Friday, 12 July 2013

cetusan, random thoughts


Cetusan #1
Our problem today is not the problem of quantity. Berbanding bangsa-bangsa lain yang workaholic dan melihat ramainya anak-anak sebagai beban, dunia Islam tidak pernah berhenti dari menjadi penyumbang populasi yang stabil di seluruh dunia. Kini dengan jumlah lebih kurang 1.6 bilion muslim seluruhnya, agak tidak masuk akal bagaimana kita boleh dipermainkan sesuka hati oleh para musuh Islam. Seharusnya mereka takut dengan bilangan kita bukan? Sewajarnya mereka menjauhkan tangan dari cuma 'menyentuh' atau mess up dengan mana-mana muslim bukan? Tapi  hakikat yang tak pernah berubah dari dulu hingga sekarang tetap sama, yakni Islam sentiasa naik dengan kualiti, bukan dengan kuantiti.


Cetusan #2
Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kata k.wf lewat whatsapp:
"Ma'thurat tu cm lindungi kita utk separuh hari yg pnjang. Dr perkara2 yg besar kan. Dr fitnah, hutang, kesedihan, ditetapkan iman.. N macam2 lg. Doa harian pelengkap aktiviti kita. Dahsyatkan tatatertib yg diajar oleh Islam.. teliti! Kalau pernah buka Hisnul Muslim, doa berkaitan hujan je ada 6. Dari nampak hujan, masa hujan, lepas hujan, ribut.."

Kata Hudarshad pula:
Al-Taubah ayat 59 "Bagi Sesiapa yg redha dgn apa yg diberikan kpdya nescaya mrk berkata cukuplah Allah dan Rasul utk kami" Syukur kita ada Tuhan. Kita ada pegangan. Kita ada tokoh ikutan. Kita ada agama yang boleh bimbing kita, dari celik mata hingga pejam kembali. Hidup kita patut tak sukar. Complete model Rasulullah tunjuk.
1-Tinggal lagi, diri sendiri. Bila mau revolusi?
2-An ummah is made out from each and every single soul. Bayangkan kalau tiap satu antara mereka - seluruh hidupnya terpandu dari segenap aspek. sangat cantik kalau semua orang mengamalkan deen ini seluruhnya. And then we shall not have to rant on qualities again!

Erti Ramadhan


Terinspirasi dari kata-kata dari fb APG yang berikut:


Imanan wahtisaaban. Demikianlah sepatutnya puasa kita terdefinisi. Keduanya datang dari hadith Nabi s.a.w yang berikut, "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (dalam keadaan) imanan [penuh keimanan] wahtisaaban [berkira-kira], diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu"

Secara ringkasnya ihtisaaban bermaksud: mengharapkan redha Allah, dan berkira-kira. Atau menghitung-hitung (amal perbuatannya). Sentiasa merasa tidak cukup. Sentiasa cuba menambahkan amal dan mencari ruang untuk beramal. Sentiasa takut puasanya tidak diterima, atau bertambah dosanya. Sentiasa mohon ampun atas kelalaian. Sentiasa berhati-hati dan cuba memperbaiki segala amal.

Tanpa iman dan ihtisab ini, dikhuatiri kita akan gagal meraih keampunan Allah untuk seluruh dosa, terlepas chance, hanya dapat makanan dan minuman berbuka sepanjang 30 hari tanpa kelebihan-kelebihan lain dan lebih malang, jika terpaksa menunggu sehingga 1 tahun lagi untuk mendapat second chance seemas ini (which, belum tentu akan dapat t.t). Sebab itu kita lihat attitude para sahabat dan salafus soleh dalam menyambut Ramadhan sangat amazing. Mereka teramat sangat mengharap-harap akan bertemu Ramadhan, hingga 6 bulan sebelumnya sudah sibuk berdoa minta diperkenan. Tidak cukup dengan itu, 6 bulan selepas Ramadhan mereka masih istiqamah berdoa meminta segala amal diterima. Hal ini kerana, mereka tahu besarnya kesia-siaan kiranya 30 hari yang berlalu itu tiada nilaiannya di sisi Allah. Ini juga menunjukkan bahawa ruh Ramadhan itu sudah sebati dan sangat membekas dalam jiwa mereka.

gambar sekadar hiasan


Semalam sempat tgk Kapsul Ramadhan IKRAM terbitan tahun lepas. Lebih kurang begini perbualan pasangan du'at tersebut (tak exact, taip jeez yg igt shj) :
Akh Ammar: Ramadhan kali ni ada umpph tak?
K.Anfaal: Umpph tu macam mana?
Akh Ammar: Maksudnya ada perubahan menjadi lebih baik tak?

