Friday 22 February 2013

Tahun Akhir


Bila dah masuk 4th year (esp 4th yr 2nd sem ni), macam2 perubahan berlaku.

Pertamanya, rasa risau yang tak berkesudahan. Sebab sekian ramai teman seperjuangan dan seperjalanan yang qowiy2 sudah grad, dan tak ada lagi di uia. Perlu menjadi 'senior', yang boleh memastikan kesinambungan jalan ini berterusan, dan legasi yang 'kakak2' lain tinggalkan, tidak berakhir di sini. Moga2 mampu beri yang terbaik, dengan izin Allah. Doakan.



Keduanya, pastilah rasa lebih tua. Dalam kelas, semua orang panggil 'kak'. Jadi, kakak kena lah lebih ilmu dan lebih mujahadahnya - Moga menjadi motivasi untuk diri. p/s: Dan tidak. Saya tak berasa rugi berlama-lamaan di UIA. Sebab menuntut ilmu + pengalaman DnT, pada saya that is more than osem :)

Ketiganya, rasa lebih relax. Mungkin disebabkan latihan 'intensif' berprogram selama bertahun-tahun sblm ini. Akhirnya alhamdulillah, pd semester terakhir ini sedikit-sebanyak saya mampu untuk menghidupkan rasa tak risau/stres dlm menganjurkan program. Kalau dulu, benda2 kecil spt borang feedback, dulang dll hal teknikal saja sudah mampu buat diri risau dan hilang selera makan. Kini rasanya kebanyakan benda sudah mampu di-handle dgn baik, alhamdulillah. Itulah kelebihan tarbiah. Mengajar anda melakukan sesuatu yang anda tak tahu langsung sebelumnya, sehingga menjadi seakan biasa :) ditambah pula dgn pahala2 besar. Allah.. siapa yang tak sudi.

Macam-macam perkara nak buat sebelum grad. 
And all that is needed is barakah.
May Allah help make balance of everything in hand & grant His redha.


*2 hari terlantar tanpa benar2 dpt menyumbang ke jalan ini,
"Amende ni mah. Dua hari tak buat apa2. Boring betul
Benarlah. Ingat 5 sebelum 5. Sihat sebelum sakit. 
Marilah. Muhasabah yang lebih likat lagi.

Thursday 21 February 2013

Muhasabah yang Likat


Mood sudah syahdu dan sedih, membaca nota ini.
Tambah ingin menangis,  bila terlihat gambar ini:

sumber: klik

Dalam hati terfikir.... wahai beratnya azab, yang ditanggung si kecil.
berat lagi 'azab' kelalaian, yang hebat merantai & menyiksa diri-diri ini.



Akhirnya selepas menangis, atas sebab yang pelbagai;
terdengar pula perbualan ini.
Ummi: Esok abang pergi mana?
Abah: Kaunseling. Ada kes murtad.

Tangis terhenti. Sentap.
Engkau di sini menangisi diri.
Ummah sudah separa mati, sedang engkau memerhati.



Akhirnya. Hari ini kita sentiasa dalam tangis. Kerana apa?
Adakah kerana hayat sudah tiada.. Atau kerana, ruhnya tiada harga?
Atau kerana.. Engkau WUJUD, tapi langsung tak terasa.
Engkau ADA. tapi tak mampu berbuat apa-apa.
Kitakah 'engkau' itu?



Dan akhirnya engkau mengerti. Kenapa mereka.....

LAPAR
Source

SEJUK
Source



SENDIRIAN
Source




Tapi tetap
BERDIRI
Source




Kita pula.
Source



JANGAN Jadi....
Source


Pemusnah HARAPAN ini.


We can do something on this. TRUST me.



"Be the change that you want to see in this world"



cry, little ones


Mengenangkan segala tarbiah, yang dicurah dlm pelbagai bentuk oleh sang murabbiah.

