Friday, 12 July 2013

of siblings


Bismillah.
Bila dah hampir 24/7 berada di rumah, dan bersama dengan adik2 spjg masa, barulah nampak betapa mencabarnya peranan menjadi seorang 'kakak'. kadang pening dan buntu. adik-adik juga seperti manusia di luar sana. ada personaliti sendiri, cara fikir yang unik, setiap satunya perlu difahami dan di-handle atau tackle dengan cara masing-masing. tak boleh pukul rata atau samakan layanan (even haiwan pun ada perwatakan dan sifat masing-masing. "No two camels are the same," bak kata omar dalam video 'omar series')  ini belum masuk fikiran tentang anak usrah yang setiap satunya perlu disantuni dan ditunaikan hak-haknya. Allahu! sungguh, terasa berat sekali.. berkerut dahi memikirkan bagaimana Rasulullah menguruskan diversity manusia dan menyatukan di antara mereka, memberi mereka fikrah yang bersih, suci dan sama. subhanallah. Benarlah firman Allah SWT:

“Dan Allah yang menyatukan hati mereka(orang yang beriman), walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka. Al-Anfal : 63

Apa pun, semua cabaran-cabaran dalam menguruskan isi rumah ini menjelaskan lagi kefahaman bahawa - Tarbiah ialah suatu proses yang panjang dan berterusan. Kita kena sangat sangat bersabar dengan proses tersebut untuk memastikan kejayaannya. Macam menanam pokok - Yakin suatu hari ia kan memberi hasil, maka kerja kerasnya wajib! Mana boleh give up. Just hold onto believe in Allah, girls!

Ya, kuncinya hanya sabar.
Saya pernah tertanya, bagaimana muslim di Syria boleh bersabar untuk jangka masa yang selama ini. Dan saya sedar bahawa sekiranya mereka tidak mampu bersabar, nescaya bumi Syria itu akan terus dicengkam dengan lebih dahsyat lagi sebaik sahaja Bashar Al-Assad kembali berkuasa sepenuhnya. Dan saya juga akhirnya sedar bahawa, jihad dan kesabaran saya di sini ialah dalam membina peribadi manusia-manusia di sekeliling dan juga peribadi diri sendiri; dan sesungguhnya akibat daripada ketidak-sabaran itu bahkan lebih besar lagi daripada bersabar itu sendiri.

Untuk itu, walaupun anda seorang perempuan, hati kena kuat! Kerja kita sememangnya besar dan dahsyat. Kita perlu bertahan. Kalau sekarang tugasnya mendidik generasi, esoknya mungkin kita akan perlu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang lebih besar. Di luar sana ada manusia yang tidak percayakan Tuhan. Di sana ada manusia yang sanggup mempersenda agama. Untuk hadapi semua ini perlukan hati yang teguh, unshakable kata orang. Dan kita yakin bahawa keteguhan seseorang dalam mendidik itu akan berbayar dengan keberhasilan generasi asuhannya, insyaAllah.

-Lihat seorang Musa, yang Allah pilihkan Asiah berhati tabah untuk memeliharanya sehingga dewasa. Lihat contoh Isa a.s, yang lahir dari kandungan Maryam, seorang wanita yang kental lagi kuat. Lihat Fatimah r.a, yang merupakan hasil asuhan Khadijah r.a. Beliau merupakan seorang yang kuat hati - telapak tangannya mengeras kerana kerja keras padahal beliau merupakan seorang puteri (kpd Rasulullah s.a.w)!

Allahu.
Bantu kami atasi segala cabaran.

*Saya anggap ini tempoh penyesuaian diri dan 'muayasyah' lebih mendalam dengan setiap adik-beradik. semoga Allah ampunkan semua kelalaian dan kesalahan sepanjang proses ini dan seterusnya. Don't worry mah, you will grow up and everything will pay off. After all, adik-adik saya memang tanggungjawab saya lah sebenarnya. Tukarlah 1000 tahun pun, mereka tetap adik-beradik. Merekalah kebahagiaan dunia dan akhirat, because siblings are Allah's gift from heaven :) let's try harder!

No comments:

Post a Comment