Thursday 21 July 2011

Ilmu Ikhlas

Ilmu saja, tapi tak amal, tak ada hasilnya. macam pokok yang tak berbuah.
Ilmu tentang ikhlas, alhamdulillah ramai yang tahu. tapi dr sudut praktikaliti, kadang-kadang lebih mudah cakap dari buat. Bagaimana untuk ikhlas dalam setiap keadaan? - terfikir persoalan ini, masa main game dalam hp. Tiba-tiba terdetik, apa tujuannya saya bermain. Main game pun perlu ada matlamat juga kan. Kemudian mulalah mahu mind-setting: Ok, saya main untuk melatih otak saya supaya lebih cepat dan tangkas (game tersebut memerlukan kecepatan berfikir), biar jadi lebih geliga, relaks tapi tak buang masa. Bila pandai nanti, boleh buat sekian sekian untuk ummah..etc etc..

Tapi rasa macam agak sukar kalau setiap kali nak buat sesuatu, kena fikir panjang-panjang macam tu. Tiba-tiba dapat ilham: Ha, apa susah. Aku main, sebab nak jadi hamba/muslim yg baik. Aku buat itu dan ini, untuk jadi muslim yang lebih baik - rasanya ini lebih simple dan mudah tapi bermakna besar setiap kali mahu buat apa-apa. Jadi, mungkin ini satu idea yang boleh diambil-kira dalam cubaan untuk sentiasa ikhlas. Lebih baik lagi adalah idea seorang kawan yang mengatakan bahawa fungsi memulakan semua perkara dengan doa khasnya dan 'bismillah' ialah untuk bantu kita ikhlas secara automatik sebelum memulakan sesuatu. Apa pun cara yang kita gunakan untuk beringat agar sentiasa ikhlas, sungguh ia sangat bererti. Sebab apalah gunanya berbuat sesuatu tanpa sebab/tujuan. Kalau macam tu baik tak payah buat. Contoh mudah, solat. Solat itu mencegah dari yg keji dan munkar. Bila kita tahu bahawa matlamat solat ialah untuk menjadi hamba yang lebih taat dan hampir kepada Allah, insyallah dengan mengerjakannya kita akan lebih aware dan berusaha.

Macam para pejuang Islam dulu. Buat apa Syed Qutb mempertahankan pendiriannya sehingga dihukum gantung sampai mati, kalau beliau tak rasa apa yang dipertahankan itu penting. Dan jika bukan sebab kefahaman yang utuh tentang matlamat perjuangan, pasti sudah lama kerja-kerja da'wah itu ditinggalkan. Teringat petikan yang menceritakan tentang ribuan tahanan Ikhwan Muslimin di penjara-penjara di Mesir, seperti mana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Qardhawi dalam tulisannya 'Aku dan Ikhwan Muslimun':

"..Tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kekuatan & menguatkan semangat ikhwan serta menerangi jalan di hadapan mereka melainkan keyakinan bahawa mereka berada di atas jalan kebenaran, bahawa mereka bangkit menyebarkan dakwah bukan untuk mendapatkan harta atau apa-apa kepentingan dunia yang lain. Mereka menyebarkan dakwah untuk Islam, agar kalimah Allah dijulang tinggi dan kalimah musuh-musuhnya lenyap tanpa erti.." -bab 'Penjara Al-Tur: Pusat Latihan Abadi Bagi Ikhwan'

Jadi akhirnya, biar kita cuba dengan kuat untuk sentiasa ikhlas, sampai ia jadi sebati dalam diri. Sampai terbiasa lakukan setiap perkara dengan kesedaran mahu gapai redha Allah, dan untuk kemaslahatan da'wah, bukan atas dasar kepentingan diri semata-mata. Indahnya hidup, kalau kita boleh sentiasa ingat. Sentiasa tahu matlamat, dan jelas dengan pengakhiran yang ingin dituju.

guru, cikgu, sensei

[18072011]
Jumpa semula cikgu-cikgu di sekolah.

Antaranya Cg Hawa, guru Add Math yang setia. Cg kata:
"U all doakan la cikgu ya, cikgu dah tua. Dulu cikgu doakan anak-anak muridnya. Sekarang tibalah masa untuk anak-anak murid doakan cikgunya."