Aku adalah seorang yang lembik, yang sedang dididik menjadi kuat.
Aku adalah besi yang ditempa, agar mengambil bentuk, lantas berguna.

try not to cry little ones.
"Cry here, don't cry there"

Wednesday 20 February 2013

rumitnya falsafi


Kita suka benda yang simple, benda gelak-gelak, benda main-main.
Terkadang, hatta perkara berkaitan ilmu pun kita boleh anggap boring. Astaghfirullah.

Sangat terasa.
Masuk minggu ke-3 semester baru. Tapi masih kekal de-motivated. Rasa macam sudah hilang passion untuk belajar. Sedangkan ini semester terakhir, peluang terakhir beraksi sebagai pelajar degree. Sudah sekian hari cuba koreksi, what has gone wrong.

Hari ini seharian cuba siapkan kerja rumah untuk 1 subjek yang sangat complicated. Perlu baca sebuah buku dan beberapa artikel untuk siapkannya. Sekerat jalan, rasa seperti sudah cannot go. Penat. Jemu membaca buku yang tidaklah tebal mana, tapi penuh dengan kata-kata berbentuk falsafah. Hingga yang cuba dicerna terasa payah. Terpaksa baca perenggan dan muka surat yang sama berulang-ulang kali dan akhirnya fed up, lalu berhenti dan pergi mengadu kepada abah.

"I don't like falsafah. I cannot understand them. Dah malas nak study."
Abah jawab senang je, "It doesn't matter whether you like it or not. People in the intellectual world use them in their discussions. You have to learn the technical terms, the jargons that they use in order to join them."
Balas saya, "Sheikh-sheikh ikhwan tak ada pun yang cakap dengan bahasa complicated. Semuanya simple, senang. Tak ada belit-belit. Mana ada kalam falsafi"
To which he replied, "Eh.. Kalau dalam majlis-majlis yang perlu gunakan terma-terma tertentu, mereka gunakan juga. Kalau bercakap dengan orang-orang intelek, mereka ada kemampuan untuk fahami dan fahamkan golongan itu dengan bahasa-bahasa yang setaraf yang mereka guna". Ok, profesionalisme. Dan bercakap sebagai ahli dalam bidang itu. Dan umi pun tambah, "Morsi pernah bercakap di NASA, tahu"

Ok. Nampaknya saya telah memandang rendah keperluan bahasa kompleks dan kefahaman asas dalam dunia intelek + falsafah hanya kerana saya cuba mengelak dengan kelemahan sendiri. Ya, saya sedar yang saya sebenarnya sedang dalam fasa 'denial'. Atau dalam erti kata lain, saya rasa hal-hal falsafah merendah-rendahkan kemampuan saya. Selama ini, banyak bahan pelajaran yang mampu saya fahami dengan baik. Maka falsafah, ialah satu laluan naik yang sukar, yang tak gemar saya tempuhi.

Realitinya, bukan begini seorang muslim patut bereaksi. Tak tahu 1,2 benda, sudah lemah. Mengalah. Sepatutnya, lagi tak tahu sesuatu, lagi interested untuk berbincang mengenainya, mendapatkan serba-sedikit idea berkenaannya. Dan bukannya lari, bukan.

*Lebih tinggi nak pergi, lebih kuatlah kena usaha.
Dan tidak, saya belum mampu suka falsafah tapi demi Allah, saya akan berusaha apa adanya. Masih rasa macam nak menangis dek kerana susahnya material yang perlu dihadam. Tapi Bismillah, jalanlah...



-Qur'an dan sunnah, mampu pergi jauh lagi, dengan izin Allah.

Sunday 17 February 2013

you are here: think!


"List down everything you have and if you could still tell me that you have 
nothing at all for this deen, dare it"

Minggu ini, seminggu yang padat dengan program & pengajaran2 berharga.
Alhamdulillah untuk segalanya.