Ya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini melonjakkan kita dalam arena dakwah dan tarbiah ini. Aslih nafsak wad'u ghairak! Dan Ramadhan ialah medium penyucian serta peningkatan spiritual yang paling umph! bittaufiq wannajah - Doakan ikhwah akhawat lain selain diri sendiri juga ya!

*Kesimpulan: Perhatikanlah amal-amal kita. Mana yang kurang untuk ditampung. Mana yang perlu dikekalkan dan dilonjakkan lagi. Moga Allah bersama kita dan keazaman-keazaman kita*

Tuesday, 9 July 2013

Malam Ramadhan Pertama di Malaysia, Alhamdulillah


Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Syukur ya Allah.
Sepanjang 720 jam di dalam bulan ini, setiap detiknya berharga.
Moga direzekikan amal-amal soleh dalam occasion yg sgt rare ini.
Igt, sgt berbaloi mujahadah kuat sikit sebab Ramadhan hanya sekali setahun.
Bukan mudah untuk mendapatnya. Bak kata k.wf, "Sleep less, Pray more"

Suka diumpamakan begini;
Mendapat Ramadhan is only half the gift.
To complete the gift & the beauty, we have to strive for the rest of this month insyaAllah.
Moga permulaan dan penghujung yang baik, dan moga perjuangan kita berhasil mendapat keampunan dari seluruh dosa terkumpul dalam hidup kita. Ameen.


Masanya membuktikan kesyukuran.


*Baru tadi rasa malas & cakap: "astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. semoga fatimah tak malas, semoga fatimah tak malas, semoga fatimah tak malas!" -Don't think too much. Remember the ajr & just do it! moga permulaan utk mujahadah2 yg lebih hebat. Ameen. Berusaha ya!!

Sunday, 7 July 2013

raba'ah: 35 syahid sudah

Berita dari Syu,

Salam akhawat. doa doa dan doa. so far dah 35 syahid di Raba'ah. 
Allahu. skrg ni dorg main tembak je pro morsi

Di saat-saat begini, terasa mcm bebanan menggunung. Seluruh ummah memerlukan. Yang di Syria memanggil-manggil. Luka di Palestin belum terhenti. Kini Mesir teruji. Yang sakit miskin dan kelaparan di merata tempat lagi, siapa juga yang mahu rawat?

Ya Allah. lemahnya kami.

*Semalam walimah Nusaibah di Dewan Jubli Perak Shah Alam, kebetulan Sheikh Hamid sampai lebih kurang pada masa yang sama dengan kami. Tertanya-tanya bila melihat wajah sheikh yang sangat tenang dan sentiasa senyum pada semua, memulakan memberi salam dan menghulur tangan pada ikhwah-ikhwah yang ditemui. Pada saat-saat genting begini? Ya. Ummah kita juga tetap memerlukan senyuman.

*Al-Fatihah untuk para syuhada' yang tak sempat kita kenal dan tak pernah kita temui. mudah-mudahan dapat dikumpulkan bersama di syurga tertinggi T_T

tip hadapi ramadhan


# tanamkan ini:
-tak dapat makan bkn masalah. jgn fokus pd kelaparan. fokus pd ganjaran.
-lebih besar kepenatan, lebih besar pahala.
-ramadhan ialah tentang sabar. moga kita berjaya mendidik sabar.
-trashkan semua negativity dari segi pemikiran & perlakuan.
bittaufiq wannajah! moga markah-markah yg tertinggi. Ameen

iman down, tak nak cakaplah...


Pernah tak lalui satu masa, yang mana kita kena sampaikan bahan dalam usrah, tapi hati kita kering? Atau kena sampaikan taujih, tapi kita rasa tak layak sebab sebenarnya saat itu, iman kita tengah 'down'? Atau seorang kawan meminta nasihat, tapi kita rasa kitalah yang paling memerlukan nasihat pada saat itu? Bila mana ada yang inginkan motivasi, harus terus memberi, walau sebenarnya semangat sedang melemah.



Memang sukar, lebih-lebih lagi bila teringat penangan ayat ke-2 surah Al-Saff.
Pekat. Pedih. Membunuh.

Tapi kadang langkahan itu harus digagahkan jua. Kerana menunaikan hajat saudara muslim yang memerlukan taujih itu yakin ada berkatnya. Kerana terus menyampaikan dalam usrah itu satu amanah. Kerana sebenarnya yang kita ketuk ketuk semasa memberi nasihat itu ialah diri kita sendiri! Dalam erti kata lain, kadang bila kita berhenti beraktivisme/memberi taujih hanya kerana merasa down/sedang dalam kegelapan, diamnya kita menyebabkan kerja dakwah kepada lingkungan kita terhenti, kita hilang semangat dan semakin jauh ditelan permasalahan yang terpendam serta tidak dibicara atau dibincangkan. Malah kemungkinan kita akan terus musnah sendiri. makan dalam. Oleh itu, bercakap tentang permasalahan kita secara tidak langsung lewat penyampaian/nasihat kepada orang lain itu mengelakkan kita dari larut/melalui masa 'kegelapan' tanpa ketukan/tersedar bahawa kita sememangnya sedang bermasalah!



