama orang-orang yang bermusafir, dengan yang menetap. Tak sama orang-orang yang bermukhayyam, dengan yang tinggal. Tak sama orang-orang yang berkorban, dengan yang langsung tak kehilangan. Tak sama orang-orang yang berjihad, dengan yang bersenang-lenang. Juga tak sama ukhti itu, dengan orang-orang lainnya - semuanya mendapat sesuatu, berdasarkan kadar apa mereka usahakan.
Dalam aspek usaha ini, tak ada siapa akan memaksa. Semua orang mendapat modal yang sama, dan peluang beramal yang sama. Semua orang juga mendapat tawaran perniagaan dari Allah. Pilihannya terpulanglah kepada diri masing-masing. Tetapi lebih banyak yang sanggup kita berikan untuk sesebuah pelaburan, maka lebih dahsyatlah pulangannya.
Akhirnya segala kerja-kerja yang kita buat ini,
manfaatnya akan kembali kepada kita jua - insyaAllah kita bakal merasa paling lega, pada hari yang paling kusut untuk sekalian semesta. Dan pada hari itu juga.. kita tidak akan menyalahkan siapa-siapa.
We are what we choose to be.
Dan saya, bercita-cita untuk menjadi seperti ukhti itu.
To grow strong for this ummah, and to stop crying =D
::: ~ *~ * ~ * ~ *~ :::
Dear ukht, you are a legend.
One of the strongest people I've ever known.
May Allah protect you now and always & may you continue to be inspiration to others.
Saturday, 2 March 2013
Friday, 22 February 2013
Tahun Akhir
Bila dah masuk 4th year (esp 4th yr 2nd sem ni), macam2 perubahan berlaku.
Pertamanya, rasa risau yang tak berkesudahan. Sebab sekian ramai teman seperjuangan dan seperjalanan yang qowiy2 sudah grad, dan tak ada lagi di uia. Perlu menjadi 'senior', yang boleh memastikan kesinambungan jalan ini berterusan, dan legasi yang 'kakak2' lain tinggalkan, tidak berakhir di sini. Moga2 mampu beri yang terbaik, dengan izin Allah. Doakan.
Keduanya, pastilah rasa lebih tua. Dalam kelas, semua orang panggil 'kak'. Jadi, kakak kena lah lebih ilmu dan lebih mujahadahnya - Moga menjadi motivasi untuk diri. p/s: Dan tidak. Saya tak berasa rugi berlama-lamaan di UIA. Sebab menuntut ilmu + pengalaman DnT, pada saya that is more than osem :)
Ketiganya, rasa lebih relax. Mungkin disebabkan latihan 'intensif' berprogram selama bertahun-tahun sblm ini. Akhirnya alhamdulillah, pd semester terakhir ini sedikit-sebanyak saya mampu untuk menghidupkan rasa tak risau/stres dlm menganjurkan program. Kalau dulu, benda2 kecil spt borang feedback, dulang dll hal teknikal saja sudah mampu buat diri risau dan hilang selera makan. Kini rasanya kebanyakan benda sudah mampu di-handle dgn baik, alhamdulillah. Itulah kelebihan tarbiah. Mengajar anda melakukan sesuatu yang anda tak tahu langsung sebelumnya, sehingga menjadi seakan biasa :) ditambah pula dgn pahala2 besar. Allah.. siapa yang tak sudi.
Macam-macam perkara nak buat sebelum grad.
And all that is needed is barakah.
May Allah help make balance of everything in hand & grant His redha.
*2 hari terlantar tanpa benar2 dpt menyumbang ke jalan ini,
"Amende ni mah. Dua hari tak buat apa2. Boring betul"
Benarlah. Ingat 5 sebelum 5. Sihat sebelum sakit.
Marilah. Muhasabah yang lebih likat lagi.
Thursday, 21 February 2013
Muhasabah yang Likat
Mood sudah syahdu dan sedih, membaca nota ini.
Tambah ingin menangis, bila terlihat gambar ini:
![]() |
| sumber: klik |
Dalam hati terfikir.... wahai beratnya azab, yang ditanggung si kecil.
berat lagi 'azab' kelalaian, yang hebat merantai & menyiksa diri-diri ini.
Akhirnya selepas menangis, atas sebab yang pelbagai;
terdengar pula perbualan ini.
Ummi: Esok abang pergi mana?
Abah: Kaunseling. Ada kes murtad.
Tangis terhenti. Sentap.
Engkau di sini menangisi diri.
Ummah sudah separa mati, sedang engkau memerhati.
Akhirnya. Hari ini kita sentiasa dalam tangis. Kerana apa?
Adakah kerana hayat sudah tiada.. Atau kerana, ruhnya tiada harga?
Atau kerana.. Engkau WUJUD, tapi langsung tak terasa.