Masa daurah semalam, sempat borak-borak dengan Asma'.
"Banyak betul masalah umat Islam. Bkn saja kena handle serangan org kafir, tetapi dalam masa sama kena juga merawat umat Islam sendiri yang bermacam-macam masalah (masalah atas masalah). Sebab tu berat sangat tugas/byk sgt tanggungjawab seorang da'ie" -Belum kira lagi, masalah si da'ie dengan dirinya sendiri. fuu~

Sebab itu kita sangat perlukan Allah. Kita perlu amal jama'ie. Kita perlu segalanya yang boleh membantu kita untuk terus tegak berdiri, demi deen ini.

Sabar.. Islah akan datang, tahap demi tahap.
Rujuk: Maratib Amal

Kita berada pada zaman ini, kita dianugerahkan pancaindera yang sempurna. Kita melihat segala kecelaruan yang sedang berlaku dalam dunia. Kita tidak menyaksikannya, untuk hal yang sia-sia. Sebaliknya, kita dihadirkan ke dunia, dengan tugas khas - Kita lah yang memilih samada mahu mendokong golongan yang hak, golongan yang batil, atau sekadar berdiri di atas pagar walaupun mampu beraksi. Kita tidak boleh berdalih pada Allah, bahawa kita tidak tahu/kita tidak berada di situ (baca: dunia), semasa ianya sedang rosak-binasa. Kita tidak boleh berkata, kita tidak punya apa-apa, hatta akal untuk berfikir: bagaimana untuk memperbaiki keadaan, kerana ianya merupakan suatu penipuan! Memetik kata-kata hikmah Arab, المَعَاذِرُ مَكَاذِب ; Ertinya "Excuses are lies"

Come.. Walk well, see well, think well, grow up and start serving :)

*Islam membawa misi yang sangat besar - Rahmatan Lil 'Alamin. Tapi kalau tak ada pendokong? Sama juga.. idea ada super banyak. Tapi kalau tak ada penggerak?

Moga kita menjadi yang memudahkan laluan ke arah kembalinya Islam selaku ustaziatul 'alam -> Masih berkata kita tidak mampu? Kitalah sumber itu!


Friday 15 February 2013

Hidup Perlu Tenang

Hidup yang tenang akan develop dengan baik,
melimpahkan kebaikan kpd persekitarannya.

Hidup yang jauh dari Allah ialah hidup yang dipenuhi kelalaian, kerosakan, kekotoran dan kehilangan yang besar... Hidup yang sempit. Hidup yang penuh kekeliruan.... keluhan... tak ada di dalamnya redha dan syukur.... menyusahkan, tidak tenang. Hidup yang tidak berbaloi.

Apa yang kita dapat.. bila menjauh dari Allah?
Bukankan ianya satu kerugian yang teramat... sangat merugi?

-Hatta bila diuji, tetap baik untuk seorang hamba itu, bila dia tahu bahawa Allah selalu bersamanya. Meminjam cara MK menulisnya, "Cantiknya seseorang bila diuji, dia tahu Allah bersamanya" :)

'Mendapat' Allah, pemilik alam ini. Untunglah!
من وجد الله فماذا فقد، ومن فقد الله فماذا وجد
(Barangsiapa mendapat Allah, maka apakah yang hilang darinya?
Dan barangsiapa kehilangan Allah, maka apakah yang dia dapati?)

Pengajaran minggu ini: Islam mengajarkan bahawa bagaimana teruk pun keadaan, seorang mukmin itu akan tetap kuat dan tabah (nothing can break us biiznillah!); dan dengan itu, segala akibat kan menjadi indah - Lihat pada Nabi Ayyub, Nabi Yunus dan Nabi-nabi Ulul 'Azmi.. Lihat pada pendokong Anbiya'. Allah memuliakan mereka semenjak dari dunia ini, sehinggalah kepada saat mereka mati dan selepasnya. Sebaliknya, Allah biarkan mereka-mereka yang alpa dalam sangkaan-sangkaan mereka, dalam larutnya tipu daya dunia ke atas mereka, sehinggalah mereka bertemu dgn hakikat dalam keadaan yg terkejut, tak bersedia.