Berjumpa pula dgn cikgu Rushida yang baru lepas keluar hospital.
Nampak penat dan tak larat.
Anak murid: Cikgu, cikgu dah sihat ke? (lepas keluar dr hospital)
Cikgu: Belum lagi. Haritu doktor tanya, dia nak bagi cikgu cuti hari ni. Cikgu cakap, tak apa lah.
Anak murid: Ish, apa pulak tak apa, cikgu? kalau belum sihat, rehat dulu.
Cikgu: Takpe, lagipun P.U.I (SPM) dah nak start
Anak murid: huhu...

Dalam pertemuan yg serba singkat, nyata perbincangan para guru banyak menyentuh tentang syakhsiyah anak-anak murid, prestasi akedemik dan perihal keadaan serta perkembangan mereka. Sampai kadang-kadang saya rasa, mereka lebih risau kalau anak-anak murid malas dan tak perform berbanding anak murid itu sendiri.. Subhanallah, betapa pada saya, guru-guru saya adalah orang yang paling tak pentingkan diri, banyak berkorban & sangat prihatin terhadap anak-anak murid di bawah jagaan mereka di sekolah. Semoga Allah merahmati guru-guru kita, dan mengasihani mereka dunia & akhirat. Ameen.

Friday 15 July 2011

Our Prophet p.b.u.h

Poin-poin dari khutbah Jumaat [150711]
-Br. Tawfiq Chowdry @IIUM Masjid:



1st Round of Khutbah
  • We are different people, coming from different race, different nationality, different background, different country, different address... But, all of us will have the same two ending: it's either Jannah or Jahannam. Khalas. Your name is either for the people of Jannah, or for the people of Jahannam. That's it. There's no middle path..

    • The pond of Al-Kauthar: it's water is sweeter than honey, cooler than ice. This is the place where we will meet our key to jannah. He is al-habib Muhammad SAW. Rasulullah is our door and key to Jannah. So why should we not talk about him? He is the person who is being described so amazingly by Allah in the Qur'an.. He said in the hadith: "every prophet has his du'a. My du'a is that my ummah will be the first to enter Jannah!" My brothers and sisters, tell me: why should we not love this man? Let me tell you how the companion showed it: a women, having her husband & sons killed in the battle; when she saw Rasulullah SAW immediately says "As long as Rasululullah is alive, it's okay (nothing else matters to me)". And 'Umar, who is known for his harsh character and strong voice to others, when he talked to the Prophet, would soften and lower his voice out of adab, ihtiram, hubb, and pure love for him; until the Prophet had to say: ya 'umar, irfa' sawtak (rise your voice ya 'Umar). 

      • A tree, which was left after the Prophet has a pulpit to stand during khutbah, weeped out so loud and only stopped after the Prophet touched it. If a being, which has no soul, and is not even a mukallaf (someone entrusted with responsibilities), could cry that hard from the missing of the Prophet, then how is it possible for us not to shed a tear in the mention of Rasulullah SAW? The eyes of the ulama' of hadith would be filled with tears when they reach the part of sanad which says: "qala Rasulullahi sallallahu 'alaihi wa sallam". So do not be afraid to cry for the sake of Allah. It is 'ibadah! A sahabi used to ask other sahabah who cried: "What is it that make you cry so that I may cry. If i am not able to cry I will try to make myself cry (atabaka)" 

        • Your imam is Rasulullah SAW, not others. He is your door and your key to Jannah. So defend him (be qudwah, not fitnah to his teachings, make prayers for him); for by Allah, if you have not defended him, you have not defended your key.

        2nd Round of Khutbah

        So, how to love the Prophet SAW?
        1. By loving Allah, you will love His messenger
        2. Read Qur'an in abundance (a LOT!)
        3. Read about the Prophet: His giving, his mercy, his kindness, his examplary characters
        4. Make du'a for him: When is it the last time that you raise you hand and pray especially for him?
        5. Increase your salutation to him every single day. Make it a habit.
        6. Love the people that he loves. Love his family and ALL of his companions.
        7. Show your love with the action of deeds that you have: Practice his sunnah. "If the Prophet did it (something), then I should do it!"
        8. Defend him with all that you could. 

          ya Rabb, let us meet this man, 
          Your beloved, in his pond of Al-Kauthar!