Engkau ADA. tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Engkau ADA. tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Kitakah 'engkau' itu?
Dan akhirnya engkau mengerti. Kenapa mereka.....
LAPAR
![]() |
| Source |
SEJUK
![]() |
| Source |
SENDIRIAN
![]() |
| Source |
Tapi tetap
BERDIRI
![]() |
| Source |
Kita pula.
![]() |
| Source |
JANGAN Jadi....
| Source |
cry, little ones
Mengenangkan segala tarbiah, yang dicurah dlm pelbagai bentuk oleh sang murabbiah.
Aku adalah seorang yang lembik, yang sedang dididik menjadi kuat.
Aku adalah besi yang ditempa, agar mengambil bentuk, lantas berguna.
"Cry here, don't cry there"
Wednesday, 20 February 2013
rumitnya falsafi
Kita suka benda yang simple, benda gelak-gelak, benda main-main.
Terkadang, hatta perkara berkaitan ilmu pun kita boleh anggap boring. Astaghfirullah.
Sangat terasa.
Masuk minggu ke-3 semester baru. Tapi masih kekal de-motivated. Rasa macam sudah hilang passion untuk belajar. Sedangkan ini semester terakhir, peluang terakhir beraksi sebagai pelajar degree. Sudah sekian hari cuba koreksi, what has gone wrong.
Hari ini seharian cuba siapkan kerja rumah untuk 1 subjek yang sangat complicated. Perlu baca sebuah buku dan beberapa artikel untuk siapkannya. Sekerat jalan, rasa seperti sudah cannot go. Penat. Jemu membaca buku yang tidaklah tebal mana, tapi penuh dengan kata-kata berbentuk falsafah. Hingga yang cuba dicerna terasa payah. Terpaksa baca perenggan dan muka surat yang sama berulang-ulang kali dan akhirnya fed up, lalu berhenti dan pergi mengadu kepada abah.
"I don't like falsafah. I cannot understand them. Dah malas nak study."
Abah jawab senang je, "It doesn't matter whether you like it or not. People in the intellectual world use them in their discussions. You have to learn the technical terms, the jargons that they use in order to join them."
Balas saya, "Sheikh-sheikh ikhwan tak ada pun yang cakap dengan bahasa complicated. Semuanya simple, senang. Tak ada belit-belit. Mana ada kalam falsafi"
To which he replied, "Eh.. Kalau dalam majlis-majlis yang perlu gunakan terma-terma tertentu, mereka gunakan juga. Kalau bercakap dengan orang-orang intelek, mereka ada kemampuan untuk fahami dan fahamkan golongan itu dengan bahasa-bahasa yang setaraf yang mereka guna". Ok, profesionalisme. Dan bercakap sebagai ahli dalam bidang itu. Dan umi pun tambah, "Morsi pernah bercakap di NASA, tahu"
Ok. Nampaknya saya telah memandang rendah keperluan bahasa kompleks dan kefahaman asas dalam dunia intelek + falsafah hanya kerana saya cuba mengelak dengan kelemahan sendiri. Ya, saya sedar yang saya sebenarnya sedang dalam fasa 'denial'. Atau dalam erti kata lain, saya rasa hal-hal falsafah merendah-rendahkan kemampuan saya. Selama ini, banyak bahan pelajaran yang mampu saya fahami dengan baik. Maka falsafah, ialah satu laluan naik yang sukar, yang tak gemar saya tempuhi.
Realitinya, bukan begini seorang muslim patut bereaksi. Tak tahu 1,2 benda, sudah lemah. Mengalah. Sepatutnya, lagi tak tahu sesuatu, lagi interested untuk berbincang mengenainya, mendapatkan serba-sedikit idea berkenaannya. Dan bukannya lari, bukan.
*Lebih tinggi nak pergi, lebih kuatlah kena usaha.
Dan tidak, saya belum mampu suka falsafah tapi demi Allah, saya akan berusaha apa adanya. Masih rasa macam nak menangis dek kerana susahnya material yang perlu dihadam. Tapi Bismillah, jalanlah...
-Qur'an dan sunnah, mampu pergi jauh lagi, dengan izin Allah.
Sunday, 17 February 2013
you are here: think!
"List down everything you have and if you could still tell me that you have
nothing at all for this deen, dare it"
Minggu ini, seminggu yang padat dengan program & pengajaran2 berharga.
Alhamdulillah untuk segalanya.
Masa daurah semalam, sempat borak-borak dengan Asma'.