Pecah Kereta

15 Feb 2013

Baru selesai bermiting dengan akhawat, membincangkan perihal halaqah. Satu grup akhawat yang lain sudah beredar beberapa ketika sebelum itu. Mereka baru saja selesai usrah yang pertama untuk sem ini, dalam bilik yang sama juga. Tiba-tiba k.maya dapat panggilan. Kereta Iman kena pecah. Semua terkejut. Bergegas k.maya dan beberapa akhawat lain turun ke bawah. Saya, Afiqah dan Asma' tunggu bertiga dalam bilik (baca: kelas) tadi, tapi keadaan yang tenang tadi sudah berubah. Kita, serta-merta rasa tak selamat.

Gambar kereta yang dipecah, dari hp Iman sendiri

Bila diimbas semula kejadian tersebut, rasanya saya dapat lebih menghayati kenapa sebenarnya akhawat buat kerja-kerja 'ini', dan perlu sangat bersungguh di dalamnya... Kerja menyusun halaqah, kerja-kerja yang nampak 'remeh', tetapi besar impaknya. Kerja-kerja memperbaiki keadaan manusia, menyedarkan mereka, membantu mereka, dan juga diri kita sendiri sebenarnya.

Kita mahukan, keadaan dunia yang caca-merba ini pulih. Kita inginkan, masa depan yang selamat dan terjamin untuk generasi-generasi seterusnya; anak-anak dan cucu-cucu kita..



Jika difikirkan sebentar tentang betapa kroniknya permasalahan dunia kini, seakan tak terbayang lagi. Manusia menghancurkan tempat menetap mereka sendiri. Manusia merosakkan apa yang mereka miliki dengan tangan-tangan dan keinginan mereka. Manusia sudah lupa diri.



Allah, besarnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga kerja-kerja kita dipandu iman, dan diperkuatkan dengan bantuan Allah. Amin!

"Dream big, you may change the world. Today's smoke is tomorrow's fire"

Monday 11 February 2013

Jalan-jalan dengan Akhawat


Hari yang panjang dan memenatkan.
Sebelah pagi, pergi kenduri abang kpd Ruqayyah di Ampang. Berkereta dari Gombak dengan Nad, Nani, Afiqah, k.Sumayyah & k.Alang. Petang, singgah di ImanShoppe di Seri Kembangan. Sampai di rumah sekitar Asar. Penat. Memang penat. Tapi bersama akhawat, segalanya berbaloi.

p/s: I would recommend ImanShoppe kalau sesiapa nak beli buku-buku tarbawi. Best! :)

Antara perkara mahal yang diperoleh hari ini ialah.. Kefahaman bahawa di antara persediaan untuk menunaikan ibadah haji/umrah ialah muwasofat Qowiyyul Jismi. Bukan mudah untuk bersesak-sesak di tengah orang ramai, ditolak, dihimpit mahupun digasak oleh manusia satu dunia, yang besar-besar fizikalnya berbanding makhluk Asia yang serba-serbi kecil ini. Kalau berjalan utk sa'ie di antara Safa dan Marwa pula, jauhnya boleh sampai melecet kaki. Sebab itu ada orang yang tak tumpukan langsung pada perjalanan, sebaliknya membaca doa di sepanjang-panjang sa'ie sehinggalah tiba ke destinasi. k.Sumayyah cakap, ada golongan elit (pemimpin negara/anak2 raja) dari negara Arab barangkali, boleh berlari bersama-sama dengan guard mereka (dalam 1 barisan) dalam keadaan yang steady (baca: tanpa lelah/termengah-mengah) semasa bersa'ie. Smart. Kemudian teringat dengan cerita k.Najwa... katanya, Gua Hira' itu sangat tinggi. Dari atas, boleh nampak seluruh lembah Mekah. Tapi untuk naik ke gua itu, subhanallah perjalanan memang jauuuh lagi melelahkan. Begitu juga dengan Gua Thur - Terbayang betapa hebatnya Rasulullah s.a.w. yang pada usianya 40 tahun masih mampu mendaki keduanya dengan gagah. Ini sudah betul-betul Qowiy!