          She's dear

          Sister tu cakap (mafhumnya):


          "Fatimah, jgn terkejut la kalau mengulang hafalan tu nanti lebih susah dari menghafal pada kali yang pertama. Kadang-kadang masa mengulang, nt akan rasa seolah-olah cam nt tak pernah hafal pun ayat-ayat tu. Dan boleh jadi seolah-olah cam nt bukan mengulang, tp menghafal semula"

          "Ust ana cakap, memang sangat pelik la kalau orang menghafal al-qur'an, tak nangis"

          "Mula-mula masa menghafal, memang kita akan belek Qur'an ke belakang dan cakap: "banyaknyaaa nak kena hafal!" Tapi kan mah, bila hafalan kita dah sampai ke depan2 kita akan cakap "waaaah, semua nii (yg dah dihafal), aku kena jaga sepanjang hayat!"

          "Nt tau tak, kat libya, kebanyakan orangnya menghafal Qur'an. Sampai ke satu tahap an, dorang takkan tanya: "awak hafal qur'an ke tak?" Tapi dorang akan tanya: "Berapa juzu' awak hafal?". Kalau nt kena tanya macam tu, jangan cakap "saya bukan hafizah", tapi cakaplah "alhamdulillah, saya dah hafal satu juzu' setengah contohnya" (dalam masa sama, tambah la hafalan). Pada orang-orang kat sana (Libya), dorang rasa yang seorang muslim tu nak tak nak mesti hafal jugak Qur'an tak kisah banyak mana. Dan dorang sendiri, tak kisahlah kerja tukang jahit ke, kerja tinggi-tinggi ke, tapi yang penting, sebagai seorang muslim, dorang kena jugak hafal Qur'an."

          "Macam mana ek nak cakap.. benda ni kalau nt nak, kena berkorban sikit la"

          "Mah, wallahi ana nak sangat nt menghafal!"

          [Khamis, 14072011 Masjid & HS Kafe]

          Kawan macam ni, macam mana tak sayang?

           
          Allahumma, bless her and bless us all.
          Accept from her, and accept from us all.
          Ameen ya Rabb!

          p/s: org kata, kawan yg baik ialah yg dgn melihatnya sahaja, kita teringat Allah. sila bantu saya utk jadi seorang kawan yang bila dilihat teman-temannya, mrk teringatkan Allah..huhu

          Sunday 10 July 2011

          Syariat untuk Selamat

          Allah turunkan syariat yang serba sempurna utk manusia akhir zaman yang kehidupan mereka terlalu kompleks. Syariat yang perinciannya sangat mendalam & praktikal, tak ada seumpamanya dalam agama lain. Syariat yang menyediakan solusi untuk setiap persoalan & permasalahan manusia. Syariat yang menyeimbangkan tuntutan hidup dunia, dan kehidupan panjang di akhirat sana. Kalaulah segala perkara dan cara pengurusan hidup ditinggalkan pada manusia dan akalnya yang terbatas, nescaya tak akan ke mana. Bilion bilion manusia, dengan perbezaan hakikat, fikiran dan cara hidup. Kita tak akan mencapai satu kata sepakat secara mutlak, melainkan semuanya tunduk dan akur dengan arahan Sang Pencipta :)

          bersama puteri-puteri Islam :)

           
          Coretan dan tambahan (petikan dr slot Ust Latif) program Remaja Untuk Remaja, anjuran Puteri Islam dengan Kerjasama MRC Nusaibah pada 6 Julai 2011 :)



           1. Hedonisme = seeking for pleasure and avoiding pain. Living in comfort zone, having wishful thinking that one deserves only sweetness. Sedang hakikat dunia ini ialah tempat bekerja, bukan bersenang-lenang. Tempat ujian, bukan tempat idaman. Perhaps we tend to forget the fact that, behind the worst pain lies the most expensive pleasure. and behind a temporary bling bling, lies cheap destruction:

          "Di syurga, sambutannya lebih meriah dari karpet merah, lampu lip-lap, hidangan tak cukup semeja dan segalanya yang glamor. agak-agak apa kostum yang akan kita peragakan di sana ya? tunguuuuu~..dan ucapan penghuni-penghuni di syurga itu hanyalah: salam, salamm... 'tahniah untuk anda yang telah berjaya menjejak tempat penuh barakah, tempat di mana Allah kumpulkan orang-orang yang Dia cinta.' oh alangkah..:)" -June 26

          ..So it is true what He says: inna ma'al 'usri yusra. Yang bekerja, akan dapat apa yang dikerjakan. Yang menanam, bakal dapat hasil tuaian. Cantik bukan, pandangan Islam tentang kehidupan - Kita disuruh bekerja, seakan bakal hidup seribu tahun lagi; juga diminta untuk menjalani kehidupan dalam keadaan penuh optimis dan positif. Pada masa sama, kita dididik untuk tak lupa menangis; bila diperlukan.

