Sunday 25 August 2013

of jerebu yang dulu


Semasa isu jerebu masih berleluasa suatu ketika dahulu serta ramai yang merayu-rayu agar tanah kita kembali dilimpahi hujan, saya pernah terfikir untuk membincangkan tajuk berkenaan kehebatan penciptaan hujan dan awan bersumberkan buku tauhid Zindani. Barulah waktu itu, kita menghargai hujan-hujan yang turun sepanjang tahun tanpa diminta. Barulah waktu itu, meningkat lagi rasa syukur pada Allah yang sering mencukupi banyak dari keperluan kita walau tanpa permintaan. Isu jerebu juga merupakan satu bukti bahawa apa yang dilakukan oleh seseorang/sekelompok orang, pasti akan mengenai/mengesani orang lain juga. Dah kata kita berkongsi bumi yang sama, dan udara yang sama. Sebab itu, kita harus lebih menghayati hadith tebuk kapal & ARAHAN agar melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Nak masuk syurga bukan boleh sendiri-sendiri. Simpati dan empati kita mesti cukup menebal agar kebaikan mampu kita jelmakan kepada seramai mungkin manusia. Baik di Perlis, Thailand, Johor, Singapor mahupun Pahang, selamatkan semuanya dari jerebu!

Kesyumulan Islam - environmental crisis pun tak terkecuali dari menjadi sebahagian concern kita. Apa hukum pembakaran yang tak terkawal hingga menghasilkan kepulan asap nan melemaskan orang ramai? Sekian :)

p/s: partikel-partikel dosa sehalus zarah-zarah jerebu merbahaya juga rupanya!

-Post pendek ini hanyalah imbauan spontan dari kenangan lama-

No comments:

Post a Comment