Berminat dengan baju ini? Boleh beli di sini


-Tambahan dari k.Sumayyah, semasa berumrah/menunaikan haji, sangat penting untuk kita hadirkan syu'ur sebagai tetamu Allah yang benar. Ada orang sibuk mengambil gambar di sana-sini, bukannya sibuk beribadah. Segala ibadah yang dilakukannya pula seakan hanya tinggal ritual, dibuat tanpa sedar mahupun penghayatan. Minta dijauhkan. Dan, rasa tawakkal kepada Allah tu sangat penting di mana-mana.

Bab Al-Quds, kutunggu kamu!

Sepanjang-panjang perjalanan hari ni, gambar ni je ada.
Cenderahati dari ImanShoppe. Dibeli dengan harga RM 4 :)

p/s: Hari ni ada 2 pasangan pengantin sebenarnya - 'Asim (abang Ruqayyah) dengan Tasneem & kak Ili Raihana dengan pasangannya (kenduri di Johor). Moga Allah berkati kedua-dua pasangan ini. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair! :)

Sunday 10 February 2013

Your city is my dream

Hari ini asyik terjumpa gambar-gambar sekitar Makkah yang sangat menggugah jiwa & perasaan..

ini dari facebook k.Anfaal

dari facebook Muallimah Sakinah Meor

dari page Celebrate Mercy


Subhanallah.. 
k.Najwa cakap, pasanglah target/niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Allah kan Al-Razzaq, rezekinya  maha luas.. Allah akan permudahkan. Waiting for that day.. Perancangan kewangan kena kukuh. Moga diperkenankan.

-Ex-classmate Hist, Maryam Nabeelah akan berangkat utk umrah dan ziarah esok till 22hb. Umrah mabrurah insyaAllah!

Masalah. Mengorak Langkah


Kata orang, the more problems you have, the greater person you may be.
Dan: kita mestilah melihat kepada setiap masalah sebagai 1 peluang atau turning point yang baru dalam hidup kita. Ini kerana, setiap masalah itu pasti datang bersama hikmah dan rahsianya yang tersendiri - Dari situ, macam-macam yang boleh kita pelajari.


Saya kira program 'Ibrah dari Gaza' ialah salah-satu dari turning point untuk saya. Ia menyebabkan saya sedar bahawa pengurusan program merupakan salah satu dari kelemahan peribadi yang paling perlu saya perbaiki. Leadership skill, quick decision skill adalah antara perkara yang sangat menghampakan dalam diri.

Satu lagi kelemahan yang saya baru perasan semester ini, ialah kurangnya fikrah barangkali? Kerana dalam proses membuat keputusan dan mengeluarkan pendapat dalam meeting, output dari kita sebenarnya merupakan hasil daripada apa yang kita fahami dan apa yang kita kuasai selama ini. Bagaimana kita merespon merupakan antara indikator berkenaan tahap kefahaman serta apa yang telah kita lalui. Wah, ini sangat scary =(

Jadi, ini 2 kelemahan yang perlu diatasi segera. Pasti ada byk lagi kelemahan2 yang tak perasan di sana-sini. Mudah-mudahan Allah utus orang-orang sekeliling untuk tegur dan perbetulkan.

-Kata naqibah saya, dengan tarbiyah, segalanya mungkin - InsyaAllah.. seeking for betterment. Masih belajar, sikit demi sedikit. Paling kurang, perlu ada progres. Kalau berhenti di sini saja, nescaya tak akan tiba, sampai bila-bila. Bantu ku, Allahu Rabbi...