          "Tears are of four types: they are tears of love, tears of fear, tears of hope and tears of pain. The best "cry" is the cry when you are all alone, weeping out of fear, hope and love for Allah = it is this type of tears that can put up the fire of the hell when the whole water of oceans would not."

          Kesimpulannya, berpada-padalah dalam tawa dan tangis. Lakukan segalanya untuk Allah. Moga nantinya kita dapat bertemu Dia dengan senyuman dan wajah yang berseri-seri penuh kemuliaan^^

          2. Once you realize that life is difficult, it is no longer difficult: Hidup ini ialah siri-siri cabaran yang penuh dengan ujian kesusahan; dan mengulang perkataan 'susah lah..' pada diri sendiri hanya akan buat suatu perkara yang susah itu bertambah susah. Jadi, janganlah susahkan diri dengan terlalu banyak berfikir tentang kesusahan. Sebaliknya, fikirkanlah tentang: bagaimana untuk keluar dari kesusahan-kesusahan mendatang :)

          3. The call for FREEDOM (the right to live as one wishes, to act according to one's own will): Benar, manusia perlu diberi kebebasan dalam bersuara, dalam membuat pilihan dan dalam menentukan masa depan diri. Tetapi dalam dunia ini tak ada kebebasan mutlak. Segalanya perlu ada batasan, hatta dalam berseronok pun perlu ada kawalan; sebab dunia tanpa undang-undang bakal menuju titik kehancuran. Pendek kata: people have the right to be stopped when they do self-destructive act. contohnya: mahu bunuh diri, mahu ponteng kelas dll ;D

          buat baik, jauhi yg buruk tanpa paksaan & dgn penuh kerelaan:)



          4. Solusi yang dicadangkan untuk masalah-masalah dalam diri remaja:
          • Disiplin: 'berkeraslah terhadap diri sendiri untuk mendapatkan pengakhiran yang lembut'
          • Mujahadah: in becoming who we SHOULD be, not who we WANT to be.  
          • Ilmu: Berusaha untuk kenal siapa Tuhan kita. "awwaluddin, ma'rifatullah" - Awal agama ialah mengenal Allah -Berapa ramai yang kenal Allah tapi macam tak kenal. Maka, kita kena cuba untuk hadirkan Allah dalam diri & berusaha menghayati. 

          5. Ingat kematian: Ramai orang berkata: 'tangan aku'. Tapi, siapa 'aku' itu? 'aku' itu ruh, bukan jasad. Jasad ini akhirnya akan kita (ruh) tinggalkan juga satu hari nanti. Di syurga, jasadnya tak sama dengan yang kita pinjam di dunia. Kita akan diberikan jasad-jasad baru yang serba sempurna. Malangnya kalau semasa hayat di dunia, kita lebih banyak tumpukan pada keperluan-keperluan jasad; dan menjadi hamba kepada jasad, maka apa akan jadi pada nasib ruh di sana? Sedang perumpamaan jasad seperti seekor unta, dan ruh pula sebagai tuannya. Unta ini, hanya digunakan sang tuan untuk membawanya ke destinasi. Ia hanya akan bermanfaat kepadanya semasa ia masih dalam perjalanan. Akan tetapi bila dah sampai tempat tujuan, unta bakal ditinggalkan pergi, dan mati. Jangan bila tiba saat perpisahan, tuannya terkejut sendiri: "Apa, aku kena tinggalkan unta?? tapi hidup matiku adalah kerana unta!" maka bakal peritlah detik perhitungan, kerana ruhnya enggan berpisah dengan jasad (na'uzubillahi min dzalik)

          source: Album


          Begitulah, bila dijemput Allah, semua benda akan kita tinggalkan. Dunia yang goda kita, tak mahu pun kat kita. Jabatan, harta, kawan-kawan, semuanya gagal membela. Malam itu, kita diusir masuk dari rumah yang selesa untuk menempati ruang yang gelap, kecil dan sempit. Malam itu, anak-anak kita jadi yatim dan isteri sang suami menjadi janda. Malam itu, hanya amal menjadi teman.

           
          6. Mengingat kematian tak menjadikan kita umat yang lemah semangat, yang sedih atau yang berkurung dalam masjid sepanjang masa. Sebaliknya ia kan buat kita lakukan segala perkara dalam hidup dengan penuh kesungguhan. Masukkan kata kunci 'lillahi ta'ala' dalam setiap perkara. Dengan mengingat kematian, buku akaun pahala kita akan dapat update sepanjang masa.