Lain halnya bila kita paksakan diri keluar dan berjumpa, berbicara dengan akhawat yang meminta. Malah seringkali terjadi, pabila bercakap itu, akhirnya kita sedar bahawa yang sebenar-benarnya kita maksudkan dalam kebanyakan kata-kata itu ialah diri sendiri. Diri kitalah yang tertuju, yang termuhasabah, yang mati 'terbunuh' oleh senapang sendiri yang dibidik tepat pada hati. Dan kadang selepas tamat sesi berbicara, timbul semangat untuk memperbaiki keadaan. 

It felt like we are merely addressing ourselves, discussing with ourselves and trying to figure the way out with the help of others.

Jua sebenarnya kebersamaan dengan orang-orang yang bersih hatinya, yang membuka sepenuh jiwa raga untuk mendapatkan nasihat berkenaan deen ini apa adanya punya tempias tersendiri pada diri kita yang hina-dina. Allah memberkati seluruh isi majlis yang duduk-duduk dalam rangka cuba mengingat Allah, bukan?

Ya. Tidaklah saya nafikan bahawa situasi di atas ini sepatutnya tidak berlaku - Sang da'ie cuba menyampaikan mesej kebaikan/menasihati sang mad'u, sedang dia tahu: cawan yang kosong tak mungkin memberi pada yang lain. 

kalau cawanku kosong, akulah yang patut meminta. kan?

Tapi saya percaya bahawa bila deen ini menyeru kita agar menunaikan hak saudaranya (dlm kes ini: hak dinasihati apabila dia meminta nasihat). Seakan ia ingin memberitahu kita para du'at bahawa: walau apa pun keadaan kita (walaupun seluruh diri-diri du'at itu dalam keadaan hilang semangat/down), amalan amar ma'ruf nahi munkar - paling kurang - menerusi nasihat-nasihat yang baik itu mesti tetap berlaku! Bukankah kata Al-Rasul, "Al-deen itu ialah nasihat"? Dan untuk selamat, ummah kita tidak boleh sekali-kali keluar dari lingkungan ini. Biar walau dalam keburukan, diri-diri kita masih sudi saling menitip nasihat buat satu sama lain. Kita semua tak lepas dari kekurangan, kesilapan. tapi hakikat seorang saudara, memberi dan menerima dari saudaranya pada saya satu rahmat.

Gagahkan hatimu hai da'ie. Engkau tahu bahawa walaupun engkau sedang melemah, masih ada harapan yang ummah kalungkan, yang mesti cuba dipenuhi. Sebab itu engkau mesti bangkit selalu, dan berdiri. Ingatlah besarnya tanggungan ini, maka perbaikilah kesalahan dan kelemahanmu dengan amal-amal yang akan kembali mendekatkan diri kepada Allah.

p/s: Wajib perbaiki diri!

Disclaimer: Post ini saya tulis bukan secara muktamad. Ertinya, saya sebenarnya cuba mendapatkan pandangan lain dan berbincang berkenaan isu ini, memandangkan secara hakikatnya ia banyak berlaku di sekeliling kita, sesama kita. Sedang kita tahu bahawa ruh sebenarnya bagi da'ie ialah, aslih nafsak wad'u ghairak - islah diri anda, dan serulah yang lain. mari kita saling menasihat.

Ramadhan is Coming. Be happy ^_^


Petikan khutbah Ust Nouman Ali Khan;


Dalam ayat di atas, Allah sebut tentang puasa, kemudian Allah tegaskan bahawa Dia inginkan kemudahan bagi kita. Apa kaitannya?

"He doesn't enjoy putting you through pain. He doesn't want difficulty for you."
"Allah makes specialty for you in this month."
"Allah puts us through a little bit of difficulty, in return of enjoying closeness to Him"
"These small difficulties will prepare us to go through this life, so that we don't have to face real hardship of the akhirah. we will have ease on judgement day, cuz our sins have been forgiven."

Nampak tak betapa rahmatnya Allah?

I am sure Allah swt is happy to see His servants' running towards Him with happiness that beams from their faces. Are we this much happy and excited? :)


this is going to be a special month for us.
so make it special for ourselves & our family.
inshallah!