"Banyak betul masalah umat Islam. Bkn saja kena handle serangan org kafir, tetapi dalam masa sama kena juga merawat umat Islam sendiri yang bermacam-macam masalah (masalah atas masalah). Sebab tu berat sangat tugas/byk sgt tanggungjawab seorang da'ie" -Belum kira lagi, masalah si da'ie dengan dirinya sendiri. fuu~
Sebab itu kita sangat perlukan Allah. Kita perlu amal jama'ie. Kita perlu segalanya yang boleh membantu kita untuk terus tegak berdiri, demi deen ini.
![]() |
| Sabar.. Islah akan datang, tahap demi tahap. Rujuk: Maratib Amal |
Kita berada pada zaman ini, kita dianugerahkan pancaindera yang sempurna. Kita melihat segala kecelaruan yang sedang berlaku dalam dunia. Kita tidak menyaksikannya, untuk hal yang sia-sia. Sebaliknya, kita dihadirkan ke dunia, dengan tugas khas - Kita lah yang memilih samada mahu mendokong golongan yang hak, golongan yang batil, atau sekadar berdiri di atas pagar walaupun mampu beraksi. Kita tidak boleh berdalih pada Allah, bahawa kita tidak tahu/kita tidak berada di situ (baca: dunia), semasa ianya sedang rosak-binasa. Kita tidak boleh berkata, kita tidak punya apa-apa, hatta akal untuk berfikir: bagaimana untuk memperbaiki keadaan, kerana ianya merupakan suatu penipuan! Memetik kata-kata hikmah Arab, المَعَاذِرُ مَكَاذِب ; Ertinya "Excuses are lies"
![]() |
| Come.. Walk well, see well, think well, grow up and start serving :) |
*Islam membawa misi yang sangat besar - Rahmatan Lil 'Alamin. Tapi kalau tak ada pendokong? Sama juga.. idea ada super banyak. Tapi kalau tak ada penggerak?
Moga kita menjadi yang memudahkan laluan ke arah kembalinya Islam selaku ustaziatul 'alam -> Masih berkata kita tidak mampu? Kitalah sumber itu!
Friday, 15 February 2013
Hidup Perlu Tenang
Hidup yang tenang akan develop dengan baik,
melimpahkan kebaikan kpd persekitarannya.
Hidup yang jauh dari Allah ialah hidup yang dipenuhi kelalaian, kerosakan, kekotoran dan kehilangan yang besar... Hidup yang sempit. Hidup yang penuh kekeliruan.... keluhan... tak ada di dalamnya redha dan syukur.... menyusahkan, tidak tenang. Hidup yang tidak berbaloi.
Apa yang kita dapat.. bila menjauh dari Allah?
Bukankan ianya satu kerugian yang teramat... sangat merugi?
-Hatta bila diuji, tetap baik untuk seorang hamba itu, bila dia tahu bahawa Allah selalu bersamanya. Meminjam cara MK menulisnya, "Cantiknya seseorang bila diuji, dia tahu Allah bersamanya" :)
Pengajaran minggu ini: Islam mengajarkan bahawa bagaimana teruk pun keadaan, seorang mukmin itu akan tetap kuat dan tabah (nothing can break us biiznillah!); dan dengan itu, segala akibat kan menjadi indah - Lihat pada Nabi Ayyub, Nabi Yunus dan Nabi-nabi Ulul 'Azmi.. Lihat pada pendokong Anbiya'. Allah memuliakan mereka semenjak dari dunia ini, sehinggalah kepada saat mereka mati dan selepasnya. Sebaliknya, Allah biarkan mereka-mereka yang alpa dalam sangkaan-sangkaan mereka, dalam larutnya tipu daya dunia ke atas mereka, sehinggalah mereka bertemu dgn hakikat dalam keadaan yg terkejut, tak bersedia.
melimpahkan kebaikan kpd persekitarannya.
Hidup yang jauh dari Allah ialah hidup yang dipenuhi kelalaian, kerosakan, kekotoran dan kehilangan yang besar... Hidup yang sempit. Hidup yang penuh kekeliruan.... keluhan... tak ada di dalamnya redha dan syukur.... menyusahkan, tidak tenang. Hidup yang tidak berbaloi.
Apa yang kita dapat.. bila menjauh dari Allah?
Bukankan ianya satu kerugian yang teramat... sangat merugi?
-Hatta bila diuji, tetap baik untuk seorang hamba itu, bila dia tahu bahawa Allah selalu bersamanya. Meminjam cara MK menulisnya, "Cantiknya seseorang bila diuji, dia tahu Allah bersamanya" :)
![]() |
| 'Mendapat' Allah, pemilik alam ini. Untunglah! |
من وجد الله فماذا فقد، ومن فقد الله فماذا وجد
(Barangsiapa mendapat Allah, maka apakah yang hilang darinya?
Dan barangsiapa kehilangan Allah, maka apakah yang dia dapati?)
Subscribe to:
Posts (Atom)