          7. Dalam hidup, kita boleh install anti-virus untuk lindungi diri dari unsur-unsur yang merosakkan. Bila anti-virus a.k.a iman kita berjaya detect sesuatu ancaman, kita diberi pilihan samada mahu delete, ignore atau quarantine unsur negatif itu. Lakukan apa yang sepatutnya; dan ingat, lebih kuat anti-virus kita, lebih tinggilah kadar keberkesanan untuk sekat bendasing perosak keamanan :)
           .
          8. Ibu bapa tak minta duit dari kita, tapi kesedaran dan perubahan untuk kebaikan diri kita sendiri juga akhirnya :)

          9. Action speaks louder than words: Rasulullah dulu tak perlu cakap banyak pun, tapi qudwah bagindalah yang menarik minat ramai untuk mendekati Islam. Kita sekarang, banyak sangat cakap tapi amal kurang +_+


          ..Jadi hari ni, yuk buat perkara-perkara yang bakal berguna untuk kita pada hari kemudian. tak kisahlah sekecil apa pun kebaikan, tapi kalau buat kerana Allah, insyallah dikira dalam perhitungan: "wa man ya'mal mithqala zarratin khairay-yarah!"

          Sunday 3 July 2011

          kakak-kakak dari Holland

          Singgah masjid lepas trip ke Sg Pisang.
          Naik level 3 sekali dengan sekumpulan kakak-kakak tinggi berkulit putih yang majoriti berskirt dan semuanya menjinjit beg kertas warna hijau muda. Pelik melihat mereka. Nampak sister Yaman yang tak-ingat-namanya +_+ bercakap di hadapan sebaik saja mereka berkumpul di ruang level 3 dalam keadaan berdiri. Pergi periksa suis kipas sekejap. Semua terbuka tapi kipasnya tak menyala. Dalam hati sedikit kesal. Kalau kita yang Asia ni pun kepanasan dalam masjid tak berkipas, apatah lagi kakak-kakak mat saleh ni. Ternampak Nadia dan terus tarik ke tepi:
          -What's happening here?
          -Oh, they come from Holland. They are here for students' exchange programme.
          -Ah, they're exchanging with IIUM students?
          -No, they exchange in other university but just today they are here
          -I see, so now they're visiting this mosque then?
          -Yes

          Duduk, dan lihat saja reaksi kakak-kakak itu. Kemudian terdengar sister Yaman cakap: "You can look around the mosque if you wish. And you might be able to find some Qur'an with English translation inside here." Tapi nampak kakak-kakak tinggi tak bergerak. Ada dua tiga orang yang pakai selendang cukup lilit kepala. Mereka semua berdiri saja tepi palang sambil lihat-lihat bahagian bawah masjid. Suasana masjid waktu itu sedikit gelap (hari dah petang, dan sebelah paginya hujan; jadi cuaca mendung) dan pantulan cahaya dari bahagian atap masjid terbias kehijau-hijauan. Saya fikir, suasana waktu itu cukup tenang untuk refleksi. Dalam hati, sangat berharap mereka beroleh hidayah. Rasa macam mahu saja pergi ke tengah-tengah mereka dan terus perkenalkan Islam, tapi rasa macam tak proper pula kerana mereka ada guide dan mungkin akan mengejutkan kalau tiba-tiba orang luar datang dengan approach sebegitu.

          Habis 'babak' ini, ceritakan pada seseorang tentang kehadiran kakak-kakak tinggi ke masjid petang tadi. Pandangan orang itu, sepatutnya kalau dah tak sempat nak slow talk dan berkenal-kenalan dengan mereka, direct saja hint-kan dengan Islam. Contohnya, datang dan terus cakap: Beautiful masjid, isn't it? Beautiful God too. Why not become a muslim? :D Saya kata, bimbang situasi spt ini dikira tak berhikmah. Kata orang itu: Eh, awak mana tau. Kut la orang tu jawab: Sure, I've been waiting to become a muslim but nobody asks me!

          Huhu. Sangat berharap untuk jadi da'iyah yang lebih praktikal, mampu membaca keadaan & memberi segala sesuatu dengan hikmah yang terbaik. Dan untuk kakak-kakak Holland yang tak kesampaian hajat utk berkenalan & berdakwah dgn mrk, moga beroleh hidayah. Ameen ya rabb!
          =rasa macam bertambah lagi beban tanggungjawab.
          >_< may Allah forgive me